SATU KEBETULAN

Suratan Atau Kebetulan 

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Lagu Kenny Remy Martin is one of my favourite song. Cerpen ni ter'inspire' dari lagu ni lah... lepas tu pulak masa buat cerita ni baru lepas tengok cerekarama. Masa tu rasanya pelakon dia Zizan Nin ngan Zul Huzaimy kot... saya suka jugak tengok lakonan dia orang. Pas tu saya teringat sorang kawan yang ala-ala kalut gitu masa sekolah dulu, pastu masa dah mula jadi cikgu jumpa pula ngan kawan2 yang vogue gitu. Yang kena pakai tudung, baju, beg tangan, kasut semuanya sedondon! Tang makmal komputer tu pulak sebab masa tu memang saya dok kat makmal je ngajar ICT kat Sungai Petani, ramai yang suruh print sijil masa tu. Biasalah, setiap cerita yang di ceritakan mesti ada peristiwa yang berlaku di sebaliknya, betul tak?

boleh tahan...

Jom kita baca cerpen ni. Sekadar untuk enjoy, seronok-seronok, apa salahnya kan? 

SATU KEBETULAN.......

Tiga bulan yang lalu...

            “Mung tahu dok, aku sakit ati gilo kat jate tu?” Wirda hanya mengangguk. Wajah Damia dihadapannya merah padam. Dia mengetap-ngetap bibir tanda terlalu geram.
            “Pas tu kau nak aku buat apa?” Damia bangun, mundar mandir dihadapan meja bilik guru makmal komputer.
            “Kito gi KL minggu depe, nok?”Wirda diam dan mindanya ligat berfikir.
            “Sempat ke? Cuti dua hari je....”
            “La... mung ni lah... kalu cuti sari pong aku sanggop... mung teme aku deh? Tulonglah... sekali ni jah.... aku nok gi genyeh jate tok guno tu....”
            “Ok, aku temankan kau je, tapi aku tak mau terlibat...” Damia angguk lantas mencapai telefon bimbit di dalam beg tangan warna merah hati. Wirda hanya memandang sahaja sahabat karibnya yang putih melepak dan pandai bergaya itu. Tak hairanlah kalau di sekolah tempat mereka mengajar, Damia dikenali sebagai mak datin muda!
            “Doh... semuo bereh... kito tido rumoh adik aku kat Bangi. Don’t worry about transport and cost, I will settle it, are you okay my dear?” Ucap Damia penuh bersemangat. Cikgu Bahasa Inggeris berasal dari Kelantan itu senyum sampai ke pipi.
            “Aku gi dulu deh, ado kelah,” Lenggok Damia yang berkebaya merah hati dari kain sari dan bertudung corak abstrak yang di pinkan di belakang kepala, di pandangnya hingga hilang dari pandangan. Dia melepaskan keluhan kecil.
            Apa salahnya sesekali dia menolong Damia? Sesiapa yang tidak mengenali Damia pasti menganggap dia sombong. Malahan pelajar memanggilnya dengan gelaran ‘Harimau Malaya versi pompuan’. Memang cara dan lagak dia begitu, apa boleh buat, yang pasti Wirda kenal hati budinya. Walaupun mulutnya memang tak pernah diinsuranskan, namun hatinya, Wirda tahu, sangat mulia!
            “Ida, buat mail merge jap kat aku, nak print sijil ni...”Dia mendongak. Baihaqi dihadapan hanya tersengih-sengih kecil.
            “Kau ni kalau tak menyusah kat aku satu hari, boleh tak?”
            “Aku nak manja ngan sapa lagi...”
            “Yerla.... yela... bak sini,” Baihaqi menghulurkan pen drive dan satu plastik berisi kertas sijil.
            “Ida.... kenenkan kat aku si Damia, leh?”
            “Hish..... nak mampos.... silap-silap putus persahabatan ngan aku. Kau bukan tak kenal Damia, garang!”Wirda bersuara selamba namun matanya melirik kearah Baihaqi yang mencuka. Dia mula ketawa di dalam hati.
            “Ye lah... aku tahu sapa aku ni.... Mia tu cantik, anak orang kaya....”
            “Tahu tak apa.....”Damia tu milik orang dah.....Wajah mencuka Baihaqi membuatkan suasana di dalam bilik guru makmal komputer sepi.  Yang kedengaran hanya bunyi mesin pencetak.
************************************************************************
            “Mana?”
            “Tu......” Muncung Damia panjang kearah  dua orang lelaki yang sedang membelakangkan kami.
            “Sure ke ni?”
            “La... aku sure hundred percent!”
            “Kawan-kawan dia kot... bukan dia sorang...”
            “Aku peduli apo?”
            “Abih, kau nak buat pe?”
            “Aku nok belasoh bagi dio tinggal besar lidi. Mung napok dok betino gatal tepi dio tuh? Muko mace ‘Angelina Jolie’ konon.... bibir besar sajo... hitam legam.... aku ni tok lawa ko? Tok solid ko?” Damia memuncungkan bibir kearah dirinya sendiri sambil jari tangannya juga menuding kearah dirinya sendiri. Wirda hanya mengangguk-ngangguk mengiakan.
            “Wait....  Astagfirullahal azim....” Damia mengurut-ngurut dadanya perlahan lalu berjalan mengambil tempat selang dua kerusi dari kumpulan sasarannya, berhadapan tasik.
            “Ida... munglah saing aku dunio akhirat.... jom serang....” Mereka bangun dan berjalan pantas penuh gelora kearah sasaran yang sedang duduk bertiga di atas rumput sambil menikmati pizza.
            “ Assalamualaikum!” Tiga wajah memandang kearah mereka. Wirda tersentak! Dia rasa pernah lihat dua orang lelaki dihadapannya. Wajahnya yang kehairanan itu dilirikkan kearah Damia namun sahabat merangkap rakan serumahnya itu tidak membalas dengan sebarang reaksi pun.
            “Damia? Apa Mia buat kat sini?” Sedikit gugup, lelaki berkacamata hitam dengan rambut yang terpacak dan berkumis tipis menegur Damia.
            “Buat bodoh je....” Nada suara geram jelas kedengaran.
            “Buk” Satu tumbukan padu hinggap di hujung bibir lelaki itu. Semua yang memandang sepi tak terkata. Rakan lelaki itu cuba menahan namun Wirda pantas memberikan terjahan karate dari tangan kanannya tepat ke pipi kiri. Kedua orang lelaki itu jatuh terduduk.
            “Zarul..... nak main-main ngan orang lain, boleh.... but with me.... no way! Putus tunang! Stop!”
            “Mia..... ini adik abang, yang pernah abang ceritakan dulu... yang lari dari rumah lima tahun lepas tu.... tak caya tengok IC dia!” Damia diam. Wirda juga diam terpaku disitu. Tanpa berlengah, Damia menarik tangan Wirda dan mereka berlalu pantas. Wajah mereka merah padam! Seketika, Wirda teringat di mana dia pernah melihat kedua lelaki itu. Di slot cerekarama tv3!

Dua bulan yang lalu.....

            Wirda berjalan perlahan-lahan mencari buku rujukan di sebalik rak. Dia mengambil tangga tiga tingkat dan memanjatnya berhati-hati. Tangannya mengambil sebuah buku dari rak paling atas, membeleknya seketika kemudian meletaknya kembali. Dia turun dari tangga, membawa tangga ke rak sebelah dan mula memanjatnya kembali.
Matanya melilau ke sana ke mari. Dia mengeleng-ngelengkan kepala. Susahnya nak mencari buku rujukan untuk tesis Master nya!
            Dia memandang sekeliling. Ruang di tingkat dua perpustakaan awam agak lengang. Pukul 3 petang, bukan hari minggu, pasti saja lengang. Biasanya pelajar-pelajar sekolah yang selalu mengunjungi perpustakaan awam. Kalau hari minggu pasti saja sesak.
            Wirda memanjat lagi tangga tiga tingkat untuk cubaan terakhir. Selepas ini kalau dia masih tidak menemui buku yang dihajati, dia akan balik. Tidur!
            “Yes!” Jari tangan kanan digenggam dan tangan kiri memegang buku. Badannya tidak seimbang lalu dia tergelincir dari tangga. Ada tangan menggapai bahunya dan mereka jatuh terduduk dengan kaki Wirda masih lagi terlekat di anak tangga pertama.
            “Aduh!” Ada tangan yang mengangkat kakinya dari anak tangga dan membantunya berdiri. Mujurlah dia pakai seluar panjang, kalau pakai baju kurung atau skirt, mampus... malu satu dunia... dibuatnya ada orang ambil gambar masuk youtube, pasti dia dah letak jawatan sebagai guru!
            “Terima kasih Encik!” Wirda tak sanggup memandang lelaki dihadapannya, dia malu sangat! Tu lah.... teruja sangat jumpa buku, pastu cuai!
            “Cik ok ke?” Wirda melangut sambil mengangguk perlahan dua tiga kali. Matanya tertancap kearah pipi kiri lelaki itu yang lebam kebiruan. Matanya merayap ke arah mata, hidung dan mulut. Dia ni?
            “Kita pernah jumpa kan?” Alamak! Macam mana nak buat ni? Mana nak letak muka ni?    
            “Sori.... hari tu saya tak sempat nak minta maaf... sebab saya karate awak!” Wajah itu sedikit berkerut kemudian tergelak kecil.
            “Awaklah yang bersama dengan Mia..... tak pe, sikit je, tapi awak terrorlah!” Wirda berpaling dan berlalu pantas.
            “Tunggu dulu!” Wirda memperlahankan langkahnya yang terhenjut-henjut, bila mendengar bunyi ‘syy’ dari pustakawan di kaunter. Dia menoleh kearah lelaki itu yang sudah pun dikerumuni beberapa orang gadis, meminta autograf! Dia nampak kepala lelaki itu yang tertoleh-toleh kearahnya. Dia ni lah yang gadis-gadis mimpi siang dan malam, termasuk dirinya!
           
            “Aku keno kursus komputer duo minggu kat Langkawi,”
            “So?” Damia memandang Wirda yang sedang khusyuk menaip rancangan pengajaran harian di laptop nya.
            “Masalohnya, aku nok gi jupo tune aku kat KL, nok gi beli bare hantaran kawen kami....”
            “Pastu kau nak suruh aku ganti tempat kau?”
            “Kalu mung nok...tulonglah aku kali ni...”
            “Nak... nak... tapi gantikan tempat kau, pegi KL, beli barang hantaran ngan tunang kau!”
            “Wei... mana boleh!” Mereka gelak kecil.
            “Ida, please don’t tell anybody about my fiance... please.... I’m afraid if  press will find me.... we want a privacy,
            “Yelah... yelah... aku pun tak mau karate orang lagi dah....” Mereka ketawa lagi. Damia bangun dari katil dan berlalu ke biliknya apabila telefon bimbitnya berdering. Lenggok gadis berkulit putih gebu berseluar pendek paras lutut itu hanya dipandang bersahaja. Macam manalah Minah Kelate ni buleh mengorat antara pelakon paling top kat Malaysia ni?
            Wirda bangun dari berteleku di hadapan laptop. Menutup suis di dinding dan membuka pintu bilik. Dia berjalan capek-capek kearah halaman rumah teres yang di sewa berdua dengan Damia. Kakinya yang terseliuh masih terasa bisa tatkala membuat pergerakan yang agak lasak. Dah dua kali mengurut dengan Bidan Limah, emak kepada pelajarnya pun masih lagi terasa bisanya.
Niat dihatinya ingin menggembur tanah beberapa buah pasu bunga di halaman. Pertama sekali dia perlu menyiram pokok dahulu lalu diambilnya getah paip dan memulas kepala paip. Kenapa air tak keluar? Dia mencapai hujung getah paip dan cuba menguis tanah yang melekat. Ketika itulah kedengaran bunyi hon kereta. Dia terkejut dan tertarik getah paip. Tak semena, air yang tidak keluar tadi menyimbah laju kearah wajah dan membasahi sehingga ke baju t shirt yang dipakainya.
            “Tumpang tanya.... rumah Cik.....” Wirda memandang wajah yang muncul di sebalik pintu pagar. Dia lagi? Ya Allah, mana nak letak muka ni? Wirda menutup paip air dan berjalan pantas masuk ke dalam rumah dengan baju dan wajah yang basah lencun. Dia berselisih dengan Damia di muka pintu.
            “Bakpo ni Ida?” Wirda berlalu ke bilik air tanpa membalas pertanyaan.
            “Rizan, tadi baru Zarul tepon bagitau kau ada shooting kat sini, kau dah muncul......”
            “Kenapa dengan kawan kau tu?”
            “Oo.. Wirda... terkejut kot.... !”

Sebulan yang lalu…

            Wirda berjalan pantas. Jam di pergelangan tangan di toleh beberapa kali.
            “Mampus!” Sesekali dia berlari-lari anak.
            “Masa ni lah kereta  nak rosak pun!” Arghh...
            Dia menahan teksi namun sia-sia kerana sudah ada penghuni lain.
            “Bai... kau kat mana, kau kena tolong aku... hello... isk!” telefon bimbit di pandang sepi. Skrin masih gelap walaupun di tekan beberapa punat. Bateri kong!
            Dia menoleh kearah jam di tangan sekali lagi. Dia melepaskan keluhan berat lalu duduk di batas simen pokok bunga di tepi jalan raya. Dia meraup wajahnya.
            Beg tangan di buka. Dia mengeluh lagi. Keluhan yang lebih berat dari tadi.
            “Apalah... malang nasibku. Nasib baik teksi tak berhenti tadi.... kalau tak.. entah-entah kena kawen ngan drebar teksi sebab takleh bayar tambang...”
            Dia memikirkan sesuatu namun masih buntu!
            Sebuah Toyota Altis warna perak berhenti betl-betul di hadapannya. Dia hanya memandang sahaja tanpa reaksi.
            Cermin tingkap terbuka perlahan-lahan.
            “Cik Wirda?” Ya Allah! Dia ni lagi? Wirda bingkas, menutup sebelah wajahnya dengan beg tangan dan berjalan pantas. Beberapa titis air membasahi tudungnya, kemudian ia terus membasahi wajahnya, bahunya........ hujan mulai lebat.
            “Cik Wirda nak kemana, saya hantarkan, hujan lebat ni,” Wirda memandang kearah kereta yang sudah pun menghampirinya.
            “Basah habis dah ni cik Wirda, jom!” Tanpa berfikir panjang lagi, Wirda masuk ke dalam kereta yang pintunya sudah sedia terbuka!           
************************************************************************
Hari ini........

            Wirda  diam. Wajah ibunya di pandang. Wajah-wajah dihadapannya di pandang satu per satu lalu dia tunduk kembali.
            “Ibu belah lelaki bolehlah sarung cincin sekarang,” Wirda senyum lalu menghulurkan tangannya. Dia tidak pasti dia ikhlas atau tidak tapi dia menurut sahaja. Baik bagi ibu dan ayahnya, baiklah bagi dia.
            Kedua belah pipinya dicium oleh bakal ibu mertuanya. Dia menyalami dan mencium tangan bakal ibu mertuanya diikuti dengan bakal kakak iparnya, kemudian mencium dan memeluk ibunya.
            Minggu lepas dia mendapat berita yang dia dirisik dan kemudian ibu memintanya balik untuk melangsungkan pertunangan. Sebagai anak yang patuh dia mengikut sahaja walaupun dia pasti dia tidak ikhlas sepenuhnya.
            “Kita bergambar lah.... ajak anak teruna naik....”
            “La... masa bertunang, bukan ke anak teruna tak boleh datang?”
            “Ish, zaman sekarang tak pa... jangan menyalahi hukum syarak dahlah...” Terdengar gelak-gelak  kecil tetamu yang hadir. Dia bangun diikuti oleh bakal ibu mertua dan ibunya sendiri
            Jantung Wirda berdegup kencang. Inilah kali pertama dia akan memandang bakal suaminya. Dia berdoa di dalam hati tanpa disedari.
            “Assalamualaikum!” Wirda mendongak.
            “Ya Allah.... my hero... Rizan?” Dia teringatkan cerekarama yang ditontonnya minggu lepas. Lelaki dihadapannya inilah yang melafazkan cinta kepada si gadis di pinggir sungai, dan pada malamnya dia mimpikan lelaki itu di dalam tidurnya! Lelaki yang sering ditemui tanpa dirancang, dan sering ditemui dalam keadaan yang tidak berapa best!
 Matanya terasa berpinar dan Wirda rebah di atas karpet biru muda yang baru di beli ibunya di pekan semalam. Mata Wirda sempat melihat cemas di wajah bakal suaminya dan suara-suara kelam kabut.......
            Semuanya kebetulan atau sudah ditakdirkan?
            “Eeee... seronoknya...... Damia aku tak sabar nak cerita kat kau!” Senyum mereka bersatu tatkala Wirda  membuka kelopak  matanya.

Tomyam Campur, Sotong Goreng Kunyit, Siakap Kukus Ala Thai.

Teng tereng......... tema masakan hari ini.... masakan restoran!

Ala biasalah kalau ke restoran untuk makan malam biasanya mesti mintak tomyam, pahtu siakap, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, apa lagi... kangkung belacan, ayam halia, daging masak merah, daging black pepper, telur dadar, telur bungkus.... haaa... itu kebiasaan masakan restoran kan... kan...

Kebetulan masa ke Tesco once upon a time dulu, adalah terbeli siakap dua ekor. Masa tuh pukul 8.45 pagi so memang fresh dan murah giloosss lagiklah kan... udang pung besar2 dan murah. Gi dgn ma, biasaklah, borong sakan. Tuh yang sampai terlupa ngan siakap ni. Tengok2 dalam freezer, ada lagik sekor yang ma sudah bersihkan dengan jayanya maka tertimbullah idea nak masak siakap kukus. Sotong pulak yang beli kat Mydin Mall, sekilo tiga ekor, memang besar gilooos....Lagikpun masa masak ni Che Sue balik untuk raya cina. ehehheh sebenarnya bukan masak hari ni, ini menu minggu lepas, saja je update harini... jangan mare... yg penting resepinya bapak bapak ibu ibu sekalian!

Okay... roll on the resepi....

Tom Yam yam yam yam yummy!
TOMYAM CAMPUR CIK MAT


BAHAN-BAHAN:
          1 mangkuk sedang campuran udang, ayam, sotong, fishball dan fishcake
          2 biji tomato

 
          5 ulas bawang putih
          3 biji cili merah
          3 sudu besar bawang goreng
          ½ biji lobak merah
          3 kuntum kobis bunga
          3 kelopak daun kobis
          2 biji jagung muda
          ½ tin cendawan butang
          1 biji bawang besar di belah empat
          4 batang serai dititik
          Sedikit perahan limau nipis jika perlu
          3 helai daun limau purut dicarikkan
          4-5 biji cili padi diketuk jika suka
          4 tangkai daun ketumbar
          Pes tomyam secukupnya
          Garam jika  perlu

CARA MEMBUATNYA:
1.     Panaskan dua cawan air bersama serai dan bawang putih yang di titik.
2.   Bila mengelegak masukkan bahan kisar (bawang goreng, bawang putih, tomato, cili merah), dan campuran udang, ayam sotong, fishball dan fishcake.
3.     Masukkan pes tomyam secukupnya
4.     Masukkan sayuran, perahan limau nipis, daun limau purut, cili padi dan daun ketumbar yang dipatah-patahkan
5.     Perasakan dengan garam. Hidangkan panas.

Kisar bawang putih, bawang goreng, tomato dan cili besar merah

Panaskan air dan serai + bwg putih yd dititik

Masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Didihkan
 **
Cik Mat ialah bapa saudara saya yang berpengalaman menjadi ketua chef semasa bekerja di pelantar minyak petronas. Banyak juga resepi yang dititipkan untuk saya tapi yang selalu saya ikut, tomyamlah sebab ianya sedap, agak pekat dan rasa macam makan tomyam kat Siam pulak! Tak susah nak buatnya dan pes tomyam yang saya syorkan ialah pes tomyam KNOR sebab tak perlu lagi tambah apa-apa!

SIAKAP KUKUS ALA SIAM

Ikan kukus ala siam
BAHAN-BAHANNYA:
   1 ekor ikan siakap yang sudah dibersihkan
   5 sudu besar sos tiram
   1 sudu kecil cuka makan
   1 sudu kecil kicap cair
   1 inci halia di racik halus
   1 biji bawang besar di mayang
   3 biji tomato di belah 4
   2 batang serai di hiris
   2 biji cili hijau / cili padi dihiris atau ditumbuk jika mahu pedas
   2 biji mempelam telur separa masak di racik halus
   3-5 helai daun limau purut, dibuang urat tengahnya dan di racik
   5 biji limau kasturi diperah airnya di atas ikan dan diambil kulitnya dipotong halus
   garam secukupnya
   sedikit 'secukup rasa maggi' jika suka

CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Campurkan sos tiram, kicap cair, sedikit garam dan cuka. Lumurkan ke seluruh bahagian ikan 
   dan perapkan sekurang-kurangnya dua jam di dalam bekas untuk mengukus.
2. Campurkan semua bahan lain dan taburkan ke seluruh bahagian ikan. Masukkan ke dalam 
    bahagian perut ikan dan sekelilingnya. Taburkan secukup rasa maggi.
3. Kukus sehingga masak lebih kurang 15 ke 20 minit. Kalau malas nak kukus, masukkan ke dalam
    microwave, panaskan suhu separa tinggi selama 10 minit. Keluarkan dan terbalikkan ikan ke 
    bahagian satu lagi. Kukus lagi selama 10 minit. Sedia dihidangkan. 

Letakkan semua bahan, pakai tabur je...

Final touch... tabur secukup rasa Maggi

TARAAA.... Dah masak.... besnyer...
* Resepi ni saya dapat dari Auntie, jiran saya yang berbangsa Cina tapi fasih berbahasa melayu kelate, orang kelate kata, Cina Kampung! Ada juga beberapa resepinya yang berjaya saya dapatkan. Sesekali kita berkongsi apa salahnya.

SOTONG GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHANNYA
   3 ekor sotong bersaiz besar di bersihkan dan dipotong memanjang
   1 biji bawang besar di mayang bulat
   1 biji cili merah besar / cili hijau di potong serong
   1 sudu kecil serbuk kunyit
   Garam dan perasa secukupnya
   2 sudu besar minyak masak

CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan kuali bersama sotong hingga air sotong kering.
2. Masukkan minyak, kunyit, bawang besar dan cili hijau. Perasakan.
3. Goreng sebentar hingga bawang layu.

Actuallynya nak highlight bekas yang baru beli kat Giacomo masa promosi akhir tahun baru nih... ehehhe

Dalam kuali lagi nih, masih berasap

Lauk ni je pun dah okay bagi saya....


CAKES & DAMYA'S DELIGHT!

Cakes....
Sekarang ni tengah dok gila tengok Cake Boss kat channel TLC. Gila2 punyer cake yang dia orang buat. Itulah, seni bukan setakat mencorakkan di kertas. Macam2 idea seni yang boleh kita hamparkan. Cakes... sweet, delicious and yummy...

Buddy Valastro pemilik kedai Carlos Bakery
Saya bukan nak cerita tentang Encik Buddy tapi nak cerita dan promote my cousin punyer on-line bakery!
DAMYA'S DELIGHT! Taip je dekat seacrh engine yahoo, google atau apa saja damya's delight, akan keluarlah blog my cousin nih. Cerita sikit ya sejarah Damya's Delight ni.

Sebenarnya sepupu saya yang saya panggil Mek Ja, @ anak saya panggil Mak Ja, dia memang suka masak tapi just suka2 je w/pun kadang2 malas juga kan... Entah macam mana dia terpergi kursus pendek buat kek. Lepas tu dia rasa minat, dia mula serius pergi kursus, belajar dan ect. Rupa2nya dia memang ada 'patak siput' perkataan zaman2 dulu oghe kelate yang bermaksud tangan dia tu ada 'seni'

Sebenarnya cousin saya ni satu course dengan saya masa di USM dulu. Kami beza 4 tahun tapi sebab saya dan dia cucu perempuan paling tua, kami memang rapat sampai sekarang. Kira macam adik beradiklah. Anak-anak dia pun macam anak2 saya. Lepas abih degree, saya sambung diploma pendidikan tapi my cousin ni kerja. Bila dah kahwin dia mulakan bisnes ni dan Alhamdulillah ada kemajuan dari masa ke semasa. Nama Damya's Delight ni dari nama anak keduanya. Nur Damia yang asyik berangan nak jadi princess... eheheh

Bermula tahun 2009, hinggalah sekarang, boleh dikatakan setiap hari ada tempahan kek, cupcakes, muffin, variety of tart, cookies, chocolate dan ect. Saya rasalah kalau on-line punya bakery ni, di Kota Bharu, dia antara ter 'hottest' jugaklah!

Ini dia punyer alamat blog, http://damya-delights.blogspot.com/
Ini adalah antara hasil2 kreativitinya.


Maaf ye, tersesat, ni bukan kek, ni Giant Fruit Tart utk hantaran

Ini antara cakes, cupcake mini cake yang banyak orang order utk hantaran kahwin, tunang, birthday n sebagainya. Sekolah lama saya SMK Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai, kalau nak buat jamuan, mesti order dari dia,m kek coklat lapis cream, sebijik cam kek coklat aiskrim kat Secret Recipe, kek carrot walnut, fuh.. marvellous, red velvet tak boleh cakaplah kenikmatannya. Selain kek, tat pun favourite jugak, cheese n fruit n egg tarts!

Roll gambar lagi... jamu mata...

fruit tart yang bila makan satu nak makan satu lagiks...
Egg tart
Cookies untuk doorgift
Home made chocolate for gift
Ini special cream puff...


Untuk doorgift, birthday, memang berbaloi sebab harganya bagi sayalah kalau dibandingkan dengan mutu yang diberikan memang berbaloi baloi....

Roll on lagi

kek carrot walnut lapis cream cheese
Ni lah kek coklat lapis2 yang sedap tu, Cupie yang order untuk makan2 di sekolah dia
Ini kek bantal...
muffin for doorgift
Ini kek red velvet
kek angry bird using piping jelly
Nak tengok lagi? Banyak lagi boleh ke http://damya-delights.blogspot.com/

Kalau nak order, silakan, sekitar kota bharu, pasir mas, tumpat, machang, bachok, ada delivery....
ehehhe, nampaknya esok boleh mintak kek red velvet sebijik sebab promote... hahhahah