Pagi kelmarin, pukul 8 pagi kami dah terpacak kat kawasan perkuburan Che Latif. Saya, anakanda Cupie, ma, Pakcik dan makcik2 saya. Sedihnya bila tengok rumput rumput, pokok semalu, lalang semuanya dah tinggi-tinggi, sampai jalan laluan nak ke kubur saudara mara pun dah tertutup hampir sepenuhnya.
Belakang kawasan perkuburan tu ada sekolah rendah dan kawasan perkuburan tu pula, berhampiran dengan jalan raya. Kiranya kawasan laluan ramai tapi kenapa harus terjadinya seolah tiada penjagaan. Menurut makcik saya yang bekerja di sekolah rendah belakang kubur tu, dia selalu juga upah orang mesin rumput dan meracun kawasan tu tapi disebabkan kawasan perkuburan yang sangat besar dan luas, sekejap je semak samun tu tumbuh semula.
Sekarang ni bukan nak bercerita pasal semak samun, tetapi mengenai ziarah kubur.
Saya mengaku, saya pun sekarang ni dah jarang sangat ke kubur arwah suami dna datuk nenek saya. Semuanya kerana urusan dunia. Memanglah orang kata tak apa kalau tak ziarah, kita baca Yaasin kat rumah pong sampai kat arwah... betul, saya tak nafikan tapi analoginya macam jugak kita bertanya khabar saudara mara, kalau kita telefon, kita tanya khabar jugakkan, sampai jugak perkhabaran, tapi kalau kita ziarah rumah dia, bukankah itu lebih afdal?
Sedih bila tengok banyak kubur2 yang dah senget, lalang tumbuh macam dah lama ditinggalkan... tapi bila baca tarikh kematian tu, tak sampai pun setahun!
Paling sedih bila Cupie tengok kubur2 tu dia pun tanya "Mama, tak ada anak ke orang yang dok dalam kubur tu?" Tok ma yang dengar sengih je. Maka kami pun sempatlah bergotong royong sekejap bersihkan mana2 yang patut tapi sempat untuk kawasan perkuburan saudara mara kami je lah. Kubur arwah abah Cupie pun dah banyak pokok2 yang tak diingini mengelilinginya. Sedih sangat rasanya.
"Maafkan saya bang, sebab dah lama tak ziarah kubur abang!" Patutlah dalam beberapa minggu ni banyak kali juga arwah muncul dalam mimpi saya walaupun sekadar menjadi pelakon tambahan! Mungkin itu adalah tanda 'rindu'nya dia pada sedekah2 ayat-ayat suci Al-Quran dari saya untuknya dan 'rindu'nya dia untuk mengetahui bahawa keluarganya masih sayangkan dia dengan menziarahi makamnya!
"Maafkan saya, bang!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment