Hai, lama dah tak menjenguk bloq. Memang tersibuk gilooos gilosss masa cuti semester 2 minggu ari tuh. Almaklumlah wedding planner tak rasmi ni kan utk dua orang cousin yang kahwin dekat2 harinya dalam cuti. Banyak sebeanrnya yang nak diuploadkan... hidangan pengantin, of course utk dua2 cousinku, beraneka puding utk tetamu, doorgift dan juga hanatran terutama pulut kuning berhias yang 1st time saya buat. Tak sangka menjadi hiasan pulut kuning dua tingkat dengan itik2 comel, serunding serta warna warni dari daun pudina dan tomato ceri! Next time saya upload seabbnya gambar semuanya ada dengan orang2 yang berbeza sebab saya lupa nak amik gambar dan lupa nak bawak kamera dan bila bawak kamera, habih bateri!!!!
Okay ini nak cerita pasal saya pergi jumpa seorang Ustaz tu yang dipanggil Pak Su Wil. Ustaz ni mengubat kanser atau barah secara tradisional, ubat kampung! Alkisahnya saya ni memang di beritahu oleh doktorku iaitu Dr Awang Nila yang sangat baik hati dan berbudi bahasa itu yang saya ada syst kat belah kanan ovari. So trylah berubat kampung lak sebab asyik makan ubat kimia ni badan naik bagai dipam-pam. Sampaikan masa kenduri cousin hari tu ada sedara yang lama dah tak jumpa dia memang terkejut hampir pengsan tgk kecomelan saya sampai dia tanya, "Kau makan ibu roti ke jadi cam ni?" Sampainya hati tapi biasalah kontrol macho je saya ni... hahahhaha
Okay, cara Pak Su Wil tu berubat biasa je, dia tekan2 perut dan Allah telah beri kelebihan kat dia boleh merasa kat mana barah/ ketumbuhan/ ketulan ada kat badan dan bila dia bagitau memang betullah tempat tu dan macam biasa dia bagi air penawar sikit, pastu ada ubat herba dia dan bedak sejuk utk sapu kat tempat sakit tu. Yang tak berapa bestnya, pantang makan!!!!! Mak oi... berderet-deret pantangnya.
Senarainya:
1. Daging dan semua organ dalaman
2. telur
3. kopi, nescafe dan susu pekat manis
4. Sayur sejuk cam pucuk paku
5. Buah atau apa saja yang masam
6. Kekacang dan pisang
7. Sebarang kerang-kerangan
8. Seafood except ikan itupun yang tidak gatal
Setakat ni itulah yang diberitahu. Alamak, memang semaunya favourite terutama nescafe susu tu! dan telur! dan buah masam! 1st day tu okay lagik, second day okay lagik... masuk third day, memang teringin sangat nak makan pisang goreng.... tabahkan hati... pastu fourth daya teringin sangat nak minum teh ais.... masalah betul! Setakat ni masih ikut lagi pantang tu dan Insyaallah sampai habih ubat.... Doakan saya ye!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 ulasan:
salam mamacupie, terharu mak teh bila baca entry ni, mak teh doakan mamacupie tabah mengharungi pantang yg sungguh mencabar ini,ameen, its okay, susah dulu senang kemudian kan.insyaallah.cubaan dari allah ini menandakan Allah sayangkan mamacupie.be safe and happy ya
Thanks Mak Teh, tapi masalahnya hari ni dah ter langgar dah.... makan pisang goreng tadi, masa gi rumah cousin. Tak apa, start balik esok... boleh ker cam tu?
Post a Comment