TELUR BUNGKUS DAN GULAI UDANG DAN MAJLIS KHATAM QURAN SERTA AGIHAN ZAKAT

Resepi ni actuallynya buat tiga hari lepas tapi sebab sibuk dengan urusan khatam Quran dan pengagihan zakat kat sekolah jadi tertundalah ni...
Brosur yg di buat dengan kalut-kalut... eheheh
Okay nak cerita sikit. Sekolah saya mengajar ni memang kebanyakan pelajarnya terdiri dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kalau yang senang sikit pun, anak-anak pegawai kerajaan dan pengusaha batik atau kontraktor. Maka ramai jugaklah yang dapat zakat ni. Seronoknya bila tengok wajah-wajah mereka yang senyum je bila dapat sampul angpau tu. Ye lah sekurang-kurangnya dapat meringankan walaupun sedikit beban. Jangan beli mercun sudahlah....

Okay berbalik kepada gulai udang versi kelantan.... simple jer.... kalau nak cerita sejarah gulai udang ni banyak jugak tapi biasalah saya cerita jugak sikit. Gulai kuning lengkuas ni memang sinonim dengan orang Kelantan. Kalau nasi berlauk pagi tu, lauk utama ialah gulai kuning ikan tongkol dan gulai ayam. Kalau lauk nasi dagang, biasanya kat Kelantan akan ada juga gulai udang. Cara masak macam masak gulai kuning ikan tongkol tapi senang lagi... betulll tak tipulah....

Kalau buat gulai lemak kuning lengkuas ni tak kiralah udang ke, ketam ke, ikan ke saya akan teringatkan adik lelaki saya sebab budak tu memang suka sangat dengan gulai ni, esp ketam! Ingat dulu, arwah suami selalu je jealous sebab bila adik lelaki saya nak datang rumah, walau macam mana pun saya mesti cari ketam! Hehehhe, suami saya pong suka juga gulai ni terutamanya ikan tongkol! Dia memang tak cakap dia suka ataupun sedap kalau saya masak, tapi dari raut wajah dan excitednya dia makan siap bertambah-tambah lagi tu, saya rasa seronok dan bahagia! Walaupun keseronokan tu sekejap je tapi ianya akan kekal dalam memori saya, Insyaallah selamanya. Sebab kata orang setiap kenangan manis akan sentiasa terpahat di jiwa!

GULAI UDANG DENGAN TIMUN

1/2 kg udang sederhana (udang harimau atau udang galah lagi best, tapi mahallah!) *pastikan segar!
5 biji bawang merah kecil
1 inci lengkuas
1 ulas bawang putih
7-10 cili kering
sedikit kunyit hidup / serbuk kunyit
semangkuk santan pekat
3 keping asam keping (secukupnya)
garam dan gula secukupnya
timun batang di belah dua dan kerat sepanjang seinci setengah
3 biji cili hijau*

CARA MEMBUATNYA:
1. Kisar bawnag merah, cili kering, lengkuas, kunyit dengan secawan air.
2. Masukkan santan,  dan bahan kisar ke dalam periuk (jika pekat tambahkan air). Kacau selalu hingga nampak berasap (panas) jangan sampai mendidih.
3. Masukkan timun dan cili hijau (jangan potong)
4. Bila mendidih dan timun masak, masukkan udang.
5. Perasakan dengan asam keping, garam dan gula secukupnya.
Bila panas, masukkan timun

Bila mendidih dan timun masak, masukkan udang

Kacau agar santan tidak berketul

Siap, dalam tak sampai pong 10 minit


TELUR BUNGKUS

1/4 mangkuk Isi ayam di dadu
1/4 mangkuk isi udang di dadu
1/4 isi sotong di dadu
1/2 biji bawnag besar Cina di dadu
cili merah di dadu
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh sos tomato
1 sudu besar sos cili
garam dan gula
3 ulas bawnag putih di cincang
sedikkit minyak
* Jika suka boleh masukkan sayur campur atau bunga kobis dan sawi yang didadu kecil. yang ni saya tak buh sebab si Cupie tak makan!

CARA MEMBUATNYA
1. Untuk intinya. Panaskan minyak dalam 2-3 sudu je. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan semua bahan yang lain. Perasakan. Angkat dan ketepikan.



2. Pecahkan 3 biji telur. Masukkan sedikit garam dan pukul hingga sebati.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Lenggang-lenggangkan kuali biar minyak terkena serata bahagian. Tunggu hingga kuali betul-betul panas dna berasap. Tuangkan lebihan minyak agar minyak tidak bertakung di dasar kuali.
4. Kecilkan api ke paling minima. Curahkan telur dan lenggang-lenggangkan ke serata bahagian dalam kuali.
5. Masukkan inti dan lipat telur seperti melipat murtabak.
6. Tutupkan api. Ambil pinggan lekapkan ke atas telur tadi dan terbalikkan kuali agar telur senang dan cantik terletak di atas pinggan



Dah siap.... taraaaa....
Masa bukak puasa tu berebut Cupie dan Tok Bah.... seronokkan bila orang suka amkan masakan kita kan??? Cubalah!

1 ulasan:

Toko Online Kalistajaya said...

maknyuzzz..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails