Sotong Rebus, Udang Celup Tepung dan Tumis Air Bayam!

Aaaaa ccchhhuuummmmm!!!!!
Fuh.... dalam 5 minit sebelum saya taip ni dah 4 kali marathon bersin tanpa henti... jap nak bersin....
Hari ni hari ke-11 puasa. Alhamdulillah, anakanda Cupie dapat puasa dengan jayanya, even dia muntah, cirit birit dan the latest ni... + mama dia pong kena... selsema dan batuk!!!!!

Dalam dok genyeh hidung dan bersin dan batuk, sempatlah memasak hari ni dengan bonda. Biasalah bondaku tu memang lepas tangan dah sekarang ni kecualilah lauk pauk tu yang saya memang tak reti/ tak sesedap dia masak barulah dia masak!. Harini menu biasa je sebab si Cupie nak makan udang celup tepung dna sotong celup tepung je. Bonda nak makan sotong rebus dan sayur bayam. Ayahanda pong lauk sama cuma tambahkan telur goreng je!

Roll on resepi!

Udang Celup Tepung



BAHAN-BAHAN:
          10 ekor udang sederhana di buang kulit
          3 sudu besar tepung beras
          1 biji telur
          Sedikit kapur makan di campur air
          1 sudu besar kelapa parut
          Sedikit garam
          Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA:
1.     Bersihkan udang dan buang kulitnya
2.     Campurkan semua bahan di dalam bekas. Letakkan sedikit air, jangan terlalu pekat atau terlalu cair
3.     Panaskan minyak. Ambil dua sudu minyak panas dan campurkan dengan bancuhan tepung tadi.  Celupkan udang sepenuhnya ke dalam bancuhan tepung dan goreng garing.

Lupa nak tabur serdak dia tadi. Ni versi tak buh kunyit
**
Udang celup tepung sedap di makan panas-panas di cicah sos. Gunakan resepi ini untuk menggoreng sotong, kerang, ikan dan juga gorengan buah-buahan seperti pisang, cempedak, sukun dan juga cendawan. Tambahkan sedikit serbuk kunyit untuk warna keemasan!

SOTONG REBUS

BAHAN-BAHAN:
          ½ kg sotong saiz sederhana dibersihkan dan dibuang dakwatnya
          4 batang serai di titik
          4 ulas bawang putih di titik
          3 keping asam keping
          Garam dan gula secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
1.     Masukkan semua bahan dengan 3 cawan air. Perasakan dan bila mendidih tutupkan api. Sedia dihidangkan


**
Ini salah satu masakan kegemaran keluarga saya. Bila saja ada sotong segar, yang bertelur pula, fuh.... rebus sahaja....siap hirup kuah lagi..... tapi awas, kalau sotong yang kurang segar, ataupun yang telah lama berada di dalam peti sejuk, resepi ini kurang sesuai kerana rasa manis sotong sudah tiada!

TUMIS AIR BAYAM

BAHAN-BAHAN:
          Secekak bayam hijau
          2 sudu besar ikan bilis
          Sedikit bebola ikan (jika suka)
          3 ulas bawang putih
          Sebiji bawang besar
          2 biji cili hijau/ merah
          Serbuk lada sulah
          Garam

CARA MEMBUATNYA:
1.     Panaskan minyak. Tumis bawang dan ikan bilis. Masukkan air, bebola ikan, bayam dan cili. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
sayur darurat
Selamat Mencuba!!!!! Sonang jerrr!!!! 



0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails