Sejak-sejak berdiet ni kan... otak pong kerjanya dok fikir nak makan apa hari ni? makan tu boleh ke? makan ni boleh ke? Nanti terlebih carb pulaks... sampaikan anakanda Cupie pong dah tahu camana nak tengok carbs dalam makanan yang dia beli. Eheheh... penangan maknyalah tu....
Okey, setelah cari punya cari, google punya google, yahoo punya yahoo dan sebagainya maka terjumpalah beberapa bend ayang saya rasa penting dna boleh dikongsi bersama. Terutamanya kepada sahabat-sahabat yang nak mencuba Atkin's Diet, guna produk Alpha Lipid SD2 dan bagi yang menghidap diabetes!
Sebelum tu nak cerita cerihik dululah yer.... (tak sah kalau saya tak membebel dulu baru pergi ke point utama... kik kik kik)
ceritanya lebih setahun yang lepas, saya terbaca satu blog mengenai Atkin's Diet ni. Memanglah saya dah tahu lama dah mengenai diet ni tapi tak secara detaillah cuma tahu yang tak boleh makan nasi, mee, bihun, roti dan sewaktu dengannya je. Pastu bila saya baca blog sorang adik ni kalau tak silap, blog Tak Nak Gemuk' camtulah lebih kurang... dia cerita detail dan saya pong mencobalah....
Hasilnya.... memang lumayan bangat! sampai boleh bawak keluar baju-baju lama dalam gerobok tu dan dipakai semula. Memang first three days sangat menyeksakan. Lemah seluruh badan dan rasa cam tak mahu bergerak pong.... pastu makin hari makin okay. Masalahnya..... saya sembelit. Ok lagilah... yang tak bestnya, hampir2 buasir! Mak oiiii... siksanya badan.... Lepastu saya berenti. Memang dalam 5-6 bulan tu berat maintain, tapi lepastu dah menketedarah apa saja, exercise takdok... naik baliklah beb!
Moral of the story, bukanlah saya kata Atkin's tu tak elok, malahan bagi saya Atkin's lah solution diet yang baik bagi orang kuat makan macam saya ni, tapi cara saya tu may be salah sebab saya tak amik supplement laing. Patutnya kena amik vitamin, grreen tea atau herba tea lain yg boleh melawaskan dirinya diriku dirimu itu. kemudian, terjumpalah kawan lama, tu pong pasai nak beli tat nenas untuk raya. Then saya try ASLD2. Caranya exactly sama cam diet Atkin's cuma jadikan ASLD2 sebagai makanan tambahan. Alhamdulillah, tak pernah sembelit lagilah sejak makan ni dan berat pong turun, Alhamdulillah!
Begitulah sedikit sebanyak cerihik dari saya.
Okay sekarang kita ke 'Buletin Utama' - cerita utama kita...
Okay, dibawah senarai karbohidrat (carbs) dalam sayur, buah, kacang, sos dan cheese dan bla..bla...bla... yang sempat saya jenguk dan amik untuk pedoman kita-kita lah yer!
TAUHU
1 keping tauhu - 2.16g
1 keping tofu goreng - 1.36g
1 tofu lembut - 1.5g
SUSU DAN GULA
Susu skim - 11.4g
Susu rendah lemak skim - 11.9g
susu cair - 25.3g
susu pekat - 166g
santan kelapa (1 tin) - 6.3g
1 sudu kecil gula - 4.2g
1 sudu besar gula - 12.6g
1 sudu kecil gula perang - 4.48g
Sugar powder (1 sachet kecil) - 2.49g
Pemanis tiruan (1 sachet)
- Equal 0.89g
- splenda 0.9g
- Saccharin 0.89g
- Fructose sweetener 3.0g
SOS
sos tiram 1 sudu besar - 1.97g
sos cili 1 sudu besar - 5g
sos tomato 1/2 cawan - 8g
sos pizza 1/2 cawan - 8g
kicap soya biasa 1 sudu besar - 1.4g
SAYUR & BUAH rendah carbs
salad iceberg / coral 1 cawan - 0.2g
alfalfa / taugeh 1 cawan - 0.4g
timun batang 1/2 cawan - 1g
1 batang seleri - 0.8g
cendawan 1/2 cawan - 2.4g
brokoli 1/2 cawan - 1g
bunga kobis 1/2 cawan - 2g
kobis 1/2 cawan - 2g
bayam 1/2 cawan - 0.4g
tomato 1 biji saiz sederhana - 5g
honeydew 1/2 cawan - 7.3g
tembikai 1/2 cawan - 5.5g
strawberry 1/2 cawan - 5.2g
pic - 5g
oren - 5g
betik 1/2 cawan - 6.5g
KACANG
peanuts 10 biji - 2.75g
peanuts 1/4 cawan - 5.89g
almond 1/4 cawan - 6g
cashew nut 1/4 cawan - 9g
walnut 1/4 cawan - 4g
Pistachio 1/4 cawan - 8.2g
Mix nut 1/4 cawan - 7.66g
CHEESE
Cheddar cheese 1 keping - 0.36g
mozarella - 0.62g
parmesan - 0.91g
DAGING
Daging lembu - 0g
Daging ayam / ayam belanda - 0g
Daging kambing - 0g
Daging arnab - 0g
Sebarang jenis ikan - 0g
Sebarang kari (semua jenis daging) tanpa kuah satu hidangan : 4g
TELUR (1 biji gred A+ @ 2 biji gred C)
Omelet (telur dadar) kosong 1 biji gred A+ - 0.45g
Omelet atau scrambled(telur hancur) dgn keju ceddar - 2.23g
Omelet @ scrambled dengan sayuran - 2.38g
Omelet @ scrambled dengan sosej - 2.4g
Omelet @ scrambled dengan ayam / daging / udang - 1.11g
Omelet dengan ayam / daging / udang dan sedikit cheese - 1.98g
Omelet @ scrambled dengan cili, keju, tomato dan kacang peas - 3.75g
Omelet @ scrambled dengan cendawan - 2.05g
SEAFOOD
Udang biasa seekor saiz xl- 0.1g
Lobster 1 ekor- 1.5g
Ketam 1 cawan - 0g
Sotong biasa 1 ekor - 1.65g
Tiram 1/2 cawan - 8.9g
Setakat ini dulu. Moga-moga ianya dapat memberi panduan untuk sahabat-sahabat mengamalkan diet rendah karbohidrat yang lebih berkualiti dan terjamin. Insyaallah nanti saya akan update resepi pulak ye. Sebenarnya dah ada resepi dna gambar2nya tapi tak jumpa pulak cari card reader untuk nak uploadkan gambar, lain kali yer.... SELAMAT BERJAYA semua!
4 ulasan:
salam kak..terjumpa belog akak psl food yg low carbs, nak tanya sosej brand ape yg low carb??kalau akak taw, leh lah share ngan sye yer:)
Asalamualaikum sis..nk.tnye ni menu mknan yg low carb ea..so yg ni sesuai la utk diet dgn ALSDII
Tmpang mnjawab.luqman: yup tu makanan yg rendah carbs. Pndai2 lah adjust and combine dgn AlsdII tpi pastikan xleh lebih 20g
thanks
Post a Comment