MALAS! tapi terjadinya roti kacang dan mentega, camana?

MALAS!
kalau penyakit ni memang payah sikit nak cari ubat. Ubatnya ada kat empunya tuan tu sendiri. Hormon2 malas ni memang banyak.... sering saja dirembeskan oleh kalenjar malasirenalin... hahahhah
Okay
Ceritanya saya malas sangat nak buat BUKU RANCANGAN MENGAJAR!
Sejak dua tiga tahun kebelakangan ni, first day kena mengajar dah walaupun budak2 tengah mencari kerusi meja yang hilang, walaupun budak2 masih ternganga2 cari kelas mereka... walau bagaimanapun kena mengajar! Kena masuk topik pertama dan kena buat lesson plan! Waduh... memang malas gila tahap gaban tahap A+++++.... tak tahulah kenapa.

Makan tengahari pon cap beli kat kedai jer.... lepas tu siap krohhhh lagiks... dahlah hujan...ribut petir, angin kencang.... aduh! Azam baru yg nak buat exercise kat treadmill hari2 pong tak terbuat lagiks.... tengok treadmill jer rasa ngantuk + lapar... guano ni? Mujurlah Cupi tu dah besar tak adalah merengek2 nak susu ke apa, so lagikslah mak dia boleh memperajakan kemalasan itu!

Walau bagaimana pun... tiba2 je saya dibangunkan oleh suara kecil...
"mana Che LOng ni? Abe nak salam!" Ada kenkanak datang rupanya.... anak sepupu ku yg mak dia beranak dua orang setahun tu datang rupanya. Danish n Damia!

budak kecik dua org ni esok stat sekolah tadika 5 tahun dah....
Danish ni si abang, lahir bulan 2, adiknya Damia lahir bulan 12. Danish ni kegemaran dia kalau datang rumah Che Long (sayalah), dia akan cakap... "Che Long... nak nestepi..." Nak minum nescafe susu ais... macamlah Che Long je yang pandai buat... itu cakap2 jelus dari maknya!

So, bila bebudak ni datang, memang dengan otomatisnya Che Long tak mengantuk dan malas dah so Che Long pun buatlah Roti! Di bantu bibik Che Long....

Bibik Che Long... Cik Breadmaker!
ROTI INTI KACANG N MENTEGA VANILLA

Kelas tak nama roti Che Long! Actuallynya saya nak buat roti Mexico macam roti boy tu tapi malas nak buat topping dia so buh jelah inti kacang dan inti roti mexico tuh...

Resepi ni saya ambil di My Resipi. Alhamdulillah setakat ni kalau resipi My Resipi tu berjayalah semuanya!
Tak sempatlah nak buh resepi... malam ni saya buh resipi bersama dengan hasil dari resepi itu kay!

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails