Setakat ni saya tak pernahlah sambut hari bapa tapi bila hari bapa, adalah jugak saya buat masak2 special untuk abah kan! Itu je yang saya tahu buat. Kalau kebetulan adik2 balik kampung, kami ramai2 makan kat luar. Itu jer lah. Apa yang saya tahu saya sayang abah saya cuma kami adik beradik jarang menunjukkan rasa sayang kami tu. Kalau adik2 saya, dia orang biasanya akan belikan kemeja, jam, atau belanja makan. Kami tahu, abah tahu yang kami sayang dia!
Okay, nak cerita pasal anakanda saya si Cupie. Budak Cupie ni dah berusia 10 tahun tapi manjanya Allah saja yang tahu. Almaklumlah dia kan anak tunggal dan satu-satunya cucu yang tinggal bersama datuk dan nenek. Kalau mak saya marah pong, kejap je, maklumlah cucu. Kalau abah saya lagiklah, tak pernah marah langsung! Kalau nak bagi amaran pun, macam memujuk je bunyinya, contoh macam kalau nak suruh gosok gigi... "Pi... gosok gigi tu..." setakat tu je lah marah dia.
Secebis kisah dalam majalah RAPI, Mei 2012 |
Masa saya ke pesta buku KL utk sesi bertemu peminat di booth JS, akhir bulan April lalu, kami dok kat rumah adik saya. Pada hari Sabtu tu kami adakan jamuan sikit kat rumah adik, ajak sedara mara dan rakan2 terdekat je. So pagi tu sibuklah kami masak. Entah macamana tiba2 je dengar budak nangis. Ingatkan anak sedara saya gaduh ngan adik dia. Tapi lepas tu anak sedara saya si Faruk yang 5 tahun tu lari-lari bagitahu yang abang Cupie nangis. So saya pong pergilah tengok, rupanya memang nangis sampai teresak-esak. Lerrr... dia sedih rupanya bila dia baca kisah dalam majalah tu (cerita detik2 akhir bersama arwah). Saya yang macho ni pong nangislah jugak. Pastu adik bongsu saya lah yang pujuk dia. Itulah last dia nangis sebab teringatkat arwah abah dia. Biasanya kalau kami bercerita masa dulu2, masa arwah ada, kami asyik gelak je... ye lah arwah dulu w/pun garang tapi dia lucu dan dia sangat sayangkan Cupie. Selalu bawa Cupie naik motor petang-petang. kalau hari cuti, dia akan bangun pagi2 dan bawak Cupie beli nasi lemak, kadang-kadang dia ornag makan kat kedai, dan bawa balik bungkus kat saya! Cupie selalu cerita pasal abah dia suka buat kraftangan, macam 'art attack' kat dalam disney tv astro tu sama2 dengan dia.
Itu cerita seronok. Cerita yang dia kena marah dengan abah dia pong ada tapi dia gelak jer, tak ada reaksi sedih pong! Cupie oh Cupie..... kadang2 bila dia cerita, saya yang kena kontrol diri saya, ye lah saya ni kan sensitif orangnya. Tengok kartun pong boleh leleh! Cuma apa yang boleh disimpulkan yang Cupie tu kuat budaknya walaupun manja! Siapa tak sedih kan bila abah kita dah tak ada kat dunia ni kan... lebih2 lagi budak macam Cupie, baru masuk 6 tahun masa abah dia tak ada. Mujurlah ada tok bah, ada ayahngah adik saya), ada Pok Dah(cousin saya) dan Pok Yie (cousin saya yg baru 13 tahun, dia anggap cam abang dia) dan cousin2 saya yang laing membuatkan dia tak rasa sanagt kehilangan abah dia. Terima kasih saudara2 ku sebab menjaga dan menghiburkan Cupie selama ini! Kak Ah (saya) tahu yang abang Joe (abah Cupie) pasti gembiran dan berterima kasih kepada kalian yang sentiasa ada untuk Cupie! Hari Bapa ni untuk kalian sebenarnya. Untuk ayahNgah dan Tok Bah terutamanya. (tgk, dah tangkap leleh dah saya ni) bukan boleh jiwang2 sikit cam gini.
Okaylah sebelum sdih lebih jauh, kita berenti je lah ye. Selamat Hari Bapa untuk semua yang bergelar bapa. Didiklah anak2 dan jagalah keluarga kita.
2 ulasan:
cg , sy rndu cg .. sy thu cg kuat .. ingt lg time cg cte psal arwah dlu , sy & kwan3 kmain lg nangis tp cg cool je .. cg mmg kuat , tabik dkat cg , hihi .. tc cg , love u :)
Thanks dear. Alhamdulillah setakat ni Allah masih bagi kekuatan kat cikgu
Post a Comment