PUDING JAGUNG LAPIS PANDAN!!

Biasalah bila Che Sue si Cupie tu balik, banyaklah benda yang nak dibuat. Baiki alarm kereta, bonet kereta takleh bukak, nak beli tudung bawal, nak sambal daging dan lain-lain (saya dulu2 pun macam tu jugak). Sesekali balik kampung kan!

BAZAR TOK GURU! Ni kali kedua singgah. Memanglah, kata orang tak kenal maka tak cinta. Lebih murah dari Rantau Panjang, terutamanya blaus, kain pasang dan yang terpenting tudung bawal! Mulanya sekadar singgah je nak tengok2 ngan Che Sue ngan Ma ngan Cupie kan... biasalah orang pompuan terbelilah pulak. Lokasinya berhampiran Perpustakaan Awam Kota Bharu. Dekat dengan kompleks mahkamah, balai polis, pejabat pos.....
Bazar Tok Guru
Sebenarnya bukan isu Bazar yang nak diceritakan ni. Balik je dari membuat tugasan2 Che Sue dan Ma dan diri sendiri, dah dekat Maghrib. Tengok dalam almari ada jagung dalam tin. Al-kisahnya Che Sue nak jumpa kawan2 lama so nak bagilah 'something' kat dia orang. Maka terjadilah.... Puding jagung ala-ala jatuh dengan lapis pandan gitu. Gambar ni sebenarnya bercampur-campur dengan gambar yang diambil beberapa bulan lepas... hihi... Selamat mencuba!

PUDING JAGUNG LAPIS PANDAN
Ada jagung ala-ala jatuh gitu.
Lapis 1
1 tin jagung krim/ jagung manis
Lima sudu besar penuh tepung kastad bird
1 kotak santan kara (250ml)
Secubit garam
3 cawan air
1 cawan gula

Lapis 2
1 bungkus serbuk agar-agar (10g)
1 tin susu cair (500ml)
300ml air pandan
¾ cawan gula
Perisa dan pewarna hijau pandan
secukupnya.



CARA MEMBUATNYA:
1.     Lapis 1: Masukkan semua bahan ke dalam kuali/ periuk dan kacau. Bila agak sebati, hidupkan api dan kacau terus hingga meletup-letup. Tuangkan ke dalam dulang. Ketepikan.
2.     Lapis 2: Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga mendidih.
3.     Gunakan garfu dan gores-goreskan di atas kastad jagung. Ambil senduk dan sendukkan lapis 2 perlahan-lahan ke seluruh bahagian kastad tadi. Biarkan mengeras barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Real tak jagung tu??

* Puding ini saya sering sediakan bila ada jamuan di sekolah. Pelajar-pelajar saya menggemarinya kerana walaupun rupanya tidaklah menarik, tapi rasanya berkrim. Jika rasa malas, buat saja kastad jagung, sudah memadai. Tujuan menggores kastad jagung ialah supaya agar-agar pandan melekat dengan kastad jagung.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails