Jom... saya masakkan 1/2 dari daging cincang Ramli/Saudi tu tahan lah 3-4 hari. Bangun pagi, saya cuma dadarkan telur, masukkan inti daging cincang ni... sedap... betul... jom...
DAGING CINCANG SAYURAN
( 1 hidangan carbsnya lbh krg: +-4g)
1/2 peket daging cincang
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
bunga kobis
cili
1 biji tomato di dadu
daun bawang dihiris halus
1 sudu bsr sos tomato
1/2 sudu bsr sos cili
garam secukupnya
minyak zaitun untuk menumis
CARA MEMBUATNYA:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang di dadu kecil hingga wangi
2. Masukkan daging cincang, masak seketika
3. Masukkan sayuran yang telah di dadu halus
4. Masukka sos dan perasakan
Bagi daging separa masak |
Campuran sayur dihiris kecil/ dadu |
Masukkan sayur |
masukkan sos dan perasakannya |
Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan letak dalam esbox. Dua minggu pun tak apa |
Okay, senang je kan?
Buat macam saya, nak pergi skolah pagi2 kan memang kalut sikit, nak masak utk famili lagi so... pagi2 saya keluarkan dari peti ais, bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian. Dadarkan dua biji telur dan letaknya sebagai inti (Macam buat telur bungkus) dan Ngggggaaappppp!!!!! kenyang beb! Anak pung suka, saya letakkan kat dalam roti pita ke, roti panjang ke, jadilah kebab pulaks... kan 2 dalam 1 tu....
Selamat Mencuba, nanti saya updatekan omelet yang best punyer!
1 ulasan:
thank you. saya tengah cuba resipi ni nak kurus sikit.
Post a Comment