UMRAH - MADINAH ... (1)

Salam
Berkurun lama tak berblog... nak masuk tadi pong jenuh sapu sawang yang dah mula tumbuh... hik hik hik

Alhamdulillah, 07 Februari 2014 yang lalu saya dan family telah berangkat mengerjakan umrah. Alhamdulillah, Allah panggil kami ke sana. Sebenarnya, honestly lah, saya tak menjangka akan menjalani ibadah umrah secepat ini. Yer lah, duit pung baru-baru nak cukup kan, apalagi nak bawak bersama si anakanda Cupie kan....

Terima kasih untuk adindaku si Che Sue a.k.a Farah yang meng'arrange'kan 'Umrah' kami sekeluarga ini.
Kami pergi seramai tujuh orang. Ayahanda, Bonda, Adinda (Che Sue Cupie),Saya, Cupie, Makcik saya (Cik Nah) dan Pakcik saya (AyahCik)! Alhamdulillah... seronoknya, hanya Allah sahaja yang tahu,

Bergambar di KLIA sebelum bertolak
Boleh dikatakan anak-anak AyahCik n Cik Nah, anak-anak sedara bonda n ayahanda serta adik saya datang menghantar kami. Cupielah orang yang paling excited! Dengan berkopiah, pakai tag nama serta galas beg kecil yang syarikat travel bagi!

Kami bertolak pukul 3 petang dengan MAS Airlines. Servis, Alhamdulillah, setakat ni okay. Tempat duduk kami dalam flight pada mulanya kucar kacir juga tapi memandangkan Cupie nak duduk ngan Mamanya dan Bonda nak duduk dengan Ayahanda, maka arrangement berlaku. Alhamdulillah selesai! Guess what, sepanjang 8 jam perjalanan, Cupie langsung tak tidur! Kerjanya main game! Haduih... mamanya... asyik krohhhh jer, bangun bila pramugari kejutkan untuk makan! Hahaha... macam tulah saya, kalau naik kereta ke, bas ke, kapal terbang ke, memang saya akan tidur!

Kami sampai di Lapangan Terbang King Abdul Aziz di Jeddah pada jam 6 lebih petang waktu Jeddah. Kira-kira pukul 11 malam waktu Malaysia. Sampai di sana, lapangan terbangnya sangat besar dan kami naik bas yang disediakan dari tempat kapal terbang mendarat ke airport. Maka perjalanan bermula.

perkarangan hadapan di luar airport King abdul Aziz

Ada satu peristiwa yang berlaku di Airport Jeddah. Mutawwif (Ustaz yang membawa Jemaah Umrah a.k.a ketua), di tahan di imigresen airport. Tak tahulah apa sebabnya, tapi hampir empat jam kami terkandas di situ. Kami solat jama' qasar di airport. Setelah perbincangan dan sebagainya, maka kami tinggalkan Mutawwif kami dan menaiki bas ke Madinah. Ada pula peristiwa di mana seorang dari jemaah Umrah kami kehilangan dua begnya. Kena buat report pulak! Macam-macam kan?

Di pertengahan jalan, bas berhenti. Risau jugak kami, kenapa pula ni? Ada apa pula ni? Rupanya ada syarikat katering milik orang Indonesia sedang menunggu kami di situ. Rupa-rupanya pemilik agensi pelancongan kami juga ada di situ. Dia naik bas, bagi keterangan sikit, minta maaf atas kelewatan dan agih-agihkan makanan untuk jemaah. Alhamdulillah, Mutawwif kami sudah dibebaskan dan dia turut serta bersama kami ke Madinah. Seperti biasa, sepanjang perjalanan, saya tidur lah... entah kenapalah mata cepat sangat tertutup!

Bas kami sampai di Madinah lebih kurang pukul 4 pagi waktu tempatan. Ya Allah, sejuknya, Tuhan saja yang tahu. Lupa nak bagitahu, geng famili saya yang pergi sama-sama tu, kebanyakannya dah uzur. Ayahcik sakit kaki dan lutut, jadi terpaksa gunakan kerusi roda. Ayahanda pula asyik batuk, bonda, memang ada asma, samalah macam Cik Nah, asma juga. Adik saya Che Sue pula, ada slip disc... aduh memang Allah menguji saya dan Cupie tapi disamping Allah menguji, Allah juga memberikan laluan dan kemudahan. Maka dalam group kami, hanya saya, dan Cupie dalam kategori sihat. Ayahanda dan bonda, bolehlah tolong sket2. Maka, kami berdualah yang mengangkut beg. Tapi dalam kepayahan itu, Allah lorongkan jalan, kebanyakan beg yang di bawa oleh potter ke bilik, adalah beg kami! Alhamdulillah. Kami sebilik, iaitu Cik Nah, Bonda, Che Su dan Cupie (sebenarnya Cupie di bilik ayahanda iaitu Tok Bah dia tapi sebab tak blh berpisah dengan mama dia, doklah sekali ngan perempuan!).

Hotel di Madinah

Sampai jer, terus basuh muka dan bersedia untuk solat Subuh di Masjid Nabawi / masjid Nabi. Ya Allah, entah kenapa, berdebar rasa hati bila berjalan ke sana. Rasa macam nak bertemu Rasulullah jer... Ya Allah, hanya Engkau yang tahu apa yang ada dalam hatiku.

Masuk saja ke dalam pagar, perkarangan Masjid, entah kenapa, air mataku menitis. Terima kasih Allah kerana menjemputku ke sini. Terima kasih kerana membuka jalan untuk aku ke sini, melihat kebesaranMu dan bertemu dengan Rasulullah, biarpun hanya tinggalan sahaja. Control macho sikit depan bonda dan Cik Nah. Bila mereka bercakap, saya buat-buat batuk, tengok sekeliling... walhal dalam hati sebak sangat! Cupie mengantuk sangat, bagi dia tidur di bilik. Che Sue pula sakit belakang so kami tinggalkan mereka. Tak apa, Zohor nanti kita datang yer!
Perkarangan luar Masjid Nabawi dengan anakanda Cupie
Perkarangan dalam Masjid Nabawi. Sebelah kiri bonda n Cik Nah,  diriku dan Che Sue
Perkarangan luar pagar Masjid Nabawi, para peniaga... murah barangan di sini!
With adindaku, Che Sue Cupie!
Suhu di Madinah, bawah 15 C. Sejuk sangat! Bibir mula pecah, tapak kaki... dan saya allergic sampai tumbuh biji-biji merah di seluruh tubuh. Satu lagi, ada darah beku dalam hidung! Tak apalah, hanya sedikit, secebis sahaja dugaan itu berbanding dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kami!

Pintu masjid Nabawi, ada dua polis wanita yang menjaganya. Tujuannya, tak boleh bawa masuk kamera ataupun telefon berkamera. Kena waktu dia rajin tu, abih dia selongkar beg yang kita bawa. Badan pun di rabanya. Tapi mujurlah, waktu kami nak masuk tu, selalu saja terlepas. Tu yang boleh jugak amik gambar sedikit sebanyak tu... hihi. Kenangan!

Setiap waktu kami akan solat di Masjid Nabawi yang hanya seratus meter lebih saja dari hotel. Waktu solat di Madinah, siangnya cepat. Solat Zuhur, pukul 12 lebih. Solat Asar, pukul 3 lebih. Solat Maghrib pukul 6 lebih dan Isya' pukul 7 lebih, manakala solat Subuh pukul 4 lebih pagi. 

Apa yang peliknya di sini, solat Subuh tak ada Qunut dan tak ada doa sebaik sahaja selepas solat fardhu. Maka, kita kenalah berdoa sendiri. Dan di sinilah tempat mustajab doa maka doalah apa sahaja, Insyaallah Allah kabulkan! Amin!

Satu lagi panorama yang tak pernah kita lihat di Malaysia. kaum wanita solat sambil mendukung anak. Ada juga yang solat dan bila anak menangis, ambil anak, dodoikan kemudian teruskan solat. Mungkin mazhab mereka berbeza dengan kita tapi bagi saya agak pelik juga. Namun saya 'salute' pada wanita-wanita muslim di sana yang tetap juga berjemaah walaupun payah dengan urusan anak-anak. Allah Maha Besar! Oleh kerana mazhab yang berbeza maka kita dapat lihat pelbagai cara melakukan solat serta pakaian semasa solat. Allah Maha Besar, syukurnya saya apabila melihat ada yang berkerusi roda, ada yang berjalan dengan tangan dan ada juga yang menghensot sahaja untuk pergi ke masjid dan bersolat. Kita??? Yang sihat ni, hanya kerana penyakit 'M', maka kita tidak mahu solat? Ya Allah, betul-betul menginsafkan!

Dalam masjid Nabawi terdapat Makam Nabi Rasulullah SAW. Bersebelahan dengan baginda, adalah makan sahabat, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Khalifah Umar Al-Khattab. Posisi kubur adalah seperti posisi Rasulullah mengimamkan kedua orang sahabat baginda. Di antara makam Rasulullah dan tapak rumah Rasulullah bersama Sayyidatina Aisyah (isteri baginda), dikenali sebagai Raudhah iaitu Taman Syurga. Di sini tempat yang mustajab Doa maka perbanyakkanlah doa di sini.

Pada awalnya, kami merancang untuk ke Raudhah di waktu malam namun tiba-tiba sahaja saya di datangi 'haid'. Masa tu tiba-tiba rasa kecewa namun cepat-cepat saya beristigfar. Ini semua ujian dari Allah lalu saya terus makan ubat dan berdoa berdoa agar haid saya cepat kering. Jadi pada malam pertama kami di Madinah, bonda, Cik Nah, Che Sue dan beberapa orang lagi ahli jemaah ke Raudhah. Memang saya sedih tapi saya pasti Allah akan permudahkan jalan untuk saya untuk menjejaki Raudhah juga. Ada satu cerita menarik semasa adik saya, bonda dan Cik Nah ke Raudhah malam itu. Orang ramai sangat, dan berebut-rebut sampai bertolak-tolak untuk masuk ke kawasan Raudhah. Adik saya kecil sahaja orangnya dan dia juga ada mengalami slip disc namun dia gagahkan juga untuk masuk ke Raudhah. Berkat doa dan Allah permudahkan jalan, polis wanita yang bertugas  di Raudhah tiba-tiba sahaja menegur adik saya. Dia kata adik saya comel. Mata adik saya sangat cantik, lalu mereka bercakap seketika dan apabila adik saya mengatakan yang dia memakai contact lense, cepat sahaja, polis itu memberikan nombor telefonnya dan meminta adik saya menghantar sepasang contact lense untuk dia apabila pulang ke Malaysia nanti. Dek peristiwa itu, dia menggunakan kuasanya maka adik, bonda, Cik Nah dan beberapa orang ahli jemaah kami dapat solat di Raudhah! Nama polis wanita itu ialah 'Mariam'! Sampai sekarang adik saya masih berhubung dengannya. Kuasa Allah yang mendengar rintihan hambanya. Bila kami bercerita kepada ayahanda dan AyahCik, ayah saya kata, orang Arab memang suka tengok orang yang kecik dan comel, sebab itu kot dia suka tengok adik saya! (Ada orang dah perasan comel!) hihihi

Berkat doa saya siang malam, haid saya hanya datang sehari semalam. Betapa bersyukurnya saya dan saya boleh terus beribadat terutamanya solat jemaah di Masjid Nabawi. Pagi hari ketiga, sekali lagi kami cuba untuk masuk Raudhah. Kali ini saya, bonda, Cik Nah dan dua orang lagi jemaah umrah yg saya panggil Mama dan Kak Ma. Adik saya tidak ikut serta kerana dia sakit belakang. Sekali lagi saya rasa sangat berdebar-debar. Bagaimana ya rupanya Raudhah ni? Bonda kata kawasan Raudhah ni karpetnya warna hijau. Karpet lain semuanya warna merah atau biru. Kami berjalan sejauh 500m untuk ke pintu yang menuju ke Raudhah. Luasnya masjid Nabawi tapi Alhamdulillah, kami tidak sesat, kasut kami tidak hilang dan Allah permudahkan perjalanan. Semasa menuju ke kawasan Raudhah, saya hampir dan  dilanggar oleh kerusi-kerusi roda yang di tolak laju. Rupanya saya berjalan di laluan berkerusi roda. Aduh, sakitnya, sampai pecah darah jugaklah terkena besi kaki kerusi roda tu. kami masuk ke satu ruangan, iaitu ruangan menunggu sebelum sampai giliran kami untuk masuk ke Raudhah. Ya Allah, ramainya umat manusia (perempuan sahaja). Rupanya mereka telah membahagikan kawasan menunggu kepada beberapa benua. Masyaallah. Kami berada di benua Asia. Kebanyakannya memakai kain sembahyang berwarna putih. Kebanyakannya juga dari Malaysia dan Indonesia. Tapi biasalah, kalau namanya manusia, pasti ada yang buat kesilapan. Dalam kumpulan Asia tu, ada jugalah yang menyamar walaupun terang-terang wajahnya bukan orang Asia!
Kami nak marah pun, siapalah kita ni kan, hanya hamba Allah, tapi kita sepatutnya mengikut peraturan yang ditetapkan. Kemudian, polis-polis wanita, garang-garang orangnya, dari pelbagai negara dan pelbagai bahasa. Polis-polis inilah yang akan mengawal keadaan. Walaupun begitu, ada jugalah yang tak terkawal!

Setelah menunggu hampir satu jam, kami dibenarkan masuk. Berebut-rebut tapi kami sudah berpegangan tangan dan berjanji tak akan meninggalkan grup kami. MasyaAllah, apabila saya ternampak sahaja karpet hijau, tak semena, air mata saya mengalir. Inilah Raudhah! sebenarnya kawasan, keadaannya sama sahaja dengan tempat lain di dalam Masjid Nabawi. Ada tiang, ada karpet, ada Quran-Quran yang tersusun di sekeliling tiang di atas para, tetapi perasaan yang hadir itu terasaamat sayu. Terasa kerdilnya kita sebagai hamba Allah. Saya berdoa, kami berdoa agar kali ini saya sempat solat dua rakaat serta sujud untuk berdoa di kawasan Raudhah. Dan Allah maha mendengar rintihan umatnya. Dalam kesesakan itu kami sempat bersolat sunat dan berdoa dalam sujud. Caranya, seorang solat dan empat orang yang lain berpegangan tangan sambil melingkungi sahabat yang sedang bersolat. Alhamdulillah, cara kami itu berjaya dan semua orang dapat solat dan sujud. Sekali lagi saya tak dapat menahan rasasayu , rasa insaf, rasa berdosa, rasa kerdil dan saya lihat semua orang menangis.Malahan ada yang meraung-raung seperti histeria! Allah itu Maha Besar. Dalam ramai-ramai manusia yang memenuhi kawasan Raudhah, ramai yang solat, sujud dan sebagainya, namun tiada seorang pun yang terpijak atau di lenyek oleh orang lain. Sekadar bersentuhan sahaja. Sungguh ajaib rasanya, dan sungguh besarnya kuasa Allah SWT. Kalaulah di tempat lain, sudah pasti ramai yang tercedera! Kami cuma berada di sana selama tak lebih dari 20 minit. Rasa sebak, rasa sedih, rasa yang bercampur baur itu terbawa-bawa disepanjang perjalanan keluar dari Raudhah. Ya Allah, entah bila lagi aku akan sampai semula ke sini!

Jalan keluar dan jalan masuk adalah berlainan dan ini memudahkan. Seronoknya rasa walaupun kami tidak boleh melihat makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar kerana hanya jemaah lelaki sahaja dibenarkan. Cukuplah sekadar kami menitipkan salam buat baginda. Bak kata Ustaz yang mengiringi kami, di mana-mana pun kita berselawat kepada Rasulullah, akan sampai kepada Baginda. Itu teknologi Allah SWT yang tidak ada pada manusia!
Inilah Raudhah. Saya tak boleh ambil gambar so saya ambil dari internet.
 Ini dari kawasan jemaah lelaki

Inilah karpet hijau yang dikatakan. Jika kebelakang sikit, ada karpet merah dan karpet merah bukan
lagi kawasan Raudhah. Ini pun saya ambil dari internet.

Keluar sahaja dari Raudhah, kami minum air zam zam buat penghilang dahaga. Oh ya, lupa. Air zam zam disediakan di kebanyakan tempat di dalam Masjid Nabawi.
Beginilah air zam zam dihidangkan. Dalam bekas-bekas yang tertulis 'cold' dan 'not cold'!

Dalam masjid Nabawi. Ruang silingnya sangat cantik.

Diluar masjid bersama bonda dan Cik Nah. Baru selesai solat Fardhu Zohor, kalau tak silap.
Indahnya.... menuju ke pintu masuk 'Babul salam' yang dikatakan Malaikat selalu melalui pintu ini untuk bertemu Rasulullah SAW.
Tengok, Mokcik Tihah macam org sakit je. Pucat lesi. Ni perkarangan luar pagar masjid. Membeli belah
Cupie membeli belah makanan kegemarannya, Kebab dan Chicken burger... 6 rial ooooo.
At depan hotel Shourfah, Madinah

Berhenti sini dulu ya. Nanti kita sambung lagi di bahagian (2). Insyaallah saya akan bercerita semasa kami melawat ladang kurma, Masjid Al-Quba yang bila bersolat pahalanya seperti melaksanakan satu ibadah Umrah, Allahuakbar. serta perkuburan Baqi dan Jabal Uhud sebelum kami bertolak ke Mekah. Insyaallah. Semoga bermanfaat!

4 ulasan:

af-aziey said...

Alhamdulillah, semuanya selamat pergi dan pulang..
Semoga saya juga diberi kesempatan untuk menjejak kaki ke tanah suci ini, Amin....

mamacupie / Fatihah Pauzihal said...

Insyaallah dik. Nanti kita pergi sama-sama. Saya perlukan suami awak a.k.a adindaku untuk jadi muhrim... sebab abah dah tak larat nak pergi! Insyaallah, kita bawak semua anak-anak!

Unknown said...

MasyaAllah Tir...rasa sayu dan seronoknya berda di bumi ambiak tu ya...Alhamdulillah awak dan keluarga dapat memjejakkannkaki ke sana..Doakan saya dan keluarga sampai ke sana juga ....

mamacupie / Fatihah Pauzihal said...

Insyaallah Jar. Akan ada masanya sampai waktu kita yang Allah panggil kita ke sana. Saya pun berdoa sokmo agar boleh gi pulak.. Insyaallah!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails