lasagna roti dengan kentang dan daging

Salam semua
Sahur!
Susahkan kalau tekak memang tak boleh menerima nasi waktu sahur. Tapi bonda, waktu sahur pun menambah nasi. Alhamdulillah, Allah bagi bonda berselera. Saya dan anak memang kurang sikit seleranya waktu sahur jadi kenalah buat sesuatu untuk bagi mulut tu rasa nak kunyah. Saya tak apa, sebab dah biasa. Anakanda Cupie tu, dia ada gastrik. Kalau tak sahur, mulalah angin naik sampai nak muntah. Kadang2 bila bukak puasa pun dia cuma boleh minum air, sebab sakit katanya.

Okey, ini resepi mudah saja. Saya gabungkan resepi kentang dari sherperd pai/ kentang lecek untuk sandwich, lasagna roti dan roti cheese yang dah biasa saya buat. Memang mengenyangkan walau makan sehiris sebab ada roti, kentang, sayur da juga cheese. Tahun lepas, saya masakkan dalam aluminum foil tu dan bagi bagikan untuk saudara mara. Seronok tengok wajah2 mereka.

Jom roll on resipi


BAHAN BAHANNYA:
12 keping roti gardenia/ hi5 @ lain-lain
3 biji kentang direbus dan dilecek
daging / ayam kisar (1 cawan)
2 ulas bawang putih dan separuh bawang besar holland di dadu kecil
1 batang lobak merah di dadu @ dihiris halus/ parut
5-7 biji cendawan butang dalam tin di hiris halus
1 cawan keju mozarella/ parmesan/ cheddar
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu teh oregano/ mix herbs
2 + 1 sudu teh pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 + 1 sudu teh serbuk lada putih
sedikit garam dan gula
3 biji teluri
1 sudu besar mentega/ marjerin
parsley kering (optional)*

CARA MEMBUATNYA

INTI DAGING/ AYAM
1. Panaskan marjerin. Tumis bawang hingga wangi
2.Masukkan ayam/ daging kisar. Masukkan oregano, serbuk lada hitam dan putih. pati ayam.
3. Masukkan lobak merah dan cendawan butang. Perasakan dengan garam dan gula

INTI KENTANG
1. Lecek kentang hingga semua hancur. Masukkan susu segar.
2. Masukkan  1 sudu kecil pati ayam, serbuk lada putih dan sedikit garam.

CARA MENYUSUN:
1. Pecahkan telur. Masukkan setengah cawan susu lebihan untuk kentang tadi dan sedikit garam. Pukul telur hingga rata. Lenserkan acuan dengan mentega/ marjerin
2. Ambil sekeping roti dan celup sepenuhnya dalam bancuhan telur. Susun di dalam loyang.
3. Ratakan semua inti kentang ke atas roti tadi. Taburkan 1/3 dari keju parut
4. Ulang langah 2 dan letakkan di atas inti kentang tadi. Ambil semua inti ayam dan ratakan di atas roti tadi. Tabur 1/3dari keju parut
5. Ulang langkah 2. Tuang lebihan bancuhan telur tadi. Taburkan baki keju parut. Taburkan daun parsley kering di atasnya.
6. Bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit pada suhu 180 C sehingga keju bertukar keperangan.

letak dalam aluminium foil sebab untuk di bahagiakan kepada saudara mara sempena bulan poser.

terlebih garing sikit yang ni... kua kua



1 ulasan:

Cinta Shaina said...

Lmo kak ah xupdate story

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails