GIMBAP VERSI MAMACUPIE

 Gimbap... Sushi... 

Suka sangat kan... tapi kalau beli kat kedai memanglah agak... a bit costly..

sebab, takkan nak beli satu atau dua kan... kalau si Cupie tu, semua jenis dia nak, esp yg segala jenis tempura.. mak oi... sekali sekala layan tak apa, selalu-selalu, rabak jugak mamanya...

Lepas tu pulak, mamanya selalu terpengaruh dgn drama korea, macam sedap je, dia orang makan gimbap tu... maka one sweet day two years ago, mama si cupie pon google, tgk utube dan cuba2 beli kot shopee bahan-bahan. Alhamdulillah BERJAYA hasilkan yg kena selera kita orang...

Jom roll on resepi...


 BAHAN-BAHAN

·       1 cawan beras sushi (sumo)

·       1.5 cawan air

·       2 sdb minyak bijan

·       1sdk cuka sushi

·       Sedikit garam

·       Bamboo mate

·       Seaweed sushi nori dan bijan sangai

 

INTI

·       Telur dadar

·       Sosej rebus/gril

·       Jejari ketam rebus/gril

·       Timun jepun

·       Lobak merah

·       Tuna in oil/chunk

·       Bayam yang dicelur

·       Mayonis

·       garam

  

CARA MEMBUATNYA

1.       Basuh beras, masukkan air dan sedikit garam. Tanak nasi seperti biasa

2.       Bila masak alihkan ke dalam bekas lain, masukkan cuka dan minyak bijan. Gaul sebati

3.       Untuk inti tuna, toskan tuna dari oilnya, gaulkan dengan mayonis dan sedikit garam

4.    Untuk lobak merah, nak parut dulu pon boleh lepastu gaul garam dan biarkan sekejap. Toskan dan perah keluar airnya, barulah goreng sekejap tanpa minyak dalam kuali non stick. 

5.       Hamparkan bamboo mat, letak sekeping seaweed sushi nori

6.       Letak nasi dalam 2/3 seaweed supaya senang gulung. Nasi tu tekan sikit bagi nipis je. Susun karot, timun, telur, sosej, ketam, bayam, tuna, letak mayonis/ thousand islang/ sos cili jika suka, dan gulungkan. Pastikan kemas masa gulung tu biar tak terburai. Sapu minyak bijan di sekeliling gimbap. Golekkan dalam bijan yg disangai sekejap. Potong, siap! Nak makan macam tu pon best, nak cicah kicap sushi/ kicap cair pon best! 

     *(pastikan pisau tu tajam dan lap dulu pisau sebelum potongan seterusnya, untuk dapatkan potongan yg smooth gitewww....)

 ** Inti tu boleh letak macam-macam. Ayam pop corn gaul mayonis pon sedap. Kimchi dan danmuji pon okay. Salmon ke atau ikan dori yang kita panggang kejap dalam air fryer pon sedap, bulgogi atau daging yang di goreng sekejap guna kicap dan sedikit minyak bijan pon bulis, janji letak dengan mayonis/thousand island sikit, supaya lebih umpph! Kadang-kadang saya letak sos pedas manis lebihan ayam goreng korea. Pastu jangan la buh semua inti, payah nak gulung. Kena bijak mix n match inti supaya gimbap kita Best gitu!

gimbap basic.. ada sosej, telur, jejari ketam n timun jepun je




advance sikit sbb letak bulgogi


mix gimbap n sushi assorted (tempura, jejari ketam, tuna mayo dll)

untuk di bahagi2kan kpd kenkawan sempena Ramadan



ini namanya, letak sesuka hati.. apa saja yg ada. yg penting sedap!




TAUHU BERGEDIL MAMACUPIE YG OHSEM!

wawaeee.... 

 

Manusia ni macam2. 
Ada yang tak suka sesuatu tapi suka sesuatu yg menjadi sebahagian dari sesuatu itu...
Faham ke tak faham?

Maksudnya gini... macam soya!
Ada yang tak suka air soya atau soya asli tapi suka makan sesuatu yg menjadi sebahagian daripada soya... macam tauhu, tempe dan sebagainya.
Contoh kedua, durian. Ada yang tak suka durian, bau pon tak boleh tapi... suka makan masak tempoyak yang merupakan sebahagian daripada durian... 
Faham ke tak faham?

Macam mengajar tingkatan 1 kelas kedua last. Saheh tak faham, last2 cikgu bagi tempoyak dan tempe terus, baru faham... hihi

Okay, dah.. panjang pulak set induksi kali ni. Sebenarnya nak cerita yang saya tak suka minum air soya tapi suka makan tauhu. Adik saya, che su si cupie tu tak suka durian tapi makan gulai tempoyak. Itu je sebenarnya.

Jom, roll on resepi

TAUHU BEGEDIL MAMACUPIE

BAHAN-BAHAN

·       Tauhu kering 20 biji

·       2 biji telur

 

INTI

·       Daging/ ayam kisar semangkuk

·       Kentang 4 biji

·       Daun sup n cili merah cincang

·       Bawang holland

·       2 sudu bawang goreng

·       Serbuk lada sulah

·       Secukup rasa/ garam

 

SOS KICAP

·       3 ulas bawang putih

·       2 biji bawang merah

·       Cili padi

·     Setengah cawan kicap manis (cap kipas udang/ jalen)

·       Limau nipis/ kasturi/ lemon (apa yg ada dalam peti ais lah ye...)

 

 CARA MEMBUATNYA

1.       Tauhu kering dipotong bahagian atasnya 4 bahagian bentuk cross gitu. Boleh korek buang sikit isi tauhu. Kalau tak nak buang pon tak apa. Ketepikan

2.       Ayam /daging kisar di gaul sebati dengan serbuk lada sulah,  dan secukup rasa/ garam. Letak serbuk pati ayam sikit pon lagi sedap tapi pandai-pandailah letak garam tu ye, takut masin pula nanti. adjust2 mana yang patut.

3.       Panaskan minyak, tumis bawang Holland yang di dadu. Masukkan ayam/ daging. Masak sekejap. Angkat dan masukkan bawang goreng yang sudah ditumbuk dan daun sup yang diracik halus

4.       Rebus kentang. Lecekkan dan gaul sebati dalam inti ayam tadi.

5.       Masukkan inti ke dalam tauhu. Celupkan ke dalam telur, dan goreng hingga keperangan. Api dapur jangan besar sangat ye kawan-kawan.

6.       Untuk sos kicap, masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali limau nipis. Blend sehingga lumat dan perah limau secukupnya. Sedia dihidangkan




 


inti




PULUT KUNING & BROSUR PERSARAAN

 SALAM SEMUA

Kita testing 1,2,3

Dah lama sangat dah blog ni terbiar sepi. Jenuh sapu sawang sebelum masuk ni hihi

Harini nak cerita tentang pulut.... brosur.... emcee... 3 benda yg tak dpt dipisahkan dengan cg Ah bila ada majlis persaraan. 

Kelmarin majlis persaraan kaunselor sekolah, kak Norleza kita yg sangat baik hati. Sebak juga rasa bila baca pengkisahan biodata, esp part last2 tu... huhu. Lepas tu tengok pulok persembahan multimedia... gugur jugaklah setitis dua air mataku. Maklumlah, hampir sedekad bersama beliau.


Okay, ini pula pulut kuning yg cg Ah hias bersama kawan2 semasa persaraan Kak Rohanah, yg kami anggap macam kaka sulung @ mak kami.


masa ni dalam pkp, jadi guna apa yang ada. Mujurlah kedai kek buka, bolehla beli fondant. Cari strawberi tak ada, maka tomato ceri pon oklah, comey apa....


Okay... pastu nak share brosur persaraan. Brosur ni adik Bella tolong edit2 nama. Cg Ah touch up sikit2 je... hihi




Actuallynya, cg Ah nak testing blog je harini, lama sangat tak update kan.
Selamat berpuasa n bersahur n berbuka semua

Jom kita cuci mata tgk pulut cg Ah hias. Punyalah kalut... pulut sampai kul 8.00 pagi, kul 8.30 majlis dah nak mula... kita pong kong keng kong keng... jadiklah jugak huduh2 bak kata orang tua2