lasagna roti dengan kentang dan daging

Salam semua
Sahur!
Susahkan kalau tekak memang tak boleh menerima nasi waktu sahur. Tapi bonda, waktu sahur pun menambah nasi. Alhamdulillah, Allah bagi bonda berselera. Saya dan anak memang kurang sikit seleranya waktu sahur jadi kenalah buat sesuatu untuk bagi mulut tu rasa nak kunyah. Saya tak apa, sebab dah biasa. Anakanda Cupie tu, dia ada gastrik. Kalau tak sahur, mulalah angin naik sampai nak muntah. Kadang2 bila bukak puasa pun dia cuma boleh minum air, sebab sakit katanya.

Okey, ini resepi mudah saja. Saya gabungkan resepi kentang dari sherperd pai/ kentang lecek untuk sandwich, lasagna roti dan roti cheese yang dah biasa saya buat. Memang mengenyangkan walau makan sehiris sebab ada roti, kentang, sayur da juga cheese. Tahun lepas, saya masakkan dalam aluminum foil tu dan bagi bagikan untuk saudara mara. Seronok tengok wajah2 mereka.

Jom roll on resipi


BAHAN BAHANNYA:
12 keping roti gardenia/ hi5 @ lain-lain
3 biji kentang direbus dan dilecek
daging / ayam kisar (1 cawan)
2 ulas bawang putih dan separuh bawang besar holland di dadu kecil
1 batang lobak merah di dadu @ dihiris halus/ parut
5-7 biji cendawan butang dalam tin di hiris halus
1 cawan keju mozarella/ parmesan/ cheddar
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu teh oregano/ mix herbs
2 + 1 sudu teh pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 + 1 sudu teh serbuk lada putih
sedikit garam dan gula
3 biji teluri
1 sudu besar mentega/ marjerin
parsley kering (optional)*

CARA MEMBUATNYA

INTI DAGING/ AYAM
1. Panaskan marjerin. Tumis bawang hingga wangi
2.Masukkan ayam/ daging kisar. Masukkan oregano, serbuk lada hitam dan putih. pati ayam.
3. Masukkan lobak merah dan cendawan butang. Perasakan dengan garam dan gula

INTI KENTANG
1. Lecek kentang hingga semua hancur. Masukkan susu segar.
2. Masukkan  1 sudu kecil pati ayam, serbuk lada putih dan sedikit garam.

CARA MENYUSUN:
1. Pecahkan telur. Masukkan setengah cawan susu lebihan untuk kentang tadi dan sedikit garam. Pukul telur hingga rata. Lenserkan acuan dengan mentega/ marjerin
2. Ambil sekeping roti dan celup sepenuhnya dalam bancuhan telur. Susun di dalam loyang.
3. Ratakan semua inti kentang ke atas roti tadi. Taburkan 1/3 dari keju parut
4. Ulang langah 2 dan letakkan di atas inti kentang tadi. Ambil semua inti ayam dan ratakan di atas roti tadi. Tabur 1/3dari keju parut
5. Ulang langkah 2. Tuang lebihan bancuhan telur tadi. Taburkan baki keju parut. Taburkan daun parsley kering di atasnya.
6. Bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit pada suhu 180 C sehingga keju bertukar keperangan.

letak dalam aluminium foil sebab untuk di bahagiakan kepada saudara mara sempena bulan poser.

terlebih garing sikit yang ni... kua kua



MEGI UDANG GALAH n SEAFOOD

Salam Ramadan
Dah lama sangat2 tak menulis entry baru.
Bulan Ramadan bulan puasa... biasanya akan jadi bulan memasak!
Dalam Bulan Ramadan setiap tahun pun, dalam sekali atau dua kali saja berbuka puasa
di luar atau membeli juadah di luar. Kenapa? Sebab bonda kata tak kena dengan selera...
Lagipun tak berbaloi sangat... mahal sangat, terutamanya musim gawat seperti sekarang. Ye lah, tak boleh nak marah peniaga juga sebab bahan mentah mahal, takkan dia nak jual murah. Mana datang untungnya?

Sesekali buka puasa dengan sesuatu yang selain nasi, ok juga kan?
JOm... ada 2 resepi megi udang galah... satu yang goreng, satu lagi yang sup!


MEGI GORENG UDANG GALAH N SEAFOOD

3 bungkus megi / mi sanggul
udang galah
sotong
fishball
sawi
tomato
cili besar
1 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
satu sudu kecil nampla/ sos ikan
3 ulas bawang putih dna sebiji bawang besar holland di dadu kecil
Sedikit minyak masak

Cara membuatnya:
1. Celur megi/ mi sanggul
2. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Masak hingga garing (Kalau tak garing dia akan bau tak best)
3. Masukkan sotong, udang, fishbal dan semua sos.
4. Masukkan megi yng telah di celur serta sayur. Perasakan. Siap

MEGI SUP KARI UDANG GALAH N SEAFOOD


Bahan-bahannya:

3 bungkus megi perisa kari
udang galah
sotong / ayam / daging
fishball
telur (3 biji)
perencah kari
1 sudu kecil serbuk kari ayam ikut jenama apa pon
1 sudu kecil cili kisar
sayur sawi/ kobis
3 ulas bawang putih n 1 biji bawnag besar holland di dadu kecil
sedikit minyak
sedikit garam (jika perlu)
3 mangkuk air

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi dan masukkan cili kisar. Tumis hingga garing
2. Masukkan udang galah, sotong/ayam/daging/fishball. Masukkan serbuk kari dan sedikit air
3. Tambahkan air. Bila mendidih, masukkan megi dan sayur. Pecahkan telur dan asingkannya antara satu sama lain. Tutup periuk dan kecilkan api. Bila telur separuh masak, boleh dihidangkan.

Versi tak de sayur untuk Cupie



ROTI JOHN (Step by Step)..yg bukan John yang buat!

Salam
Ari ni terajin sket so kita update resepi roti John plop...
Jommmmm...

nampak menyelerakan kan..kan.kan...
ROTI JOHN Versi Mamacupie

Bahan-bahannya:

1. Roti panjang (utk buat hamlet tu...)
2. 1 mangkuk daging cincang (beli yg dah siap)
3. 2 sudu besar serbuk kari daging (ikut suka brand apa pong)
4. 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang besar (didadu halus)
5. garam dan gula secukupnya
6. Telur dan butter secukupnya
7. Kobis, salad, tomato dan bawang hiris secukupnya
8. Sos cili n mayonis secukupnya

Cara membuatnya:

1. Mula-mula kita masak inti dia dulu. Panaskan minyak (dalam 2 sudu gitu). Tumis bawang putih n besar hingga wangi. Jgn sampai hangus kay!
2. Masukkan daging, rempah kari yg dah dicampur sedikit air. Masak hingga daging masak.
3. Perasakan dengan garam dan gula.
Inti roti John yg dah siap masak.
4. Potong semua sayur-sayuran @ campuran salad sesuka hati
campuran kobis, salad, karot, tomato dan bawang
5. Ambil 3-4 sudu besar inti, pecahkan dua biji telur (boleh buat 3 biji roti John)

kacau sebati

6. Roti di potong bahagian tengah tapi jangan sampai putus. Sapu mentega atau marjerin. Bakar sekejap di kedua-dua belah hingga keperangan. Letak sedikit minyak di atas kuali non stick, curahkan satu senduk campuran telur ke dalam kuali dan terus terlangkupkan roti tadi.
letak satu senduk campuran inti dan telur

Biarkan ia masak dan balikkan

balikkan dan bakar sekejap bahagian belakang untuk lebih rangup
7. Sapukan sedikit mayonis, sos cili dan letak campuran salad. Siap!
letak sos cili disebelah dan mayonis di sebelah satu lagi

Tambah campuran salad

Kapitkannya...

Potong dan Ngap! Juicy n sedap weh... makan panas-panas tau!