MAKARONI CHEESE ALA WESTERN

Jamuan Birthday Gegirl... pakat2 dengan rakan sekerja yang sama birthday bulan Oktober, buat jamuanlah kononnya sambut birthday gegirl... eheheh, seronok juga tua2 sambut birthday.... Happy birthday untuk Kak Zunainah n my twin kat sekolah, Fazlina. Kak Na Teacher, Zahnim dan Kak Rahimah juga berkongsi birthday bulan yang sama. Jamuan kali ni special, ada nasi dagang, pulut kuning rendang ayam, laksa dan laksam kelantan (terima kasih Lily), puding2 dan agar-agar (terima kasih geng2 makmal sains SYP2), serta makaroni bakar special.....

Kek coklat aiskrim macam kat secret recipe....
Order kek dari sepupuku, Mek Ja (http://damya-delights.blogspot.com/), memang sedap giler. Lepas try, pakat order untuk hari raya haji. Actuallynya sepupu saya ni dah lama buat kek ni. Macam-macam ada. Kalau nak order, silakan ke blog dia macam alamat di atas.
Okay, alkisahnya, masa jamuan tu pakat minta saya buatkan makaroni bakar ala-ala western gitu. Yang jadi ala-ala western tuh sebab letak oregano, mentega dan keju. Macam pizalah jugak.
JOM tengok resepi....

MAKARONI CHEESE ALA WESTERN (Bahasa bercampur-campur)

letak apa saja yang ada dalam peti ais untuk lauk pauknya...
BAHAN-BAHANNYA
1/4 kg makaroni - direbus dengan sedikit minyak hingga kembang dan masak
1 peket daging cincang Ramly/ Saudi atau cincang sendiri
5 biji sosej
Udang*
Ayam*
Cendawan Butang
Capsicum hijau/ merah/ kuning
Daun bawang
Daun sup
Lobak merah (mayang halus)
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar Cina (kulit warna kuning oren)
5 ulas bawang putih
2 sudu teh oregano
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar pati ayam
1 sudu teh sos lada hitam*
Keju mozarela/ parmesan secukupnya
8 biji telur
300 ml susu segar
2 sudu tepung gandum/ tepung jagung
serbuk lada putih dan garam gula secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan mentega, tumis bawang besar dan bawang putih yang dicincang hingga wangi. Masukkan daging, sosej, ayam atau udang. Masak dalam 5 - 10 minit hingga daging masak.
2. Masukkan sos tiram, oregano, pati ayam, sos lada hitam garam dan gula secukupnya. (Berhati-hati dengan garam sebab pati ayam sudah masin)
3. Tutupkan api. Gaulkan makaroni yang telah direbus dan di toskan  tadi.
4. Masukkan semua sayuran dan gaul sebati.
5. Dalam bekas yang lain, campurkan susu, tepung, telur dan serbuk lada sulah. Kacau dengan whisk hingga sebati.
6. Ambil dulang pembakar. Letakkan 1/3 campuran makaroni tadi. Lapiskan dengan keju parut. Letakkan 1/3 lagi campuran makaroni. Lapiskan dengan keju parut. Ratakan dengan 1/3 lagi campuran makaroni. Tuangkan campuran susu dan telur tadi hingga menenggelamkan semua campuran makaroni. Akhir sekali taburkan keju parut.
7. Bakar dengan suhu 190 - 220 celcius selama 45 minit.
8. Sedap di cecah dengan sos cili atau sos cili thai

* Boleh aje di campurkan dengan sebarang makanan laut, isi ketam, sotong, udang, fishball, fishcake, nugget dan lain-lain. Nampak macam remeh. Sebenarnya bukan remeh, cuma banyak bahan digunakan. Sebab tu ianya sedap dan berkhasiat. Anak-anak memang sukakannya sebab rasa creamy campuran susu, dilapiskan pula dengan keju, fuhh... abih kantoi diet! Lebihkan sayur-sayuran sebab rasa sayur tu sudah berkurangan bila dicampur dengan pelbagai bahan. Bagus untuk anak-anak yang kurang makan sayur. Anak saya memang kurang makan sayur tapi makaroni ni boleh habiskan dua tiga ketul!

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails