MY 3rd Novel... DONA KARAN PENANG!

Salam
Dah berkurun tak berblog
Hari ni just nak kongsi novel baru saya, keluaran Disember 2015



Banyak kisah sebenarnya novel ni. Kisah yang panjang dan hampir putus asa.

Sebenarnya novel ni saya ilhamkan dan panjangkan dari cerpen saya
'Man In Black Vs Dona Karan Penang'... saya pernah letak dalam blog juga sebelum ni
boleh baca di..

http://mamacupiecorner.blogspot.my/2011/10/man-in-black-vs-dona-karan-penang.html

Okay...
Saya pernah hantar kat penulisan2u dan yang bestnya... feed back tu sangat menggalakkan so saya pong terkeluarlah idea utk jadikannya sebagai novel!
Dedikasi buat sahabat2 di USM, especially di apartmen 8-9-8 Desa Universiti. (Ini cerita kita beb!)

Mula2nya tu berjalan lancar sampailah dah 70% dah manuskrip saya tu. Terjadilah satu peristiwa hitam. Semasa saya mengikuti perkehemahan iaitu seb guru pengiring pelajar ke Bachok, adalah satu tempat tu.... chalet urusetia di ceroboh. Habih semua barang berharga hilang termasuk laptop, handbag, handphone, camera dan byk lagilah. Yang saya terkilan dan sangta sedih sebabnya saya punya internal hard disk ada dalam handbag, itu je backup yang saya ada utk novel saya. Habis... hancusssss...!
lama jugaklah saya diam jer tak buat apa-apa then, saya teringat yang saya pernah post kat blog beberapa episod awal citer ni... dari situ saya buat berdikit2. Of course cerita dah jadi laing banyakkkkk... tapi plotnya sama lagi.

Tu kisah pertama. Kisah kedua.... bila dah siapkan manuskrip... saya hantar kat penerbit. Tahu tak apa jadi? Manuskrip kena reject! Adusssss.... rasa melelong2 kepala ni... tapi bila baca balik apa komen dari pihak penerbit... mmm betul jugak...apa yang dia orang mintak perbetulkan tu. Pada mulanya dah kaciwa habis dah... kira macam tak mau ubah dan biarkan aja cerita tu. Saya pun try tumpu untuk manuskrip baru... tapi... tak boleh.... kena ubah dan kena hantar jugak manuskrip tu sebab dah banyak masalah saya lalui dengan 'Dona Karan Penang' ni... huhuhu...
Alhamdulillah... akhirnya manuskrip saya diterbitkan dan sambutannya sangat baik dari kawan2, sedara mara, dan sahabat2 pembaca yang sudi baca dan beli novel ini yg tak seberapa dari saya.
Luv u all!


Pesta Buku 1 Malaysia

di Book Store

buku baru sampai
buku resepi yg saya kongsikan resepi dalam ketiga2 novel saya bg pembeli di Pesta Buku 1 Malaysia



Boleh dapatkan novel DONA KARAN PENANG di
http://jemariseni.com/js-novel/560-novel-umum-disember-2015-dona-karan-penang-fatihah-pauzihal.html

Saya kongsikan sedikit momen2 indah bersama DONA KARAN PENANG!
Dah ada di Kedai2 buku seluruh Malaysia...



Terima kasih semua atas sokongan dan dokongan yang tak berbelah bagi pada saya yang tak ada apa-apa pun ni... Luv u alll!!!





PUDING JAGUNG LAPIS SANTAN

SALAM RAMADHAN
Rajinlah plop mokcik update resipi kali ni... uiks!

Ok... sebenarnya dah lama mokcik nak wat puding jagung lapis santan ni. Dolu-dolu... selalu buat sebab Cupie suka makan. Hari ni, tergeraklah hati mokcik nak buat sebabnya, bonda pong ada menyebut nak bg utk jiran-jiran. Resepi ni resepi mokcik reka ikut suka hati mokcik jd sukatannya main cawan-cawan ngan sudu-sudu jer deh.

letak strawberi... terus naik seri... eh.. cam pantun ler pulokks!


nampak ringkas, tapi sedap... sungguh nih!


PUDING JAGUNG LAPIS SANTAN

BAHAN-BAHAN:

Lapisan bawah

1 tin jagung manis/ cream
1 kotak santan kara (satu cawan santan pekat)
7 sudu besar bumbu tepung kastad (kalau boleh guna custard bird)
5 cawan air
1 1/4 cawan gula (ikut sukalah, kalau nak manis, lebihkan... tapi kena manis sikit bahagian bawah sebab bahagian atas memang dah tak buh gula dah)
satu sudu kecil garam

Lapisan atas

1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan (guna 1 kotak santan kara, campur air, jadikan 3 cawan)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil rata serbuk agar-agar

Sedikit jagung cream dan ceri untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA:

1. Lapisan bawah, campur semua bahan dan kacau tanpa henti atas api sederhana, hingga mendidih dan meletup-letup (bunyi blup blup gitu)
2. Masukkan ke dalam bekas
3. Untuk lapisan atas. Campur semua bahan dan kacau tanpa henti hingga pekat dan mendidih (juga bunyi blup-blup)
4. Sendukkan ke atas lapisan bawah tadi.
5. Sudukan jagung cream dan letak ceri utk hiasan. Tara..... dah siap!





SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN....
Rasanya ala-ala kuih tepung pelita bahagian atasnya... mmm tp bila masuk ngan jagung tu... fuh...
sedaplah jugop... kui kui kui...

ROTI AYAM KEJU BAKAR MOKCIK TEEHAH ... EHEHHE

Macamlah hebat sangat kan, walhal roti celup telur buh ayam ngan cheese dan bakar jer pong!!!
Jom tengok resepi yang termudahsss in de world...


ROTI AYAM KEJU BAKAR

Bahan-bahan:

BAHAN A
12 keping roti gardenia/ or whatever roti yg ada
empat biji telur
secawan susu segar/ cair
sedikit garam

BAHAN B (inti)
sepeket ayam cincang
sebiji bawang besar - cincang
5 ulas bawang putih - cincang
3 sudu besar minyak masak/ zaitun/ marjerin/ mentega
sebiji capsicum hijau kecil - dadu kecil
5-7 biji cendawan butang hiris nipis
1 sudu kecil mixed herbs / oregano/ (tak buh pong tak pe)
1 sudu  pati ayam/ 2 kiub pati ayam (tak buh pun tak apa tapi kurang sedaplah)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
garam gula secukupnya

BAHAN C
4 keping cheddar cheese
2 keping cheddar cheese (potong memanjang atau parut)

CARA MEMBUATNYA:
1. Untuk inti, panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih cincang hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan goreng separuh masak
3. Masukkan semua bahan yang lain. Perasakan.
4. Panaskan oven, 180 C
5. Sediakan loyang pembakar. Lenserkan marjerin (letak banyak sikit takut roti melekat bila dah masak)
6. Pecahkan telur dan masukkan susu dan sedikit garam. kacau hingga sebati. ketepikan
7. Ambil sekeping roti, celup ke dalam telur dan susun di dalam loyang
8. Letakkan inti diatasnya
9. Ambil lagi roti, ulang proses yangs ama seperti di no. 7
10. Ulang proses no.8 dan lapiskan keju diatasnya. Tutup dengan satu agi lapisan roti yang dicelup telur
11. taburkan keju diatasnya dan bakar selama 1/2 jam
12. Siap

yummy tak?

ini untuk geng mengaji tokma... hias sket dgn cili





SELAMAT MENCUBA!