NURUL LAILA SURIA - Bestseller top 20 MPH

Terkejut kan?
Saya memang terkejut gilerlah jugak sebab saya memang tak jangka. Yerlah, kitakan orang baru lagi. Ini pun buku pertama saya. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Ilahi. Ada juga orang yang beli buku ni rupanya... ehehhe

Terlebih dahulu terima kasih buat kak Ina, SMK Sungai Layar, yang mewar warkan kepada saya. Kalau bukan kak Ina bagitahu memang saya tak tahu.

Boleh jenguk di sini untuk lihat buktinya http://mphonline.com/books/bestseller.aspx , klik dekat fiction, local!. Untuk bulan 10 ni masuk jugalah dalam list tapi nombor 20. Alhamdulillah. Bulan 9 nombor 16 kalau tak silap. Terima kasih bebanyak kepada semua yang telah membeli novel sulung saya ni. Jasa kalian sangat besar sekali. Terima kasih kerana berkongsi sedih, gembira dan cemas tiga sahabat dalam novel ini.
masa mula2 novel Nurul Laila Suria sampai ngan kurier
Ngan best friend2ku masa mula2 novel di publish



Novel kedua dalam pembikinan lagi. Setakat ni dah 90 peratus siap tapi tak tahulah. Sekarang ni tak sempat nak sambung sebab busy dengan budak-budak nak SPM. Walaupun dalam hati ni meronta-ronta nak siapkan cerita tu. Idea tu dah ada cuma nak digarap je bagi penamat tu logik dan semua ornag berpuas hati. Susah jugak nih....

Kadang-kadang kan bila fikir balik, macam mimpi pun ada rasanya. Memang cita-cita saya nak tulis novel banyak-banyak. Jadi bila dah tua esok-esok, nak tengok dekat rak buku tu, novel kita sendiri pun ada. Biar anak cucu boleh baca dan selami hati kita. Sebabnya dari penulisan kita sebenarnya sedikit sebanyak perihal hidup, apa yang kita suka, apa yang kita tak suka, perasaan kita, jiwa kita, semuanya bercampur baur dan diluahkan di situ. Chewahh... berfalsafah pulak malam2 buta ni. Entahalh esok bangun kul beraper, masa ni tak krohhh lagi... bukan apa, excited nih ha....

Okaylah, rasanya nak mengundur diri dulu, mengantuk dah ni... esok nak bangun goreng bihun denkaty Cupie, sebelum tidur tadi dia dah pesan. Alamat kena bangun 4.45lah esok... tengoklah anakanda, kalau terlepas, mama minta mahap banyak2!

My Cupie, My Novel

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails