ASAM PEDAS IKAN PARANG, DAGING KUNYIT DAN SAYUR CAMPUR TOFU TELUR

CUTI!
Tinggal lagi sehari, esok!
Time cuti, memang kerja saya, nak masak apa ya hari ni? hahhaha
Kelmarin buat nasi kerabu, masih ada balance daun kesom ngan bunga kantan. Terbayang-bayang dah asam pedas ikan parang.... fuyooo...

Pergi pasar Berek 12 tadi. Biasalah, kalau ke pasar, pecah je duit RM50, pasti abih punyer. Semua benda nak beli. Kononnya buat stok! Ayam sekor dah RM15, daging sekilo RM18, sayur mayur dekat RM10 dah, santan sekilo RM8, nasi berlauk pagi untuk 4 orang dah RM10, ikan parang RM12, ikan kerisi RM10, ikan keli RM5... mujurlah bawak spare duit tadi... macam tulah tahap kehidupan di Kota Metropolitan Kota Bharu ni.... tapi tak apa, kalau kita ikhlas berbelanja untuk keluarga, Allah akan limpah kurniakan lebih banyak rezeki untuk kita. Amin!


Ada 4 menu makan tengahari:
1. Asam pedas ikan parang
2. Daging goreng kunyit
3. Sayur campur tofu telur
4. Ikan keli goreng (Untuk Cupie, beli yang dah siap buh garam kunyit, balik goreng je)

ASAM PEDAS IKAN PARANG



BAHAN-BAHAN:
Bahan kisar:                             5 keping ikan parang
8 biji bawang merah                  7 tangkai daun kesom
4 ulas bawang putih                 1 tangkai bunga kantan
1 inci halia                               1 biji timun batang
10 biji cili kering                       air asam jawa secukupnya
1 sudu belacan                          garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:
1.     Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Hendaklah sentiasa di kacau.
2.     Masukkan dua cawan air dan biarkan ia mendidih.
3.  Masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun
3.     Akhir sekali masukkan ikan dan perasakan dengan garam dan gula.

**
Resepi ini saya dapat dari kak Azah, rakan sekerja. Asam pedas dia, Ummph, hirup sampai ke titisan terakhir. Senang je cuma pastikan semasa menumis, biarkan bahan kisar tu sampai betul-betul pecah minyak. Kalau asam pedas semalam yang dipanaskan balik, lagi best, mungkin sebab ianya dah cukup sebati! Semua ikan yang banyak isinya sesuai untuk di asam pedaskan! 

DAGING GORENG KUNYIT

favourite cupie
BAHAN-BAHAN:

          ¼ kilo daging batang pinang di potong nipis memanjang
          2 biji bawang besar
          2 biji cili merah/ hijau
          2 sudu kecil serbuk kunyit
          Garam dan serbuk perasa
          ½ senduk minyak masak

CARA MEMBUATNYA:
1.     Masukkan daging dan secawan air serta serbuk kunyit. Panaskan kuali, rebus daging sampai airnya hampir kering/empuk.
2.     Masukkan minyak dan semua bahan yang lain. Goreng hingga masak.

**

Bila dah buntu tak tau nak masak apa, inilah masakan yang timbul di minda. Jika hendakkan rasa yang sedikit manis, gantikan serbuk kunyit dengan sedikit sos tiram dan kicap lemak manis. Bagi anak saya, kalau dapat daging kunyit masakan mama, lauk lain dah tak di pandang!

SAYUR CAMPUR TOFU TELUR 

Favourite Ma Dan Abah
BAHAN-BAHANNYA:
          1 paket tofu telur                               ½ cawan brokoli
          5 biji cendawan butang                      3 biji anak jagung
          ½ cawan isi ayam                               ½ cawan kobis bunga
          1 batang lobak merah                          1 biji bawang besar
          4 ulas bawang putih                           2 sudu besar sos tiram
          Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA:
1.     Panaskan 1 sudu minyak, tumis bawang putih dan bawang besar yang sudah di mayang hingga wangi. Masukkan isi ayam.
2.     Masukkan sos tiram dan sedikit air. Perasakan dengan garam
3.     Masukkan sayuran. Kecilkan api dan tutup kuali. Tutupkan api, jangan sampai sayur terlalu layu.

*Sesuai untuk sesiapa yang berdiet sebab kalorinya rendah serta kaya dengan serat dan vitamin!

SELAMAT MENCUBA

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails