Kek pisang ni pada mulanya saya tak suka sangat makan. Saya lebih suka makan jemput2 pisang sbb rasa pisangnya menerjah deria rasa tapi.....
Mula2 makan kek pisang ni kat sekolah. Cg Hasnah, rakan seperjuangan suka duka yg saya anggap macam kakak saya, dialah yg mula2 bawa ke sekolah. Sedap wei... kemudian saya bawa balik. Ma kata sedap sangat. Saya pun googlelah cari resepi. Ada banyak version tapi version Aziekitchen dan Che Nom yg paling umpphh. Saya pon godek2 n ubahlah sikit2 ikut kesesuaian.
versi letak kacang sebaga toping |
Bahan A ayak:
2 cawan tepung
gandum
1 sudu kecil
baking powder
1 sudu kecil soda
bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
Bahan B (diblend):
1/2 kg pisang masak tanpa kulit
1 cawan minyak jagung
½
cawan gula kaster
½ cawan gula perang
3 biji telur gred A
Cara cara:
Tuang bahan A ke
dalam B sedikit demi sedikit sambil dikacau rata secara kaup balik supaya
tepung tidak berketul.
Tuang adunan ke dalam bekas cup cake atau loyang yang telah dialaskan dengan baking paper. Tak nak alas, boleh sapu mentega dulu rata2 kat loyang tu.
Tabur badam hiris,
susun pisang yang dihiris mengikut yang disukai. Nak letak choc chip pun boleh.
Bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga masak atau sehingga ianya tidak melekat pada lidi.
yang ni terlebih garing sikit tapi bila potong kek tu, tetap moist dan sedap, lembut sangat |
Saya dah banyak kali repeat buat ni. Asal ada pisang je kat rumah, terus buat. Bahan pon yg memang sedia ada kat rumah. Cubalah!
No comments:
Post a Comment