Cupie kata, karipap ikan emas mama... hahaha mama ak reti nak klim weh...tekan ngan garpu je, ala2 karipap IKEA gitu |
Karipap ni ada banyak jenis dan banyak versi. Ni versi yg saya selalu buat (perlukan tahap kerajinan yg tinggi esp bab nak men'gulit'kan karipap ni)
Saya suka makan karipap, dan ianya favourite abah dan cupie juga. Masalah saya satu je, tak reti nak klim tepi dia tu. Guna acuan pon asyik terbuka je... teruk betul kan...
so terhasillah karipap giant ala ikea ni. Tapi, guna resepi doh karipap ni, memang sangat rangup dan sedap. lepas tu inti pulak letak daging banyak2. letak plop telur rebus. Cupie kata, tak tahulah nak jual berapa ringgit sebijik, mewah sangat karipap mama ni... hadui...bila masa pulok aku nok bukak order... nak buat ni pon, punyalah berchenta (bak kata orang Perlis)....
UNTUK DOH
·
500g tepung gandum
· Dua senduk/ setengah cawan minyak masak panaskan hingga mendidih dengan 2sd marjerin.
·
Satu mug air ais dilarutkan dgn ½ sd
garam halus
KAEDAH
1.
Masukkan tepung dalam bekas.
2.
Masukkan minyak masak dan marjerin dicairkan,
dalam tepung.
3.
Kacau dengan senduk dulu sebab panas
4.
Uli doh dengan masukkan air sedikit demi
sedikit hingga tepung
tak melekit di tangan. Guna tangan
sahaja sebab dah tak panas.
5.
Simpan sekejap doh sebelum dicanai dan
dimasukkan inti (letak dalam peti ais pun boleh)
INTI KARI DAGING
BAHAN-BAHAN
·
Daging 250g (direbus dgn sedikit garam)
·
3 biji kentang
·
3 biji keledek
·
2 sdb rempah kari daging/ ayam
·
3 bji bawang merah
·
2 ulas bawang putih
·
1 biji bawang Holland (optional)
·
Daun sup
·
Garam dan gula
CARA MEMBUATNYA
1.
Dadu kentang dan keledek dan rebus
separuh masak. Toskan
2.
Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang
merah dan putih yg dicincang halus
3.
Masukkan daging yang didadu/ cincang/
hiris kecil, kentang dan keledek, serbuk kari dan sedikit air rebusan daging,
gaul hingga sebati dan agak kering
4.
Perasakan dengan garam dan gula serta
daun sup yang dicincang halus. Masukkan bawang Holland yang didadu jika suka.
Masak hingga sebati.
5.
Sejukkan sebelum di letak dalam doh karipap
6.
Ambil doh yang dicanai, letak inti dan
telur rebus yang dihiris bulat. Sapu sedikit telur putih dikeliling karipap,
lekatkan dan tekan dengan garfu (sebab saya tak pandai kelim so saya buat besar
macam karipap dekat IKEA tu…..)
** Karipap ni wpon tak comey sangat tapi sedap sebab inti
banyak daging, ada telur. Kulit dia pulok rapuh dan rangup. Simpan lama pon tak
ilang rangup dia. Kalau nak frozen, goreng je sekejap bagi perang, toskan dan
sejukkan dan letak dalam plastic, frozenkan!
first try nak klim kononnya... |
No comments:
Post a Comment