Kalau terjemahkan ke Bahasa Melayu.... Puding coklat cadbury dengan buah2an segar!
MAMAMIA.... sukalah kat cekelat nih..... |
Al-kisahnya, saya buat puding lapis coklat lepas tu coklat masakan tak mencukupi, so ternampaklah coklat cadbury si Cupie dalam peti ais, so saya pong buhlah coklat tu. Kebetulan pulak terlebihlah sikit tang lapis coklat tuh so saya buh dalam bekas laing dan saya susun buah-buahan segar cam strawberry, kiwi, anggur, peach, laici, pear dan lain-lain. Bila dah siap dah keras, saya terbalikkan dia... fuyoooo... cantiklah pulak sebabnya warna coklat tuh tak menyerlah sangat so buah-buahan tuh nampaklah...
letak buah-buahan ni, potong, hiris dan susun ikut kreativiti.... |
Puding ni kategori puding mewah jugaklah sebab coklat cadburykan mahal... lepas tu kena letak susu segar dan susu cair dalam kuantiti yang agak banyak dari puding biasa.... Di campurkan pula dengan buah-buahan yang agak mewah jugaklah kan... eheheh. Mula tu memang ingat nak buat untuk makan-makan biasa je... masa raya, masa parti hari jadi Cupie, masa jamuan sekolah ke... pastu ada orang tempah... tempah pulak untuk hantaran kahwin! Pening jugaklah memikiorkannya....
Okay... kita tengok hasil-hasilnya....
teng terenggggggg....
Ni masa mula-mula buat.... cam okay jer kan! |
sehiris puding ku.... |
belum dihias lagiks nih... |
terlama sikit letak kat kawasan beriklim agak panas.... kena buh dalam peti ais baru okay! |
nak bagi nampak mewah... |
NAK RESEPI?
Okay... jom....
BAHAN-BAHANNYA:
13g serbuk agar-agar (sepaket)
1 tin susu cair (400ml)
250ml susu segar full cream (kalau rendah lemak, kurang lemaklah rasanya)
1 paket kecil coklat cadbury
100g coklat masakan
gula secukupnya
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung jagung
250ml air
hirisan buah-buahan segar (strawberi, kiwi, peach, angur dsb)
Sedikit coklat emulco jika suka
CARA MEMBUATNYA:
1. Masukkan agar-agar, susu, gula dan air, masak hingga mendidih
2. Masukkan kepingan coklat. kacau dengan menggunakan whisk tanpa henti hingga coklat cair sepenuhnya
3. Bancuh kuning telur, tepung jagung dan sedikit air. Kocoh2kan lalu tuang ke dalam adunan tadi
4. Rasakan manisnya dan kacau hingga mendidih.
5. Basahkan loyang dengan sedikit air (tujuannya agar senang di terbalikkan puding bila keras nanti)
6. Susun hirisan buah-buahan ikut kreativiti.
7. Dengan menggunakan senduk, tuangkan sedikit demi sedikit hingga menutupi hirisan buah tadi. Biarkan mengeras seketika barulah di tuang sedikit demi sedikit hingga habis. Tujuannya agar buah-buahan tadi berada di bahagian bawah dan tidak terapung. Bolehlah diletakkan buah-buahan di dalam puding juga jika mahu...
8. Keraskannya di dalam peti ais barulah boleh diterbalikkan
9. Hiaskan dengan buah-buahan dan hirisan coklat jika mahu
Selamat Mencuba!
0 ulasan:
Post a Comment