PERCIK JAWA... apa tu???

Percik Jawa? Mula-mula dengar nama resepi ni memnag 'curios' gila nak tahu camanalah rupanya menu ni.
Okay, al-kisahnya begini.

Makcik saya ni, dulunya ahli PERKEP, maklumlah suaminya, (pakcik sayalah), anggota polis sebelum dia pencenlah ehehhe. Okay, makcik saya ni panggilan kami ialah Cik Nah dan suaminya kami panggil AyahChik.
Memang Cik Nah ni banyak resepinya, sebab diakan selalu ikut suaminya kerja kat merata negeri kat Malaysia ni. Al-kisahnya percik jawa ni, mula2 saya rasa masakan ni ialah masa bulan puasa, bukak puasa hari pertama tahun 2008. Macamana saya boleh ingat sedetailnya cam gini kan? Okay, sebabnya, seminggu sebelum bulan puasa tahun 2008, suami saya meninggal dunia. Jadi, saya masih cuti lagilah waktu tu. Mood pong dalam mood sedih lagi. Memang tak lalu makanlah, tengok makanan tu teringat kat arwah, tengok yang ni teringat dia biasa masak, dia biasa beli dan bla...bla...bla... so memang takde selera. Jadi 1st bukak puasa tu CikNah dan AyahChik datang bukak puasa sama dengan famili saya utk memeriahkan majlis yg tak berapa ramai orang tu sebab semua ahli keluarga lain dah balik kerja. Tinggallah saya, anakanda, tokma dan tokbah. Juadah yang CikNah bawak ialah Percik Jawa!

AyahChik kata, kalau makan percik jawa ni memang kita akan berselera, dengan nasik panas-panas pulak tu. So, memanglah ada terbuka sket selera tu sebab rasanya yang masam, manis dan lemak. Kuah percik jawa ni sedap dimakan dengan ikan bakar @ pun telur ayam/ puyuh rebus! Camana rupanya? Roll on now!

ini ikan bakar dan kuah percik jawa
PERCIK JAWA CIK NAH



BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kembong/ selar (sederhana besar)
3-4 biji mempelam muda diracik halus (kalau nak lagi masam letakkan banyak)
Santan pekat dari sebiji kelapa
ditumbuk
 
4 biji cili padi
2 biji cili merah
sedikit belacan (tak buh pun tak pe, kalau buh lagi best!)
Garam dan gula

 CARA MEMBUATNYA:
1.     Ikan dibersihkan dan dilumur sedikit garam kunyit lalu di panggang hingga masak (jangan terlalu kering)
2.     Blend cili, belacan dan sedikit air. Masukkan semua bahan kecuali mempelam ke dalam periuk. Didihkan kemudian masukkan mempelam dan tutupkan api
3.     Tuangkan ke atas ikan yang sudah di panggang tadi

cili merah, cili padi, belacan dan air, blendkan sampai lumat...

mempelam telur (pauh ringan) racik atau hiris nipis2

Masakkan hingga mendidih dna perasakan dengan garam gula. Bagi manis sket baru best!

TARA.... ni versi buh telur rebus... kira makan lauk ni je hari ni....

**
Makcik saya, Cik Nah memang pandai memasak, terutama masakan tradisional. Semuanya dipelajari semasa menetap di beberapa buah negeri kerana mengikut suaminya yang bertugas sebagai seorang pegawai polis. Selepas  suaminya pencen Cik Nah kembali menetap di Kelantan jadi, banyaklah resepi-resepi yang saya dapat belajar darinya. Ikan boleh juga dikukus dan ia juga boleh digantikan dengan telur ayam atau telur puyuh rebus! Kuah percik ni tahan sebulan lebih kalau di sejukbekukan!











1 ulasan:

af-aziey said...

sedapnyer..nanti azie balik kelantan, kak ah buatkan yek..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails