The Master's Sun - Drama Korea yg buat makcik jadi crazy sket2...

Waduh.....
Sebab tu makcik tihah tak mau tengok drama korea... ginilah jadinya... especially bila hero nya si 'So Ji Sub'... cair... kua kua kua....

Sebenarnya saya bukanlah penggemar drama Korea sangat... tapi oleh kerana terbaca dalam facebook kawan2 bagitahu cerita 'The Master's Sun' ada ala-ala 'Ghost Whisperer' sikit2 rasa macam berminat jugak nak tengok. Bila pulak ada kawan bagitahu si 'So Ji Sub' yang payah nak senyum tu berlakon... lagi berkobar2 nak tengok!. Record kat channel 393, sampai episod 4. Terlalu excited ngan jalan cerita, tak puas hati, lambat sangat... cari online... (tak pernah lagi jadi crazy cam gini).... 2 hari habis episod 5-12... bila nak sambung ni? ada lagi 4 episod....

Tak tahulah kenapa tapi rasanya drama ni best sangat. Of courselah sebab heronya kan... tapi heroinnya pong tak adalah cantik sangat...(saya suka heroin tak berapa cantik sebab tak semua manusia beruntung jadi cantik... kira normallah)... tapi cerita ni lain sket...

Ceritanya , ada seorang wanita iaitu Tae Yang yang boleh tengok 'orang yang dah mati' (hantu) selepas dia kemalangan. Dia selalu hidup dalam ketakutan sebab hantu selalu ganggu dia nak minta tolong dan sebagainya so satu hari tu dia terjumpa dengan  Mr CEO ni yang sungguh angkuh, tak ada perasaan dan asyik fikirkan keuntungan saja. Mr CEO Jo Joong ni, bila Tae Yang tersentuh je dia, semua hantu akan hilang so Tae Yang memang selalu cari peluang nak sentuh dia untuk hilangkan ketakutan... cam gitulah lebih kurang dan adalah kisah Mr CEO iaitu kisah masa lalu yang dia kena culik, kekasihnya mati dan sebagainya so Tae Yang ni sebagai penghubung untuk dia jumpa kekasihnya cam gitulah... tapi ada lagi kisah disebaliknya... dalam dok gedebak gedebuk tu terjatuhlah cinta.... yang lain tu tengok sendirilah... search je kat  http://www.dramafans.org/drama/the_masters_sun ... kalau nak tengok... tapi sampai episod 12 jer, 4 episod lagi belum kuar!

Dua tiga hari ni saya rasa gembira je bile teringatkan kisah cinta Tae Yang dan Mr CEO tu sebab kisah cinta yang pelik... tahu sama-sama suka tapi tak boleh ke level seterusnya... bawak kereta pong senyum jer... lebih-lebih lagi teringatkan si hero 'So Ji Sub' yang payah nak senyum dan serius tu.... bila dia kerutkan dahi tanpa sedar tu... har har har... Biasalah bila berangan tu... masa bawak kereta je sebab sorang-sorang kan... waktu-waktu lain tak boleh nak berangan, nanti orang tengok kata kita gila pulak dok senyum sorang-sorang! Teruk dah ni.... penangan drama korea....





Serius kan si So Ji Sub ni.... tak handsome tapi ada aura... sebab saya tak minat sangat wajah2 Korea ni tapi dia ni lain... ada aura unik!

Saya pernah kongsi movie 'Always'... review juga kat blog ni boleh tengok
http://mamacupiecorner.blogspot.com/2012/12/korean-movie-only-you-always.html
dia juga si heronya.... kebanyakan ceritanya adalah kisah sedih, tapi dalam The Master's Sun ni memang lain... siap lucu gila sampai tergolek-golek ketawa, dia serius tapi lucu sangat. Si heroin pong ok...
Selamat menonton....

3 ulasan:

adda syuhada said...

Salam....
Nampak menarik citer ni...mesti best kan..

mamacupie / Fatihah Pauzihal said...

Best sangat-sangat. Trylah tengok... tak sabar tunggu episod seterusnya ni... eheheh

mamacupie / Fatihah Pauzihal said...

Best sangat-sangat. Trylah tengok... tak sabar tunggu episod seterusnya ni... eheheh

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails