QUICHE AYAM CENDAWAN (step by step)

Salam

Banyaknya sawang.... dah berbulan tak menjenguk blog.
Okay, tahun lepas saya ada kongsi resepi quiche ni, tapi sekadar resepi dan gambar yang dah siap. So hari ni saya nak kongsi resepi dengan langkah2nya sekali.
Senang je.. Cuba ye!

Resepinya....
(Saya ambil dari entry sebelum ni... malas nak taip!)

Pastrinya:
250g butter
50g marjerin @ shortening
2 sudu gula  aising (blend je sikit bagi jadi halus)
550g tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu air ais
secubit garam

Intinya:
1 mangkuk isi ayam/ ayam cincang/ daging pong boleh
3 biji kentang (dadu kecil)
1 batang lobak merah (dadu kecil)
1 tin cendawan butang (hiris memanjang)
3 tangkai daun sup (dicincang kasar)
1 cawan susu segar @ susu cair * (optional)
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar Cina di dadu
sedikit serbuk lada putih dan hitam
1 sudu besar oregano *(optional)
1 sudu serbuk lada hitam * (optional)
2 sudu sos tiram
2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan air
garam dan gula secukupnya

Kastad Filling/ Toping
4 biji telur
Secubit garam dan serbuk lada sulah / secukup rasa megi
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar krim/ kalau takde buh je tepung gandum 3 sudu besar... betoi...                            
Keju mozarella/ cheddar/ parmesan (parut atau potong kecil)
Satukan semua kecuali keju parut. Kacau dengan whisk hingga sebati

Cara Membuatnya:
1. Untuk pastri. Satukan mentega, marjerin dan gula. Kacau sebati (guna tangan je).
2. Masukkan telur, esen vanilla dan garam. Kacau lagi
3. Masukkan tepung gandum. Guna kaedah gaul ramas guna hujung jari. Buat hingga jadi seperti serbuk roti. Bila dah nampak dah sebati, ok dah, masukkan air ais. Kalau adunan melekat kat bekas, taburkan tepung sikit dan gaul lagi. 
4. Keluarkan dan bolehlah di canai ataupun kalau saya buat, saya tekan-tekan kat acuan je, malas nak canai (kalau acuan kecik... kalau besar kena canai , okey!). Janganlah tebal sangat kan dan janganlah nipis sangat.
5. Ok, untuk inti. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga layu.
6. Masukkan isi ayam. Biar separa masak. kemudian masukkan semua perasa, sos tiram, garam gula, serbuk lada, oregano. Pastu masukkan susu segar dan kentang serta lobak merah. Sederhanakan api, tutup kuali hingga kentang dan lobak merah hampir empuk.(Kalau tak mau lemak sangat tak payah letak susu segar, just letak  air sikit)
7. Kemudian masukkan cendawan butang, daun sup dan bancuhan tepung jagung. Kacau sebentar biar ianya pekat dan melekat sesama sendiri. Jangan berkuah ye, nanti pastri akan pecah dan tak rangup bila kita letak inti. Tutupkan api. Biarkan ianya betul-betul sejuk. (Saya letak dalam peti ais dulu)
8. Kalau acuan besar, bakar dulu 15 minit kulit quiche tu. Kalau acuan kecil boleh terus letak inti (pastikan dah sejuk).
9. Penuhkan dengan inti kemudian curahkan filling memenuhi ruang-ruang kosong. Taburkan keju diatasnya. Bakar hingga keperangan. About 30 minit gitu.
10. Waktu masih panas pun boleh dikeluarkan dari acuan sebab ianya tak melekat... percayalah kat saya....

Ini gambar langkah demi langkah ya!
Ini doh yang telah di uli- tidak terlalu berderai dan tidak terlalu lembik
Pastikan bila di lenyek ke acuan ianya tidak melekat terlalu kuat.

Inti iaitu campuran kentang, karot, cendawan butang, isi ayam

kastad filling iaitu campuran telur, susu, krim/ sedikit tepung gandum

doh yang telah di lenyekkan ke acuan

Tambah inti


Tuangkan filling dan parutan keju 

Bakar pada suhu 180 C sehingga intinya kembang dan
 crust atau kulit quiche kelihatan kembang dan terkeluar dari acuan

Keluarkan dari acuan

SIAP!

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails