GIMBAP VERSI MAMACUPIE

 Gimbap... Sushi... 

Suka sangat kan... tapi kalau beli kat kedai memanglah agak... a bit costly..

sebab, takkan nak beli satu atau dua kan... kalau si Cupie tu, semua jenis dia nak, esp yg segala jenis tempura.. mak oi... sekali sekala layan tak apa, selalu-selalu, rabak jugak mamanya...

Lepas tu pulak, mamanya selalu terpengaruh dgn drama korea, macam sedap je, dia orang makan gimbap tu... maka one sweet day two years ago, mama si cupie pon google, tgk utube dan cuba2 beli kot shopee bahan-bahan. Alhamdulillah BERJAYA hasilkan yg kena selera kita orang...

Jom roll on resepi...


 BAHAN-BAHAN

·       1 cawan beras sushi (sumo)

·       1.5 cawan air

·       2 sdb minyak bijan

·       1sdk cuka sushi

·       Sedikit garam

·       Bamboo mate

·       Seaweed sushi nori dan bijan sangai

 

INTI

·       Telur dadar

·       Sosej rebus/gril

·       Jejari ketam rebus/gril

·       Timun jepun

·       Lobak merah

·       Tuna in oil/chunk

·       Bayam yang dicelur

·       Mayonis

·       garam

  

CARA MEMBUATNYA

1.       Basuh beras, masukkan air dan sedikit garam. Tanak nasi seperti biasa

2.       Bila masak alihkan ke dalam bekas lain, masukkan cuka dan minyak bijan. Gaul sebati

3.       Untuk inti tuna, toskan tuna dari oilnya, gaulkan dengan mayonis dan sedikit garam

4.    Untuk lobak merah, nak parut dulu pon boleh lepastu gaul garam dan biarkan sekejap. Toskan dan perah keluar airnya, barulah goreng sekejap tanpa minyak dalam kuali non stick. 

5.       Hamparkan bamboo mat, letak sekeping seaweed sushi nori

6.       Letak nasi dalam 2/3 seaweed supaya senang gulung. Nasi tu tekan sikit bagi nipis je. Susun karot, timun, telur, sosej, ketam, bayam, tuna, letak mayonis/ thousand islang/ sos cili jika suka, dan gulungkan. Pastikan kemas masa gulung tu biar tak terburai. Sapu minyak bijan di sekeliling gimbap. Golekkan dalam bijan yg disangai sekejap. Potong, siap! Nak makan macam tu pon best, nak cicah kicap sushi/ kicap cair pon best! 

     *(pastikan pisau tu tajam dan lap dulu pisau sebelum potongan seterusnya, untuk dapatkan potongan yg smooth gitewww....)

 ** Inti tu boleh letak macam-macam. Ayam pop corn gaul mayonis pon sedap. Kimchi dan danmuji pon okay. Salmon ke atau ikan dori yang kita panggang kejap dalam air fryer pon sedap, bulgogi atau daging yang di goreng sekejap guna kicap dan sedikit minyak bijan pon bulis, janji letak dengan mayonis/thousand island sikit, supaya lebih umpph! Kadang-kadang saya letak sos pedas manis lebihan ayam goreng korea. Pastu jangan la buh semua inti, payah nak gulung. Kena bijak mix n match inti supaya gimbap kita Best gitu!

gimbap basic.. ada sosej, telur, jejari ketam n timun jepun je




advance sikit sbb letak bulgogi


mix gimbap n sushi assorted (tempura, jejari ketam, tuna mayo dll)

untuk di bahagi2kan kpd kenkawan sempena Ramadan



ini namanya, letak sesuka hati.. apa saja yg ada. yg penting sedap!




0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails