Kerabu...
Semua jenis kerabu saya suka. Syaratnya jangan letak taugeh, kacang botol dan kacang panjang mentah. Sayur lain, ok. Kalau yg dah di masak macam goreng ke, letak dalam sayur lemak ke, saya ok je... Entahlah, kalau ada yang tanya kenapa tak makan sayur2 tu... jawapan saya... sebab dia rasa tanah! hihi... Kalau beli nasi kerabu ke, atau laksam, laksa ke mesti saya jenguk dulu apa yg dia orang letak dalam ulam tu... kalau ada taugeh dan rakan2 di atas tu, memang sy tak suruh letak langsunglah ulam..
Ok, panjang pula Set Induksi ni... sebenarnya nak cerita tentang kerabu megi jer pong....
Kerabu megi ni first time saya makan masa ke rantau panjang, al kisahnya dah lamalah... 4-5 tahun lepas. Tu kira kerabu megi yg sedaplah. Lepastu masa mula2 Pasar Berek 12 yang baru dibuka, ada satu gerai kecil kat tingkat atas, bahagian makanan tu, jual kerabu megi seafood. Masa tu harga RM10 kira mcm mahallah jugak kan tapi dia punya udang, sotong, ayam, ball2 tu, memang menggiurkan. Jadi, lepas tu saya mulalah tanya resepi dgn kawan2, google dan reka sikit2 maka terhasillah Kerabu megi kebabom yg sedap walllaaaa.... Syaratnya, mesti ada megi siam yg warna merah tu. Kalau tak ada, tak kick megi kerabu kita.
Jom roll on resepi...
·
Megi siam warna merah
·
Udang
·
Sotong
·
Sebarang ball2, jejari
ketam, sosej dll
·
Salad
·
Kobis
·
Tomato
·
karot
·
Cili padi
·
Limau nipis (jika perlu)
·
Sos nampla
·
Gula kabong (gula siam)
CARA
MEMBUATNYA
1.
Rebus udang dan sotong
secara berasingan hingga masak. Masa rebus letak sedikit secukup rasa
2.
Celur segala ball2, jejari
ketam, sosej dan lain-lain
3.
Hiris semua sayuran.
Tomato buang bijinya. Cili padi potong kasar. Jika suka pedas, pecah2kannya
dengan pisau.
4.
Celur megi siam, jgn
terlalu lembik. Semasa tengah panas lagi megi tu, masukkan ½ perencahnya dan semua bahan. Letakkan sedikit
sos nampla, dan sedikit gula kabong. Perah limau jika nak lagi masam. Gaul sebati dan rasakan masam masinnya.
Masukkan sedikit air rebusan udang. Sedia dihidangkan. So tempting!
waaa... terliur tak? setiap kunyahan terasa nikmatnya versi jimat lauk... hihi
** jangan letak semua perencah nanti masin sangat. Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment