"WIN RINDU"

Win Rindu? Sapo Win? HIHIHI
Ni tajuk cerpen saya. Masa nulis cerpen ni, masa ni jiwang tahap A+ so adalah jiwang2 sikit. Masa ni tgh feeling2lah lagi sebab tak sampai setahun lagi my late hubby tak ada kan... so teringat kisah2 lama tu, karang mengarang pung terjadi. Jadinya adalah kisah sendiri yang serba sedikit dimasukkan tu... ala adalah dalam 50%.

So, kita kongsilah cerita ni ya...
SELAMAT MEMBACA!


WIN RINDU…..

Setiap kali aku pejamkan mata, hanya bayangan itu yang menjelma. Puas ku cuba menghalang ia dari muncul dibenakku, namun ianya masih berlegar-legar. Setiap kali itulah, rembesan cecair jernih akan menuruni lurah pipiku. Bukan aku sengaja cuba menghalang, malah melupakan, namun aku perlukan kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan. Aku perlukan kekuatan..... ketabahan.....
            ‘Wirna... what a nice name! Can we meet?
            ‘Tak reti cakap melayu ke?’
            ‘Aku tak cakap, aku tulis!’ Hish.... payah chatting ngan orang tak reti bahasa.
            ‘Esok, aku tunggu kau kat tunggu feri, belah pulau,’
            ‘Sapa nak jumpa kau?’
            ‘Eleh, aku bukan nak ngorat kau, nak sembang je, gambar aku ada kat kau kan?’
            ‘Tengoklah kalau aku rajin,’
            ‘Kul 5.30, aku pakai jersi MU merah terang!’
            ‘Tengoklah..’ Tak sempat aku menaip lebih panjang, dia sudah sign out. TEBUAN... mesti garang gila. Cepat-cepat aku sign out dan membuka emel. Emel dari Mr Bee ku buka dan download attachment. Gambar seorang lelaki, kepala separa botak, pakai baju Raihan biru muda. Muka garang gila..... badan besar...... ish.... nak ke jumpa lelaki ni? Seram gak tengok muka dia....
            Aku menatap gambar yang pernah ku cetak lebih lima tahun lepas. Walaupun sedikit pudar namun gambar itu masih setia bersamaku ke mana sahaja.
            Permulaan! Itulah permulaan pertemuan kami di alam siber. Wajah garang itulah yang sering ku temui setiap hujung minggu tanpa pengetahuan ma dan abah, hinggakan aku pernah menukar tiket balik kampungku dengan rakan sekelas semata-mata untuk menemuinya! Kebetulan dia ada kontrak deejay dengan salah satu syarikat jualan langsung yang memerlukan dia sebagai jurucakap! Tapi... kami hanya kawan.... otak gila-gila dia tu.... buat aku best sangat kawan dengan dia....

            “Malam ni aku ke Johor, ada interview kontrak deejay baru. Kalau dapat, 3 bulan kat sana, payahlah sikit nak jumpa Win,”
            “Takpe, aku pun ada exam minggu depan,”
            “Satu je nak bagitau... Win jangan marah... Kat sana aku dok kat umah Intan... awek yang aku cerita hari tu...” Hatiku sedikit tersentak. Intan....
            “Its okay, lagipun kita kan kawan je... aku ada keje sikit nak buat... Bye!” Hatiku seakan menangis. Siapa aku di hati lelaki itu sebenarnya?
            Telefon berdering sebelum sempat aku bangun dari berteleku dihadapannya tadi.
            “Win, bukak radio ERA, lagu ni untuk Win, Bye!” Aku terdiam. Suara itu mati disitu tanpa sempat aku mengucap balas.
            ‘Rindu bertandang lagi, kekasih...
             Pada waktu-waktu bersamamu...
             Kesepian mencengkam... dihimpit kenangan....
             Ajaibnya, perasaan.....’
            “Kak Ja, radio ERA ke ni?” Kak Ja, rakan serumah yang khusyuk menaip di papan kekunci komputer hanya mengangguk. Tiba-tiba saja sebak mengundang di naluriku!

