MAKARONI BAKAR VERSI 2-fusionlah konon

Makaroni bakar kali ni mokcik Tihah buat versi buh serbuk kari tapi campur gak ngan susu dll... saja jer... sebab makan yg beli kat kedai tu macam sedap tapi tak puas hati sebab isi ayam/ daging tuh cam sikit jer...
So... mokcik pong buatlah sendiri ...
JOM...



MAKARONI BAKAR


BAHAN A
1. 300g makaroni, di rebus dengan sedikit garam dan minyak hingga empuk. Toskan
2. dua cawan isi ayam yang telah di rebus dan di racik halus
3. 1 biji lobak merah di parut atau di hiris halus memanjang
4. 1 tin cendawan butang dihiris nipis
5. 3 sudu besar rempah kari ayam/ daging di campurkan dengan secawan air
6. 1 tankai daun sup di racik halus
7. Satu tangkai daun bawang di racik halus
8. 1 biji capsicum/ cili merah/ cili hijau di hiris nipis
9. 2 sudu serbuk pati ayam @ 2 kiub pati ayam
10. garam dan gula secukupnya
11. 2 sudu mentega dan 2 sudu minyak masak
12. 1 biji bawang besar dan 4 ulas bawang putih di cincang halus

BAHAN B
1. 7 - 10 biji telur (berdasarkan besar kecil)
2. 1 cawan susu segar
3. 2 sudu tepung gandum
4. garam dan gula secukupnya
5. 1 sudu teh serbuk lada hitam
6. 1 sudu teh serbuk lada sulah

CARA MEMBUATNYA:
*Panaskan oven, 170 C
1. Panaskan mentega yg dicampurkan dengan minyak
2. Tumis bawang hingga agak garing
3. Masukkan pes kari, kacau hingga agak garing
4. Masukkan isi ayam dan perasakan dengan pati ayam, garam dan gula. Ketepikan
5. Ambil satu mangkuk besar, masukkan lebihan semua bahan A dan juga ayam yg sudah di masak tadi dan gaul sebati. Ketepikan
6. Campurkan bahagian B dan kacau dengan whisk hingga sebati
7. Ambil loyang dan sapukan dengan sedikit mentega @ marjerin. Masukkan campuran bahan A dan tekapkan sedikit agar ianya padat. Curahkan campuran bahan B hingga ia memenuhi semua ruang-ruang.
8. Bakar dengan api atas dan bawah selama 40 minit hingga bahagian atasnya agak keperangan. Cucukkan dengan garfu untuk memastikan campuran telur tadi sudah masak sepenuhnya.
9. Sedia di hidangkan!

utk geng mengaji tokma





1 ulasan:

Siti Hajar Mohamad said...

terbaik la tir....bila la nok buat nie...asyik print resepi jah...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails