RESEPI PUDING KELADI N SAKIT MATA!!!

Cuti sekolah sempena raya Cina menyajikan seminggu di rumah. Mulanya cadang nak gi Kuantan. Hari Sabtu tu, pepagi buta dah berkumpul dua ornag makcikku dan cousin2 ku untuk ke Kuantanlah. Baru je start kereta, dapat panggilan dari pakcik Mat, my uncle, toks edara saya eksiden. Kami bergegas ke hospital Kota Bharu. Ingatkan nak gi jenguk jerlah.. rupanya tok sedara saya dah meninggal. Al-Fatihah. Maka kami cancelkanlah semua program. Itulah yang dikatakan kita hanya merancang namun Allah SWT yang menentukan.

Okay, oleh kerana tak pergi ke Kuantan maka kenalah saya ambil balik tempahan yang dibatalkan sebelum ni. So, adalah beberapa tempahan puding trifel untuk hantaarn dan makan beradap, puding keladi untuk hantaran, puding cendol. Dah lama dah saya janji nak bagi resepi puding keladi kan? Jap gi saya copy paste bagi ya.

Nak cerita pasal sakit mata. Saya ni degil! Dah tahu mata merah, berair dan gatal2, bukak je lense, pakailah spek kan... tapi sebab malah pakai spec punya pasal... mata siap luka dan berdarah! Haiyooo... kena pakai spek dua minggu. Padan muka.

kata doktor saya kena "Eye conjunktivitis - allergic to lense". Sebab gonyoh mata kuat sangat maka pecah salur darah dalam mata. Mujur dah luka, tapi takut gakler bila tengok mata tu... macam apa ntah...

Macam ni lah lebih kurang mata saya waktu tu..
Hari Ahad saya ke taklimat biasiswa, pakai spek tapi jarak pandangan tu terhad sikitlah... kabur je. Malam tu pi klinik, dapatlah mc dua hari tapi memeikirkan kerja yang menimbun2, amik sehari jerla... lagipun ia nya tak berjangkit cuma kita rasa tak selesa. Dalm dok skait mata tu dan lagiklah buat tempahan puding keladi.

Jom tengok resepi.

(saya amik dari blog ni sebab resepi yang saya dapat masa ke kelas puding harituh hilang. Bila check2 balik cam sama jer....)

ann-dehouzze.blogspot.com/2009/.../puding-lapis-keladi.html

Bahan2:
Lapisan A:
13 gm agar2 serbuk
220 gm gula pasir
1000 gm air
1 sudu pewarna purple dan perisa keladi

Lapisan B:
6gm agar2 serbuk
500gm air
250gm susu pekat
1 biji kuning telur(pukul)
1 sudu tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)

Lapisan C:
22gm agar-agar serbuk
1000gm air
500 gm susu pekat
1 biji kuning telur
1 sudu B tepung jagung
250gm isi keladi@ubi kentang yang telah direbusdan diblend

cara2;
masak semua lapisan A hingga larut dan mendidih,kacau dgn whisk,then tuang dlm loyang yang bersaiz 12x12 @ 9x9(dpt dua adunan).biarkan suam2 sikit.
masak pula lapisan B,masak agar2 hingga betul2 larut,then masuk susu pekat,tepung jagung dan last masuk kuning telur,masak hingga mendidih.biarkan adunan sedikit sejuk.
rasa adunan A dgn jari,biar sedikit bergetah then boleh dituangkan lapisan B scr perlahan-lahan.
masak lapisan C,seperti lapisan B tadi then last masuk ubi yg tlh diblend td,rasa adunan B dgn jari,biarkan sedikit bergetah,bolehlah masukkan adunan C perlahan-lahan.tak perlu tunggu adunan sejuk.siap!Selamat mencuba!

Note:tunggu adunan betul2 sejuk dulu baru letak dlm esbox. Kalau sayalah, saya tunggu setiap lapisan tu bagi keras dulu, then saya gores2kan dengan garfu, baru tuang. Ini untuk pastikan setiap lapisna tu melekat elok, tak tercabut!

camtum elok je kan...

Trylah... best woooo
Satu bekas ni saya jual RM25, kalau nak tempah bolehlah calling2!



0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails