Sandwich kentang dan tuna@ sardin MAMACUPIE... hmmm luxurious...

Lamo bebenor tak menulis di blog ni kan... tak kongsi resepi... tak kongsi cerita... bukannya apa, saya sungguhlah menyibukkan diri saya sendiri yang sudah sedia sibuk ini!

Okay, dah lama sebenarnya saya tak buat sandwich... walhal itulah makanan asasi yang termudahhsss sebenarnya, cuma potong, bukak tin, campak, curah, gaul! Fuyyooo...

Okay, untuk nampak lebih kaya...maksudnya lebih creamy, lebih mengancam gitu so saya buat lapis klentang bersama tuna. Ayahanda, bonda dan anakanda serta adinda2 semua sukalah... kenkawan kat sekolah kat Perlis dulu selalu jer suruh buat... rindu kat kenkawan semua!
Saja letak inti banyak sket bagi ala-ala nak meleleh gituw..

Okay, kita tengok resepinya

BAHAN-BAHAN:
roti putih kalau blh Gardenia atau Hi 5. Roti murah pun boleh cuma bila dah sapukan inti dan dah dilapis2 tu perlu wrap dengan plastik wrap tu atau letak dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan roti menjadi kering dan keras dna tak sedap nak makan.
marjerin/ mentega untuk disapukan di atas roti

Inti layer 1

4 biji kentang
2 sudu besar mayonis
1 sudu teh serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam dihancurkan
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 cawan susu segar / susu cair
sedikit garam

Inti layer 2

1 tin tuna in oil / sardin (jenama ayambrand/yeo's/kingcup @ marina) - yg lain tu kurang menyengat rasanya
1 biji timun batang saiz kecil
1 biji saiz kecil bawang besar cina (putih)
2 biji tomato saiz kecil
2 biji cili merah
4 sudu besar mayonis
sedikit garam

CARA MEMBUATNYA:

1. Kentang dibasuh bersih dan di rebus dengan air dan sedikit garam sehingga empuk


2. Toskan, kupas kulitnya dan dilenyek sehingga hancur

3. Campurkan mayonis, serbuk pati ayam, serbuk lada hitam dan lada putih. Gaul rata.


4. Masukkan susu segar/ cair dan gaul rata. rasakan masin masamnya.



Inti layer dua

1. Asingkan tuna dari minyak. Lenyek hingga hancur. Jika menggunakan sardin, buang sos tomatonya dan tinggalkan sedikit sahaja.
2. Semua jenis sayuran di potong dadu kecil, lalu di gaul bersama tuna tadi.

3. Masukkan mayonis dan sedikit garam. Gaul rata dan rasakan masin manis masamnya

CARA MENGHIDANGKAN:
1. Ambil dua keping roti dan sapukan dengan marjerin/ mentega
2. Sapukan inti kentang ke atas roti tadi dan sekeping lagi disapukan inti tuna


Satu disapu marjerin dan kentang. Satu lagi disapu marjerin dan tuna. lapiskan
3. Ambil sekeping lagi roti dan tekapkan diatasnya. Potong dari bucu ke bucu atau sesuka hati asal bahagia.


4 ulasan:

MAK TEH said...

Yummmyyyy..sedap benor.selamat hari raya buat mama n cupie

mamacupie / Fatihah Pauzihal said...

selamat hari raya mak teh. Mesti mak Teh sibuk sangat siapkan tempahan kan? Mesti seronokkan..

SITI said...

Tir...sedapnyer...Nampak gayanya menu nie boleh jadi menu breakfast utk esok...thanks my friend 4 sharing....

mamacupie / Fatihah Pauzihal said...

Bereh Jar... menu ni dikira yg simple. Sebelum tido malam buat inti dia dulu. Esok, just heat kejap dalam microwave jer, terus boleh sapu dan makan!
Tenkiu kerana mencuba.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails