Pagi-pagi ni tiba-tiba je tersentuh rasa di hati. Baru lepas tengok citer korea, 'My daughter the flower' yang record semalam. Dah nak sampai episod kemuncak ni sedihlah sebab semua orang nak berkorban untuk membahagiakan orang lain.
|
SWEET SANGAT CITER NI! |
Sebenarnya bukan nak cerita tentang dram bersiri ni tapi bila part sedih, berkorban, mati, cinta... ianya mengingatkan saya pada 'dia'.
Oh lupa nak bagitahu yang saya datang KL, hantar my nephew si Amar Farouq yang dah 2 minggu dok kelantan ngan kami. Dia, biasalah, asyik dengan Cupie jer dan budak tu memang gila gadget. Budak 5 tahun yang mindanya asyik ingat game, game dan game! Okay, satu lagi reason saya ada di sini sebab nak jumpa anak saudara yang konvo kat UiTM Shah Alam.
Semuanya kebetulan dan saya rasa ini satu kewajipan jugaklah saya datang, memandangkan ibunya iaitu kakak ipar saya sakit dan tak dapat jalan jauh. Saya rasa kalaulah 'dia' ada, pasti dia akan datang untuk konvo anak saudaranya ni. Betul. I can feel it. Walaupun dia garang, tapi dia memang sayangkan anak-anak saudaranya. Dia selalu cakap yang kalaulah apa-apa terjadi dekat kakaknya (kak mun yang menjaga dia dari kecil), dia akan jaga semua anak-anak kak Mun. Tapi kita hanya merancang, hanya Allah yang menentukan. Dia yang pergi dulu. Dia yang sihat walafiat dan gagah perkasa tu yang pergi dulu dari orang yang sudah lama sakit! Semaunya kuasa Allah dan saya redha dengan kententuanNya. Saya pasti, kalau dia masih ada, dia akan berbuat seperti saya. Oh, hanya Tuhan yang tahu how much I miss him!
Okay untuk tidak menyedihkan diri yang sedia sedih... kita tengok gambar yer!
|
Tak sempat nak amsuk UiTm, jumpa kat luar jer... dah dewasa dah anak penakanku ni! |
Okay, lepas je jumpa Amylea, anak saudara saya tu, kami pong ke iCity. Saja lah kan nak bawak budak2 enjoy2. Tak sangkalah pulak, hujan! Maka, saya yang dah memang letih sebab dari pagi lagi keluar rumah, mencadangkan untuk balik. Kesiannya budak2 tu tapi nak buat camana kan!
|
Sempat amik gambar ni b4 hujan! |
|
Ini gambar anakanda Cupie yang tak puas hati sebab takleh masuk dalam snowworld! |
Okay... nanti kita update lagi yer! Anak-anak sedaraku dok panggil kat bawah tu, dia orang nak saya mandikan dan suap nasi... ish ish, manja betul! Tu yang Cupie jealous sangat tu!
0 ulasan:
Post a Comment