            Itulah pertama kali aku merasa sesuatu di jiwaku, dengan dia! Adakah aku sudah jatuh cinta? Ahh.... gila! Aku senyum sendiri. Gambar yang masih di tangan ku letakkan kembali ke dalam dompetku. Kenangan.... kenangan semuanya indah......

            “Win, sebulan tak jumpa Win....”
            “Ler... sebelum ni 20 tahun tak jumpa tak apa pun....”Diri ini cuba menguji lelaki di sebalik gagang telefon.
            “Aku serius ni... Win datanglah sini... bukan jauh pun Nibong Tebal dengan USM kan?”
            “Zarul lah datang sini, ada pulak perempuan kena pi jumpa lelaki....”
            “Kontrak 10 pagi 10 malam, 7 hari seminggu, masa bila nak jumpa?” Ye tak ya jugak.
            “Tengoklah! Ada apa yang nak jumpa sangat dengan aku?”
            “Rindu...” Ya Tuhan.... kiranya dia mengetahui perasaanku ketika ini.....
            “Win.... ada orang ke ni?”
            “Ada....”
            “Win tak rindu?” Aku senyum sendiri... apa pulak tak rindu... siang malam asyik terkenang.... Ahh... takkanlah aku nak berterus terang....
            “Ok... aku bawak Zurin sama kay?” Suara ria disebalik gagang mengundang bunga-bunga bahagia di hatiku. Inikah yang dinamakan cinta?

            Aku mengeluh sendiri. Keluhan yang entah ke berapa kali untuk detik ini...... kenapalah susah sangat nak ku usir kenangan itu? Mampukah aku hidup dengan hanya kenangan? Tapi mampukah aku meneruskan hidup tanpa kenangan itu? Titis-titis yang gugur ke pipi, ku seka pantas. Air mata ini tak akan pernah habis..... kenangan itu tak akan bisa pudar...... Aku memandang keluar tingkap kereta. Dataran di hadapan Hotel Putra, Lumut agak lengang. Mungkin petang masih awal. Angin dari laut menerjah wajahku.

            “Dulu abang kerja kat sini, tiga tahun kontrak, tuh yang abang dah biasa ngan tempat ni.....” Aku hanya senyum. Tangan itu menggenggam erat jemariku. Ku biarkan sahaja kerana bahagia itu sudah pun menjadi milik kami.
            “Petang ni kita balik tau.... nanti kawan-kawan Win kata apa pulak, keluar dari pagi-pagi hari lagi....”
            “Ala... keluar dengan abang, tunang Win kan?” Aku cuma senyum.
            “Ye lah... tapi tunang je kan.... bukan kahwin lagi....”
            “Abang tahulah batas-batasnya.....” Aku senyum dan menjeling mesra kearah lelaki agam rambut ala tentera di sebelahku. Aku pun tak tahu mana kacaknya lelaki ini tapi ramai gadis bermimpikan dia.... mungkin sebab dia deejay? Kadang-kadang api cemburu ku membara juga bila melihatkan kemesraan lelaki ini dengan rakan sekerjanya, apatah lagi dengan peminat yang sering bagi hadiah, bagi nota cinta.... ahh... dia memang begitu... peramah terlebih!
            “Abang jangan over sangat tau....”
            “Ler... over apa nya?”
            “Ye la.... dengan budak-budak pompuan kat kerja abang tu.... “
            “Jealous ek?”
            “Mestilah.... tunang orang....” Dia senyum simpul lalu ketawa kecil kemudian terbahak-bahak.
            “Ada orang cemburu..... cemburu.....” Wei!

            Aku senyum simpul sendirian lalu keluar dari kereta dan menghampiri tembok yang menghalang lautan dan daratan. Empat tahun dulu, masih belum terbina tembok ini... di sinilah aku dan dia menyusuri pantai pelabuhan ini, bergurau senda, ketawa riang..... Ahhh.... sungguh indah....
            Pandangan ku halakan ke arah lautan yang berbalam-balam daratan di sebelah sana. Pulau Pangkor seolah menggamit aku ke sana. Perlukah aku ke sana? Sendirian? Sanggupkah? Aku kembali ke kereta lalu mencapai beg pakaianku dan mengunci kembali kereta. Aku ke sana hari ini abang..... aku ke sana setelah empat tahun.. setelah percutian kita itu terbatal begitu saja.... aku perlu kuat.... aku perlu tabah.....
            “Wirna....” Wajah Salmiah muncul dihadapanku.
            “Lerr... Win tak ikut rombongan bas ke?” Aku hanya mengeleng.
            “Pas tu datang ngan apa? Ngan siapa?”
            “Ngan kereta, sorang,”
            “Oooo... akak datang ngan husband ngan anak-anak sekali. Terlanjur berkursus hujung minggu ni, sewa chalet untuk mereka samalah....”Aku hanya mengangguk walaupun ada sesuatu di hatiku. Ku hindarkan perasaan itu jauh-jauh.
            Telefon bimbit bergetar di dalam poket seluarku.
            “Ada call, kejap ek...” Salmiah hanya mengangguk dan aku berjalan menjauhi sedikit darinya.
            “Win.... kau dah sampai ke?” Suara disebalik gagang membuatkan aku tersenyum.
            “Dah... dekat tiga jam dah....”
            “Lajunya kau bawak... hihi... feri kul baper?”
            “Kul 4,”
            “Ok... take care... aku ada meeting jap gi ni...” Talian di matikan. Wajah Nasrun yang tersengih-sengih terbayang di minda. Kawan yang baik.... kawan suka duka....
            “Win....” Salmiah melambai tangan menunjukkan kearah bas yang di sewa khas oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah yang baru sampai. Aku berjalan kearah mereka.
            “Tak sangka kita sebilik kan?” Aku cuma senyum. Sebilik dengan Salmiah bermaksud aku bersendirian sebabnya dia sudah pun menyewa chalet lain untuk suami dan anak-anak, tentu saja malam-malamnya di sana. Bagus juga, bolehlah aku menenangkan perasaan.
            “Esok nak ikut snorkling tak kak?” Salmiah duduk di atas katil dan memandangku bersahaja. Dia mengeleng.
            “Win... akak tanya sikit boleh?”
            “Apa dia kak?” Aku berhenti dari menyangkut baju di hanger dan duduk di atas katil bertentangan dengannya.
            “Win tak nak kahwin ke?” Ahh... sama saja soalan dengan ma, dengan abah, dengan Nasrun, dengan sesiapa sajalah.....
            “Yang lepas tu, lepaslah dik.....” Aku cuma senyum.
            “Tak sampai seru lagi kak..... saya nak ke cafe, nak kirim apa-apa tak?”
            “Tak apa, akak nak jenguk anak-anak jap,” Dia senyum dan bangun, berlalu ke pintu chalet.
            “Tunggu akak sebelum ke bilik wacana malam ni tau, akak datang sini dulu,” Aku hanya mengangguk.
            Tak sampai seru lagi? Entahlah.... tiga bulan lepas kenalan abah, peguam, datang merisik.... sebelum tu, cikgu sekolah ma dulu, duda anak satu.... tahun-tahun sebelum tu adalah seorang dua...  entahlah hati ini belum terbuka untuk orang lain, derita di hati ini tiada siapa yang dapat mengubatnya......
            Telefon bimbitku berbunyi lagi.
            “Win, kau turun kat cafe sekarang,”
            “Cafe mana lak ni? Aku kat Pangkor lah Yun, bukan kat ofis kau,”
            “Cafe kat chalet ni lah... pasai pe lah kau ni lembab sangat...”
            “Kau kata aku lembab?” Jangan-jangan Nasrun ada kat sini. Bukan betul sangat budak tu pun.
            “Kau turun je lah....”
            “Ye lah... aku pun nak pekena teh ais ni...” Cepat-cepat aku menyarungkan tudung bercorak petak-petak dan berjalan keluar dari bilik.
            “Yun... gila kau... tadi kata ada meeting,”
            “La... memang pun aku baru abih meeting... keh keh keh.. aku kat chalet depan tu... kursus jugak...”
            “Kau ni... ish, pasal apa tak bagitau aku awal-awal? Kalau tak...”
            “Kalau tak apa?” Aku senyum simpul sambil menghirup teh ais dihadapanku.
            “Kalau tak... tak hingin aku datang kursus sini, asyik jumpa kau je....”
            “Cinabeng punya kawan....”
            “Wei... minah kau tak ajak sama ke?”
            “Cakap slow slow sikit, nanti awek lain dengar jatuh saham... aku minum ngan kau ni pun jatuh dah saham aku...” Wajah gelak ketawa Nasrun sedikit sebanyak membuahkan ria di hatiku.
            “Esok kita snorkling nak?” La... macam tau-tau pulak Nasrun ni...
            “Okay.... aku baru nak ajak....”
            “Roomate aku boleh tahan gak Win... tak kahwin agi... keje kat Jabatan ukur, nak aku rekomen kat kau?”
            “Terima kasih je lah...”
            “Kau ni.... semua tak mau... suka kat pompuan kot?”
            “Ish... gila kau, mana ada... merapu,” Kami ketawa lagi, kini lebih kuat dari tadi.
            Nasrun bangun dan berjalan ke arah chalet yang di huninya selepas selesai sahaja membayar harga minuman. Aku bangun dan berjalan ke arah laut berhampiran chalet tempatku menginap.
Ku susuri sepanjang pasir putih. Pandangan ku lontarkan ke laut luas. Satu ketenangan meresap ke jiwaku apabila deruan ombak dan desiran angin menerjah benakku lembut.

“Boleh ke berenang ni?”
“Tengok oranglah.... ala setakat snorkling nak tengok coral tu... kacang je....” Wajah dihadapanku ketawa kuat.
“Sayang ni.... cakap besar....”Aku tergelak kecil.
“Sejak bila pandai panggil sayang kat aku ni?” Ketawanya terhenti. Wajahnya serius memandangku.
“Sejak.... sejak terfikirkan masa depan!” Aku diam, mengangkat kedua-dua belah kakiku ke atas pangkin dan bersila lalu memandang tepat ke arah wajahnya.
“Win..... kita kahwin!” Aku terkedu.
“Aku tak janji Win akan hidup senang lenang dengan aku but I’ll try.... tapi... aku janji aku tak akan tinggalkan Win.... till death do us part!” Aku diam. Serius ke mamat ni? Jemariku di genggamannya.
“Boleh ke aku percaya cakap Zarul ni?” Lelaki dihadapanku cuma senyum lalu jemari sasanya mengusap perlahan rambutku hingga membuat aku terpaku!
“Kan aku dah kata.... till death do us part!”

Ahhh.....Kenangan.... kenangan yang sering mengundang air mata..... sekali lagi....
            “Abang.... Win rindu.... rindu sesangat.....” Aku duduk di tepian pantai di atas pasir yang memutih.
            “Win....” Aku tersentak. Suaranya? Aku berpaling ke kiri dan kanan....
            “Ya Allah.... tolonglah aku Ya Allah... berilah aku ketabahan....” Aku menyeka air mata yang gugur. Kenapa payah sangat untuk aku lupakan semua itu..... sekurang-kurangnya untuk seketika?
            “Win!” Aku berpaling. Nasrun berada di belakangku.
            “Aku dah agak dah.....” Cepat aku menenyehkan mataku yang basah ke hujung tudungku.
            “Ler.... ni yang tak seronok ni... kau nak ke, sakit jiwa  Win?” Wajah Nasrun serius.
            “Aku tak mau kawan aku masuk wad gila.... kau kena bangun Win.... bangun!” Air mata ku merembes lagi....
            “Kau tak faham Yun... tak rasa....”
            “Sampai bila Win.... macam ni lah aku ada satu cadangan,” Aku mendongak ke arah wajahnya.
Nasrun mengcangkung disebelahku. Dia memandangku seimbas lalu, kemudian mengeluh kecil.
“Jom... kita kahwin!” Aku tersentak. Wajah Nasrun di sebelah ku pandang seketika lalu aku ketawa kecil.
            “Minah kau dua tiga orang tu nak buang ke mana? Jangan buat lawaklah... aku tengah sedih ni!” Nasrun memandang wajahku.
            “Aku sacrifice lah.... kita kahwin Win... aku cuba hilangkan sedih kau tu... aku janji....” Wajah serius di hadapan, ku pandang lagi. Gila apa budak ni?
            “Aku serius ni... kita kahwin!”Itu kali ketiga perkataan itu keluar dari bibir lelaki dihadapanku. Lelaki yang ku kenal sebagai rakan serumah dia, rakan baik suka duka dia, lebih lima tahun yang lepas.
            “Zarul  pernah pesan kat aku Win sebelum dia....,”Katanya tersekat lalu menjeling sekilas kearahku. Jelingan yang tak pernah diberikannya selama ini atau pun aku yang tidak perasankan jelingan sebegitu.....
“Dia minta aku  jaga kau elok-elok, bahagiakan kau, aku tak sanggup dah tengok kau macam ni......”
            “Aku tak mahu kau...” Tanganku di raih pantas. Mata itu merenung jauh ke dalam mataku. Aku tunduk, aku tahu kau ikhlas Yun!
            “Aku boleh hidup Yun... aku boleh hidup tanpa dia, tapi buat masa ini, aku tak boleh hidup dengan orang lain selain dia.....” Tanganku dilepaskan perlahan-lahan, bersama satu keluhan berat.
            “Aku tak paksa kau Win.... “ Lelaki itu bangun.
            “Yun... kita kawan kan? Kita kawan karib kan? Let it be like that... okay!” Nasrun mengangguk dan berjalan ke arah chalet yang tersergam. Aku cuma memandang kepergiannya yang bakal mengundang sepi lagi dalam hidupku. Dia mengangguk walaupun aku pasti ianya tak akan seperti dulu lagi. Setelah beberapa langkah dia berpaling.
“ Aku tak paksa kau Win.... tapi aku tunggu.... kau tahu kan kat mana nak cari aku?” Lelaki itu melangkah longlai sebelum sempat aku bersuara seterusnya. Maafkan aku Yun.... aku tahu kau ikhlas sangat....
“Win.... satu je abang nak bagitau, Win adalah yang pertama dalam hati abang, biarlah ianya jadi pertama dan terakhir.... abang tak pandai nak jiwang Win.... tapi abang ikhlas dengan Win.... doakan abang.... bacakan Al-Fatihah untuk abang nanti...”Wajah dia yang pucat, semakin kecil dari pandanganku.... kerana selepas itu aku pengsan dipangkuan mama. Itulah kali terakhir aku mendengar suaranya kerana pembedahan untuk membuang tumor dalam otaknya, gagal!
            “Abang.... Win tak mampu nak lupakan abang.... maafkan Win bang..... cepat sangat abang pergi..... sebelum sempat akad dilafazkan..... Win sayangkan abang......”
Aku teresak lagi..... entah bila aku mampu menyerahkan sekeping hati ini kepada orang lain, aku tidak tahu.... biarlah aku hidup dengan kenangan kita....
            “Abang... Win rindu.....”

3 ulasan:

af-aziey said...

aduh...buat apa ler aku baca cerpen ni tgh2 mlm ni... buat keluar air mata je.. terbayang lak senyum sengih arwah abg joe dulu...ish...

mamacupie / Fatihah Pauzihal said...

eheheh, feeling jugak adik ipar aku nih ek!

Robertidn said...

Promo Bonus Lose Streak Sabung Ayam SV388

Bolavita mengadakan promo Bonus Sabung Ayam dengan minimal bet hanya Rp 20.000 bebas pada arena apapun namun harus beruntun. Tidak boleh ada draw/menagn apabila terdapat hasil draw maka akan di hittung dari awal apabila ada pertandingan cancel maka akan dilanjutkan ke match berikutnya.

Bonus dapat di klaim pada hari yang sama dan hanya bisa di klaim 1x per hari.

Untuk informasi lebih lanjut bisa hubungi kami via livechat ataupun :
✔ WA / TELEGRAM : +6281297392623
#bolavita #promobolavita #sabungayam #sabungayambolavita #sv388 #cockfight #bonussabungayam #bonuswinstreak #bandarbolavita #situsbolavita

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails