Mmm... first time, saya langgan Astro First... gara-gara Ombak Rindu!
Fuh... untuk membaloikan pengorbanan saya melanggan Ombak Rindu... saya telefon sedara mara ajak datang rumah tengok wayang! Dan saya sendiri... adalah dalam 4 kali jer...
Waduh2 jatuh cinta bangat dengan Tuan Haris... Ceritanya kita dah tahukan... maksud saya jalan cerita... tapi bila dijadikan filem... feel tu lagi terasa... hahahha tapi nak kata sedih sangat tu tak adalah sedih sangat... setakat merah2 mata tu adalah... may be sebab tengok ramai2 kot!
Okay... sementara nak tengok Ombak Rindu lepas tu ramai sedara yang datang... saya pun sempatlah buat kuih dua bekas lagiks... Ini kali ketiga saya buat kuih ni yang saya adaptasikan dari buku resepi Chef Liza...
Setakat ni lah, resepi2 dalam buku resepinya yang mudah tu menjadik....
Jom tengok resepi SERI MUKA
BAHAN-BAHANNYA:
LAPISAN PULUT
2 cawan beras pulut
2 setengah cawan santan cair + sedikit garam
LAPISAN HIJAU
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air tapisan pandan
1 sudu teh pewarna hijau
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu teh garam
CARA MEMBUATNYA:
1. Basuh beras pulut dan rendam dalam air panas sekejap. Toskan airnya
2. Masukkan beras pulut dan santan ke dalam loyang dan kukus hingga masak.
pulut dikarih2 agar masak serata |
Gunakan plastik dan tekan pulut sehingga padat |
Taburkan sedikit tepung gandum agar lapisan atas tidak meresap masuk ke dalam pulut apabila dikukus |
4. Gunakan kuali tidak lekat dan panaskan hingga suam-suam kuku. Perlu sentiasa dikacau
5. Tuangkan ke atas pulut tadi. Kukus hingga masak. 1/2 jam - 45 minit
Panaskan di dalam kuali tidak lekat |
tuangkan ke atas pulut dan kukus semula hingga masak |
Macam ok jer |
Sekejap je abih! |
So creamy... Cubalah.... |
0 ulasan:
Post a Comment