ANAKKU CUPIE!

Dah kul 12.21pm
Mata ku tak mahu lena. Dok depan laptop walhal esok kena bangun pagi nak siapkan trifle org kawen. Camano nih ek?

Hari ni rabu. Isnin hari tu saya hantar anak ke rumah makcik saya, sebabnya dah janji ngan dia. Kesian jugakkan kalau kat rumah dia main sorang2.

Dia ajak saya main PS2, saya cakap, "Mama tak minatlah..." Dia ajak saya main game kat laptop, zombie ke apa ntah, saya cakap "Game budak2 tu, Cupie mainlah, mama nak baca majalah,", dia ajak saya ke KB Mall lepas zohor, saya cakap "Sorrylah sayang. Mama letihlah. Semalam mama tidur lambat buat kerja sekolah mama. pagi tadi mama pergi pasar, lepas tu masak.. Cupi tak kesian ke mama ke?", dia ajak main Saidina ngan scrabble saya cakap "mama nak tengok movie yg cupi download tu, kita tengok sama-sama ye?" Dia tanya " Citer apa mama?", saya jawab "Citer cintan-cintan lah, Istanbul aku datang ke, Untuk 3 hari ke,..." tau dia jawab apa? "Mama tak kesian kat Cupie ke?" Saya tanya, "Kenapa?" Dia jawab "Yang pertama, Cupie tak minat, yang kedua, Cupie letihlah sebab malam tadi Cupi main game ps2 tidur lambat, pagi tadi Cupie main bola lepastu cupi main game... Cupie letihlah.. Mama tak kasihan kat Cupie ke?" pastu dia terus masuk bilik main PS2.

Mula-mula tu saya nak marah jugak. hai, dah pandai menjawab ye? Lepas tu saya fikir balik.... rupanya saya pentingkan diri saja nak minta anak faham saya tapi saya... selalu menghampakannya. Ye lah,memanglah tak elok asyik main game, main bola jer... tapi kena tengok situasi dia. Dia anak tunggal. Tinggal dengan mama, tok ma dan tok bah. Memang betul dia ada apa yang dia nak... tapi dia nak kongsi dengan siapa semua tu? Kalau waktu persekolahan memanglah tak apa sebab dia ada kawan2 di sekolah. Bila cuti panjang? Kasihan anakku! Satu lagi, saya marah bila dia tak mahu kongsi bantal katak besar yang arwah abah dia belikan dengan sepupu dia yang berumur 5 tahun. Saya selalu cakap, kesianlah dengan dia, dia budak lagi. Nanti dia tidur, Cupie ambiklah balik! Terus dia mengamuk... bila fikir balik... dia memang tidak pernah berkongsi... apatah lagi barnag kesayangannya dari orang yang dia sayang kan! Bila tok ma terlupa nak tanyakan dia nak makan lauk apa pun dia merajuk... aduhai anakku!

Pernah saya tanya dia. "Tingkatan 1 nanti Cupie nak sekolah kat mana? Nak pergi asrama penuh macam ayahngah tak? Sekolah Faris Petra? Ke nak masuk MRSM macam Che su?"
Dia jawab... "Nak pergi sekolah mama!"
Saya tanya lagi, "Cupie nak jadi saintis kan? So, Cupie kena belajar kat oversea macam Mak Iti (cousin saya),"
Tahu tak dia jawab apa? "Cupi nak pergi UMK (Universiti Malaysia Kelantan)"
Saya tanya "Kenapa tak mahu ke oversea? Cupi kan nak main salji?"
Dia jawab "Sebab dekat dengan mama, tok ma tok bah. Nanti senang Cupi nak jaga, sebab semua dah tua masa tu!" Ish...ish...ish... anakku!

Rindu pulak rasanya kat dia. Selalu saya marah dia sebab kalau nak tidur, saya kena ada disebelahnya. Kadang-kadang kalau saya ada kerja yang belum siap, dia akan tunggu sampai saya siap. Saya selalu marah dia sebab dia manja sangat... tapi dia cakap... "Cupi tak boleh tidur kalau mama tak ada!" Biasanya saya buat muka tak best. Kalau tak pong saya tak cakap dengan dia langsung! Tapi kan... betullah... mama pun tak boleh tidur kalau Cupie tak ada.... Kuatnya ikatan ibu dan anak yang Allah paterikan untuk kami!

Wajah Cupie, semakin dia membesar ni, semakin mirip abahnya... Kadang-kadang bila dia tidur saya tengok wajah dia lama-lama... kalaulah abah ada mesti abah bangga dengan Cupie. Walaupun Cupie kuat merajuk dan agak 'garang'(bekeng), tapi Cupie terang hati. Cupie bijak dan cepat belajar. Cupie pandai pujuk mama, tok ma dan tok bah, dan selalu buat kami ketawa. Kami semua sayang Cupie jadi mama harap moga Cupie akan jadi anak yang soleh, selalu dengar cakap mama, tok ma dan tok bah. Cupie kena belajar rajin-rajin dan jangan hampakan kami... Mama sayang Cupie sangat-sangat! Cupielah belahan hati mama!

Cupie dah besar dah...
Cupie dgn adik sepupunya Farouq yg paling dia rapat dan yg sering dia gaduhkan...

Jangan kacau masa dia tidur... nanti .... garang giler nih...
Cupie yang berani... flying fox dari tingkat 4 sekolah

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails