Kalau nak cerita, panjang lagik ni, tapi jomlah layan cerpen ni ya... Selamat Membaca!
FATIN
Selekoh menuju ke Kampung Selamat, kami lalui. Mataku masih tak jemu memandang panorama kampung yang terlalu aku rindui. Walaupun rumah-rumah batu sudah banyak dibina dan kebanyakan jalan sudah diturap dengan tar, tapi kehijauan sawah padi yang luas dan orang-orangan yang bergerak-gerak apabila ditiup angin, terlalu mendamaikan, tiba-tiba.....
“Opocot mak kau!” Proton Persona merah hati, bergoyang agak kuat!
“Ish, kau ni pandai ke bawak kereta ni, lopak punyalah besar, bawak tak sampai 40km per jam, takkan tu pun tak boleh elak?”Bibir mungil gadis disebelahku bergerak-gerak agak laju, dan gerakan itulah yang sering aku rindui!
“Aku tahulah, cuma seronok je........... balik kampung!”
“ Aku cuma takut kau lupa je, lagipun aku risau kat kereta baru aku ni...... mahal tau!” Kami ketawa bersama.
Brek ku tekan, dan kereta berhenti tepat dihadapan pintu pagar rumah kayu empat bilik yang halamannya bersih dan tersusun rapi. Rasa hangat di kelopak mataku, ku seka pantas.
“Thanks Aisyah, nanti datang rumah aku tau sebelum kau balik KL!”
“Ok, kim salam Mak Lang!”dan tayar itu mula berputar.... ligat!
“Mak!” Susuk tubuh separuh abad yang muncul di muka pintu ku peluk, ku cium, tangan berurat itu ku kucup lama!
“Kenapa adik tak bagitau nak balik cepat, dalam poskad yang adik kirim, rasanya minggu depankan?” Rambut ku diusap lembut, dahiku dikucup penuh kasih. Aku terlalu rindu............
“Adik tak mau nyusahkan mak...Ni, Kak Tirah dah bersalin ke mak? Abang Farid ngan kak Ija tu jadi kahwin tak? Si Budin tak balik ke hujung minggu ni? Adik rindu tau..... ”Tanganku dipimpin, kepalaku dibahunya, dan cerita rindu di buka satu persatu.
************************************************************************
Jendela ruang tamu ku buka selebarnya, udara pagi yang segar, keharuman mawar yang emak jaga rapi, bunyi reranting yang sesekali gugur.......... betapa aku terlalu merindui semua ini. Kebun sayur hasil titik peluh emak, masih lagi subur, malahan semakin luas kawasannya.
“ Mak jaga sorang ke kebun ni?”
“ Tak jugak, sepupu kau si Ain tu selalu tolong. Kalau Budin balik hujung minggu, dialah yang buat semua, langsung tak bagi mak pegang cangkul,” Aku mengangguk, dan kembali memandang terung dan bendi yang sudah mula berbuah. Kesian emak, empat tahun bersendirian di rumah besar empat bilik kerana kedegilanku. Kak Shatirah mengikut suami ke selatan tanah air, memang jarang pulang ke kampung, manakala abang Farid pula di Kuala Lumpur, sebulan sekali ada juga pulang menjenguk emak, tapi lepas kahwin nanti, tak tahulah... mujurlah ada Shahabudin, anak tunggal arwah Pak Su dan Mak Su yang sudah menjadi ahli keluarga kami sejak sepuluh tahun lalu, itupun sekarang ni belajar di sekolah berasrama. Aku?
Wajah emak yang sedang asyik melipat kain, ku perhati lama. Wajah tua yang tidak pernah mengeluh atas kedegilan anak bongsunya, wajah tua yang terlalu banyak bersabar dengan karenah anak bongsunya.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam!” Serentak, kami berpaling kearah pintu yang sudah sedia terbuka.
“Oh, Rizal, masuklah...” Wajah dimuka pintu membuatkan jantungku berdegup laju. Tanganku tiba-tiba sejuk, tapi wajahku masih lagi mampu tersenyum.
“Tak apalah Mak Lang, saya dengar orang jauh dah balik, ni yang datang nak bertanya khabar.... mmm mak pun ada buat pengat pisang sikit,” Lirikan matanya, senyum tipis di bibirnya, lesung pipit di pipi kirinya... masih belum berubah...... tapi hati ku...... jiwaku............
“ Apa khabar adik?”
“Baik! Mak, adik sembahyang Asar dulu, ya...” Dan langkah kaki ku atur, tanpa berpaling.... walau ada suara yang memanggil......
Pintu bilik ku tutup rapat. Jendela yang separuh terbuka ku tolak sepenuhnya dan sawah yang terbentang seakan cuba memujuk hatiku. Bunyi kereta dihidupkan lalu aku pantas mencari arahnya..... Honda City hitam berkilat, memecut perlahan, melalui jalan kecil yang berturap rapi.
Abang Rizal..... luka itu amat dalam dan rajukku yang panjang tak mampu untuk ku ubati luka itu sepenuhnya......
“ Abang nak adik jangan jumpa lagi dengan Faizal!”
“ Kenapa? Suka hati oranglah nak jumpa ke tak.... kau sibuk apehal?” Wajah empat segi itu ku pandang bersahaja.
“ Adik, Faizal tu bukan budak yang baik!”
“ Oooo... jadi kau tu baik sangatlah? Hebat sangat? Kau sibuk sangat ni pehal? Abang Farid suruh kau nasihat aku kan? Kalau abang aku sendiri pun tak boleh nak halang apa yang aku buat.... kau tu sapa?” Aku pandang lagi mata itu..... Wajah yang sudah mula merah itu ku tinggalkan sahaja bila motosikal Faizal berhenti di hadapanku.
Nada dering lagu ‘Biarlah rahsia’ mengusik memori, ku capai telefon di atas katil...... tertera nama ‘Ikmal’ di skrin..... ku biarkan lagu itu berhenti sendiri...... Ada air yang bergenang, dan tanpa mampu ku tahan, ianya mula mengalir laju.... dan laju...... lalu aku teresak-esak sendiri.....
‘ Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat, tetapi mengapa Tuhan hanya memberi sekeping hati kepada kita? Kerana Tuhan telah memberi sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya..........’
Kata-kata yang tertulis di atas sekeping kertas yang ku terima dari abang Rizal, dua bulan selepas Faizal menghilangkan diri, meninggalkan aku tanpa alasan yang kukuh...... ahhh.... Faizal yang berambut panjang, kacak, ada motor besar, selalu bawa aku ke pantai, makan-makan, bersembang..... tapi dia tak ada haluan hidup, tiada kerja, kaki rewang, dia hanya inginkan keseronokan, tiada masa depan..... dan yang penting dia bukan lelaki yang baik untukku, walaupun dia tidak pernah mengapakan aku! Aku kecewa..... aku malu..... seminggu aku tidak ke sekolah. STPM yang bakal hadir tiga bulan lagi seolah-olah tiada makna....... dan abang Rizallah yang membantu ku..... cuti semester nya dihabiskan untuk menyelamatkan aku dari terus tenggelam dalam kekecewaan, dia membantu aku bangkit semula........ dan yang paling aku bahagia, dia memberikan sekeping hatinya untukku! Membuatkan aku sentiasa senyum....... dari hati...... dari jiwa.......
Aku melipat kertas putih yang sentiasa berada di dalam diariku sejak lima tahun lepas, yang ku baca setiap kali diari itu ku buka.
“Adik, mari tengok siapa datang ni?” Aku melangkah malas keluar dari bilik.
“ Hai?” Aku mencari suara kecil yang menyapa.
“ Hai akcik....” Suara comel dan wajah comel itu ku tatap lama. Anak saudara aku ke ni? Tapi kak Tirah baru bersalin je.......
“ Kenalkan, Fatin Harisa! Anak abang!” Lelaki dihadapanku mengangkat anak kecil yang belum sampai tiga tahun itu lalu mencium pipi gebu yang agak kemerahan. Aku cuma mampu tersenyum dan mengangguk.
“ Nama adik, Fatin Rafeeqah, abang, Rizal Haris.... jadi nama baby kita nanti, Fatin Harisa, ok tak? ”
“ Wei, sapa nak kahwin ngan dia?” suara ketawa itu ku bawa ke dalam mimpi.... satu ketika dulu...
Hati kecilku mula bergelodak lagi..... masih belum cukupkah penyiksaan batin yang ingin kau hulurkan?
“ Rizal minta tolong mak jaga budak Fatin ni, mak long kau ke hospital tadi, check darah tinggi dia.... mari dekat nenek sayang...” Gelak tawa anak kecil yang beralih ke dalam dukungan emak menyaksikan kemesraan yang terjalin sekian lama.
“ Adik.... abang tahu adik marah. Abang minta maaf....”
“ Adik tak pernah marah abang dan abang tak perlu minta maaf! Abang tak buat apa-apa salah dengan adik.....”
“ Kenapa adik cuba mengelak dari abang? Surat-surat abang tak pernah berbalas, bila abang call ada saja alasan.....”
“ Tak ada apa-apa......” Aku berlalu ke ruang tamu bersama emak yang sedang melayan Fatin Harisa yang comel, secomel ayahnya! Kau terlalu tamak Rizal, kau dah ada Nurmi, isterimu dan juga rakan karibku, kau dah ada Fatin Harisa, apa lagi yang kau mahu dari aku?
“ Sayang..... ibu mana? Kerja ye?” Aku pasti Nurmi menjadi seorang guru, kerana sebelum aku membawa lara hati, Nurmi ke Maktab Perguruan! Fatin Harisa cuma senyum lalu mengelengkan kepala. Ku lihat wajah emak dan Rizal berubah. Kenapa? Salahkah aku bertanya?
“ Nurmi dah tak ada dik. Dia syahid semasa melahirkan Fatin,” Dan kenyataan itu sekaligus meleraikan pertanyaan di benakku apabila surat-surat abang Rizal sering bertandang sejak tiga tahun lepas! Fatin Harisa yang tidak tahu apa-apa ku peluk erat, anak ini tidak sempat melabuhkan kasih sayangnya pada seorang ibu. Nada dering lagu ‘Biarlah rahsia’ kedengaran sayup dari bilikku yang bertutup pintu, lalu aku meleraikan pelukanku pada anak kecil dan meminta diri ke bilik.
Skrin memaparkan ‘Ikmal’...... aku belum bersedia lagi..... berilah aku waktu........
Butang yang tertera gambar telefon berwarna hijau ku tekan.
“ Fatin, listen to me, why are you living without telling me nothing? I’m going mad because of ur missing.....”
“Ikmal.... give me some time....”
“ I know its hard for you, and me to..... but give me a chance to.....”
“Ikmal, I’m sorry.....”dan butang yang tertera telefon berwarna merah ku tekan. Maafkan aku Ikmal..... keadaan ini terlalu rumit... sehingga mindaku tidak mampu lagi bersoal jawab. Aku duduk di atas katil dengan menggenggam erat telefon di tangan.
Ikmal, seorang lelaki dari Kuala Lumpur yang ku kenali semasa minggu suai kenal di kampus. Kami hanya berlima dari Malaysia, dan aku satu-satunya wanita di antara mereka yang layak ku panggil adik, cuma seorang saja yang senior, Ikmal, lelaki yang berusaha keras untuk meletakkan dirinya setaraf dengan rakan-rakan sekerjanya di Kuala Lumpur. Aku kagumi semangatnya, aku hormati teguh jiwanya ,aku sanjungi semangat kekeluargaan yang menebal di dadanya, dan aku hargai kasih sayangnya........ tapi aku tidak dapat menerima keadaan itu.......... keadaan perit yang datang secara tiba-tiba..............
“Adik.......” Wajah emak di muka pintu ku pandang seketika!
“ Bagi Fatin tidur di sini ya, tengok-tengokkan dia, mak nak ke kedai.....” Gadis kecil yang comel itu diletakkan disebelahku, lalu ku dodoikan perlahan, bila badannya mula bergerak-gerak. Wajah emak ku pandang, dan pandangan emak yang penuh makna ku biarkan sahaja tanpa mentafsirnya! Bunyi pesanan ringkas dari telefonku membuatkan Fatin Harisa terjaga lalu segera ku dodoikan dan mata kecil itu tertutup semula.
‘Fatin, i need u to talk to me.... pliz! One more thing.... i miss u, a lot!’ Rindukah aku pada lelaki itu? Lelaki yang telah menjaga aku sebaik mungkin di rantau orang, menjadi pelindungku, menjaga sakit peningku, makan minumku..... menjadi tempat untuk aku mengadu, bermanja...... rindukah aku? Lelaki itu jugalah yang aku tinggalkan dalam persoalan apabila aku pulang sebelum konvokesyen..... tanpa pesan, tanpa titipan...... aku biarkan segalanya..... rindukah aku pada senyum mesra itu? pada usapan lembut di rambutku tatkala aku tidak lulus peperiksaan? pada tangan yang menyapu titis air di pipiku tatkala aku rindukan kampung halaman? Pada wajah yang terlena sewaktu menungguku mengulangkaji di perpustakaan? Aku tidak tahu................................ Oh Tuhan, berdosakah aku? Malam itu?
“Adik, malam esok keluarga mak long nak datang. Abang Rizal minta mak tanya adik dulu, kalau-kalau adik tak suka.....” Jantungku bagai di rentap perlahan...... abang Rizal? Wajah emak yang melabuhkan punggungnya ke atas katilku, ku pandang seketika.
“Bukan adik tak suka mak.... tapi tak boleh!”Namun kata-kata itu hanya di hatiku, bibirku bagai terkunci.
“Kesian budak ni dik, dia tidak tahu apa-apa tapi dia perlukan ibu....” Emak mencium pipi Fatin Harisa yang sedang lena. Sayang sungguh emak pada cucu saudaranya ini, mampukah aku meleraikan kasih sayang itu?
************************************************************************ Wajah mak long, pak long dan abang Rizal ku pandang penuh debar. Masih berbaki lagi sayang di hatiku ini abang Rizal dan empat tahun di rantau orang tak mampu untuk aku mengubat luka ini apatah lagi melupakanmu.... Aku tahu kau terpaksa mengahwini Nurmi dan aku tahu yang kau menyayangiku, cuma aku tak mampu menerima semua kenyataan pahit itu..... terlalu dalam luka itu..... usah diungkit kesilapan orang yang telah pergi, biarlah dia bersemadi dengan aman.
“Kenapa adik?” Air yang mula bergenang ku seka pantas.
“Adik, Pak Long tanya tu.....” Aku tekad. Aku bangun berjalan kearah empat pasang mata yang memandang tepat ke wajahku.
“Adik tak boleh terima abang Rizal, Mak Long, Pak Long.... adik tak boleh.....” Deru kereta kedengaran dari luar rumah. Aku harap ia akan meleraikan segalanya!
Wajah abang Rizal yang tidak puas hati ku pandang sekilas sebelum berjalan membuka pintu depan rumah.
“Assalamualaikum!” Ada tiga susuk tubuh berdiri di muka pintu. Semua yang ada bersalaman. Ikmal memandangku dan pandangannya beralih ke arah abang Rizal. Dia kenal abang Rizal, sangat mengenalinya dari cerita dan gambar-gambar yang ku tunjukkan.
“ Fatin, ini mak dan abah!” Aku mencium tangan kedua tetamu yang belum pernah ku temui itu. Ku pandang emak, mak long, pak long dan abang Rizal yang tidak berkata apa-apa!
“ Ini Ikmal mak, suami adik...” Semua mata memandangku....
“Macam ni kak, ini semua bukan salah mereka..... fitnah... dan mereka di paksa kahwin.....” Suara ayah Ikmal menceritakan segala-galanya tenggelam timbul dalam mindaku....... aku keliru tapi baru sebentar tadi aku mula berfikir dengan waras....... mungkin sudah jodohku.......
“Adik, cium tangan suami adik......” Air yang bergenang gugur lagi tatkala hidungku menyentuh tangan mulus Ikmal....
Maafkan adik abang Rizal kerana membiarkan harapan itu bertunas kembali... bukan niat membalas dendam, bukan niat menuntut pembelaan tapi... kenyataan tetap kenyataan..... dan aku cuma memandang tanpa tafsiran tatkala abang Rizal bersalam dengan suamiku, Ikmal!
0 ulasan:
Post a Comment