Okay, kita nengokkkan resepinya dulu kay!
Trifle buah CAMPURAN
BAHAN-BAHANNYA
Lapis 1 Lapis 3
1 biji kek gulung (sebarang perisa) 1 tin laici
Campuran air buah koktel dan laici 1 tin kecil koktel buah
Sedikit nata de coco
Lapis 2 Buah-buahan segar
6 sudu besar (bumbu) tepung kastard bird
1 tin susu cair Lapis Atas
1 cawan susu segar 30g serbuk jeli segera
4 cawan air 1 cawan gula pasir (secukup manis)
1 cawan gula pasir (secukup manis) 1 liter air
1 biji telur sedikit perisa strawberry
1 sudu teh esen vanilla sedikit pewarna merah
CARA MEMBUATNYA:
1. Lapis 1:
- Potong kek gulung dan susunkan ke dalam bekas.
- Curahkan sirap dari campuran koktel buah dan laici hingga semua kek menjadi lembab
2. Lapis 2:
- Campurkan semua bahan lapis 2 kedalam periuk. Kacau semua bahan agar sebati, sebaiknya gunakan whisk.
- Hidupkan api dan masak sehingga mendidih. Kacau tanpa henti.
- Lapiskan di atas kek gulung tadi hingga melitupi semua kawasan bekas.
3. Lapis 3:
- Bila lapisan 2 sudah mengeras, aturkan buah-buahan koktel, laici dan buah segar. Jangan diambil airnya
4. Lapis atas:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih
- Tuangkan ke atas lapis buah-buahan koktel tadi.
- Hiaskan dengan buah strawberry, kiwi dan peach ikut kreativiti sendiri.
buah-buahan koktel |
Susun kek gulung bagi memenuhi dasar bekas. Curahkan air buah koktel hingga basah meresap ke dalam semua kek |
Susun buah-buahan segar seperti kiwi dan strawberi disekeliling bekas (ikut kreativiti) |
Susunlah sesuka hati anda tapi buah2 tu 'makesure' hujungnya sentuh kek agar bila kita tuang kastad dia dok elok je camtu, tak 'lari' ke sana ke mari. ehehhehe |
Lepas tuang kastad (lupa nak amik gambar buh kastad tadi), biar dia keras sikit, buh buah-buahan koktel bagi penuh ruang kastad tu |
Curahkan air di daun keladi eh silap... curahkan jeli tu bagi penuh slow-slow tau... senduk makcik ni antik sikit... |
Nampak jeli dekat2 nak keras tu, susunlah segala macam buah yang dikehendaki. Then, ambik lebihan jeli sikit, tuang kat atas buah tu bagi buah tu tak 'lari' ke sana ke mari... ehhehe |
Hias je lah macam mana pong... belasah je.... |
Kan nampak cantik je kan susunan buah dan layer kek, kastad dan jeli!!! |
Selamat mencuba ya semua.... senang je... lepas ni boleh buat untuk hantaran
dan makan beradab pengantin!
0 ulasan:
Post a Comment