Spageti meatball boloignese versi mamacupie sempena cuti peristiwa sukan tahunan sekolah

Hari ni cuti!
Yeayayayay.... seronok sekolah cuti... w/pun sehari... bukannya apa, sebab letih sesangat sesangat....
So, pagi2 lagi bonda ajak saya ke Tesco. Kononnya nak membeli stok2 kat rumah sempena  nak menyambut puasa. Bonda memang macam tu. Dia kan beli siap2 daging dalam 3-4 kg, tulang dalam 2-3 kilo, ikan siakap terubuk yg boleh simpan lama tu dia beli siap2. Pastu beli stok susu, milo, nescafe, sos2, dan bla...bla... bla... Mula2 saya balik tinggal ngan bonda dulu, saya rasa cam tak adalah penting sangat nak membeli awal2, tapi bila tahu pro nya, maka saya setuju. Ye lah, bila bulan puasa, dekat raya, barang memang naik, esp barang keperluan harian seperti lauk pauk, susu tepung dan bla...bla... thanks to bonda, semuanya dah ada, setakat top up sikit2. Macam tempahan puding ko, nak buat jamuan bukak puasa ko, benda dah ada cuma barang basah je kena top up. Bijak kan bonda saya?

Okay kita cerita pasal hari sukan... malah nak cerita banyak. Kita tengok brosur yang makcik reka... actually brosur ni cover dia yg saya buat masa di Sungai Petani dulu... huhuhu

Okay...
Hari ni sebab saya cuti so saya nak masakkan something special for my son n bonda n ayahanda!
Sebenarnya masakan biasa jer... tapi kita luarbiasakan dia sebab kat rumah saya ni jarang makan spageti. Kalau makan pun si Cupie, tu pun dia makan ngan sardin!


Spageti meatball boloignese

Bahan-bahan
1 peket spageti
(Di rebus dengan sedikit mentega/ minyak. Toskan)

Meatball
1 peket daging cincang atau boleh kisar sendiri
3 tangkai daun sup (racik halus)
1 biji bawang besar (dadu kecil)
3 ulas bawang putih (dadu kecil)
1 biji telur
2 sudu besar bread crumbs (kalau tak ada, gantikan ngan 2 biji telur)
lada sulah, garam dan sedikit ajinomoto*
Minyak untuk menggoreng

Sos spageti 
sos boloignese prego
secawan daging cincang*
secawan air
2 biji kentang (dadu kecil)
1 btg karot (dadu kecil)
3 biji tomato (buang biji dan dadu)
4 sudu besar sos cili
sedikit garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:
1. Campurkan semua bahan untuk membuat meatball. Gaul sebati. Bulat-bulatkan dan goreng dengan api sederhana. Angkat dan toskan
2. Campurkan semua bahan untuk sos spageti, masak dengan api kecil hingga kentang empuk. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Sudukan spageti. Letak meatball diatasnya dan curahkan sos. Hidangkan.

meatball.... maaf yer cam begedil jer sebab yg ni versi bread crumbs takdok

sos spageti

Selamat menjamu selera....
anakanda Cupie makan 2 kali... Hmmmm

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails