Seperti dijanji! Roti kacang dan mentega vanila

Roti bun yg bulat tak berapa nak bulat!
Resepi ni diadaptasikan dari resepi di Myresepi! (Mexican Bun)

BAHAN-BAHAN

FILLING
1. Inti kacang merah (ada dijual dikedai bahan2 kek)
2. 3 sudu bsr mentega, 3 sudu bsr gula perang, 1 sudu kecil esen vanila di pukul sebati (guna whisk) dan disimpan di dalam peti sejuk hingga diperlukan

DOH ROTI
-  500g tepung berprotein tinggi
- 75g gula kastor / gula biasa pun ok
- 20g susu tepung
- 250 ml air (kalau guna susu segar tak payah letak susu tepung)
- 60g mentega (dilembutkan - letak je dalam microwave 2 minit dah ok)
- 1 biji telur
- 2 sudu kecil bread improver n bread softener
- 3 sudu kecil yis (satu plastik pun ok)

CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker dan tekan butang (bread dough). Tunggu hingga siap.
2. Keluarkan doh dan tumbuk tumbukkan untuk mengeluarkan udara didalam roti
3. Bulat-bulatkan  ikut suka.  Biarkan selama 30 minit
4. Ambil sebiji, leperkannya, letak inti dan tutup kemas.
5. Sapu dulang roti dengan mentega dan susun doh jangan terlallu rapat.
6. Sapu doh roti dengan mentega cair untuk kelihatan berkilat atau spau dengan campuran telur dan mentega untuk lebih rangup!
7. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak lebih kurang 15 - 20 minit

doh yg dibulat2kan selepas di tumbuk

Leperkan doh

Masukkan inti sebanyak mana pun

Tutup doh dengan kemas

Bulatkannya dan jangan biarkan inti meleleh keluar

Susun di atas dulang pembakar yang dilengser mentega

Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 C


Senang je kan?
 Ini hasilnya, gebu dan sedap!!!!

Inti kacang... bes jugak! lembut di dalam, garing diluar

Inti mentega vanila






0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails