UMRAH - MADINAH (2)

Salam
Cuti sekolah, biasalah banyak kenduri maka makcik Tehah pong banyaklah jugak menyebuknya... dengan puding, dengan pulut kuning dan makan beradapnya!

Okay, harini saya nak berkongsi pengalaman, sambungan dari entry saya sebelum ni. Umrah dan ziarah di Madinah.

Hari kedua, kami ada ziarah. Jadi pada pukul 8 pagi, semua perlu bersiap dan 8.30 pagi bas akan bertolak, tapi biasalah, bila dah ramai, macam2lah hal dan karenah, namun Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kali ini seorang pelajar Malaysia dari Universiti di Madinah yang sedang menyambung Ijazah Lanjutan, akan menemani kami sebagai Mutawwif. Maaf, saya dah lupa namanya tapi wajah beliau yang jernih dan cara beliau bercerita dengan detail dan lengkap, sungguh berkesan di hati kami. Saya masih ingat beliau berkata yang beliau berdoa agar beliau meninggal dunia di Madinah! Kenapa ya? Sebabnya, Nabi S.A.W pernah bersabda yang Kota Madinah ialah tanah haram yang di dalamnya, terdapat perkuburan orang-orang yang salih dan mati syahid. Jika kita dikuburkan di tanah yang baik dan mulia dan kita pula adalah dari golongan yang baik maka pahala amalan kita di dunia akan digandakan. Jika kita dikuburkan di samping orang-orang yang salih, maka kita akan mendapat kebaikan darinya. Wallahuallam.
Dalam sebuah hadith Nabi SAW ada disebut:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.”

Tempat pertama yang kami ziarah ialah Masjid Quba. Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Diriwayatkan yang Rasulullah sendiri mengangkut batu bata hingga bongkok badannya untuk membina masjid Quba. Apabila sahabat lain mahu menolong, Rasulullah SAW menolak dan meminta sahabat membuat kerja lain bagi membangunkan masjid. Wallahuallam. Kelebihan solat di Masjid Quba ialah seperti melaksanakan satu umrah!
 Rasullullah SAW bersabda yang maksud nya  " sesiapa yang berwudhuk dirumah nya , kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, akan di beri ganjaran pahala sama seperti pahala menunaikan umrah "

Menurut sebuah hadith Sahih daripada Tirmizi , " melakukan solat di dalam Masjid Quba' adalah sama dengan melakukan Umrah "

Inilah Masjid Quba, ni sisi belakang rasernya
Adik sempat amik gambar. Saya tolong snapkan jer!
Ini gambar saya amik dari internet
Kami sempat solat tahyatul masjid dan solat sunat Dhuha. Kemudian kami ke masjid Qiblatain. Di masjid ini kami tidak berhenti untuk solat kerana mengejar masa Kami sekadar lalu untuk melihat Masjid sahaja. Masjid ini dipanggil Masjid Qiblatain kerana di Massjid ini Rasulullah SAW mengimamkan solat Zohor berkiblatkan baitul Muqaddis. Di rakat kedua, turun ayat
".. Maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke arah kiblat yang kamu sukai, oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.. "  Surah Al-Baqarah : 144.
maka, Rasulullah memusingkan badannya ke belakang diikuti dengan sahabat-sahabat yang lain. Sebab itulah masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain iaitu masjid dua kiblat.
Masjid Qiblatain
Seterusnya kami meneruskan perjalan ke kebun kurma yang di belakangnya tersergam bukit Uhud. Pada musin sejuk, kurma tidak berbuah, jadi kami hanya dapat mengambil gambar dan dengan pokok-pokok yang kelihatan seperti pokok kelapa sawit di Malaysia. Sempat jugaklah memborong!
Bermacam jenis kurma mengikut grednya. Yang paling mahal tentlah kurma nabi/Ajwa
Bersama adinda
Pintu masuk
Berfoto ngan adinda
cupie n tok bah
Seterusnya kami ke Perkuburan Baqi. Di sini hampir 20 minit juga Ustaz menceritakan tentang sejarah perkuburan Baqi.
Perkuburan Baqi ni berlatarbelakangkan jabal Uhud
With bonda
Pakat berspek hitam... silau!
Perkuburan Baqi yang dipagari
Ayahanda n bonda di tepi pagar perkuburan Baqi
Dahulu, perkuburan ini tidak dipagari tetapi bila ada unsur unsur khurafat, maka ianya di pagari dan kami hanya boleh mengintai perkuburan sahabat2 yang syahid ini dari cermin sahaja. Diriwayatkan bahawa, orang yang mati syahid tidak mati. 
Orang-orang yang termasuk golongan yang meninggal dalam keadaan syahid telah dijelaskan dalam dalam Al-Quran dan hadis, adalah sebagai berikut:
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171)


Kami berada di Madinah selama 3 hari sahaja. Hari terakhir, kami membuat ziarah Wida' iaitu ziarah Selamat Tinggal. Kami di bawa oleh seorang lagi penuntut Malaysia di Madinah. Mulanya bila lihat Ustaz yang muda dan agak rock juga dengan rambut yang agak panjang dari Ustaz biasa. Muka pula ala-ala Korea... tapi bila dia bercakap, MasyaAllah, banyak dan tingginya ilmu yang ada pada pemuda semuda itu, kalau tak silap umur beliau baru 28 tahun.  Kami memulakan ziarah di luar Masjid Nabawi.
Kami dibawa mengelilingi Masjid Nabawi.
Ukuran keluasan Masjid Nabawi selepas pembesaran terakhir ialah ; tingkat bawah seluas 98,500 m persegi,boleh menampung seramai 167,000 jemaah dan tingkat atas seluas 67,000m persegi,boleh menampung seramai 90,000 jemaah.Jumlah keseluruhannya ialah 165,500m persegi dan boleh menampung lebih kurang 257,000 orang jemaah.Masjid Nabawi sekarang mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 buah kamera bagi mengawal keadaan di luar dan dalam masjid,4 buah eskalator dan 18 buah tangga biasa. (saya amik dari blog sinar rasul)

Boleh anda bayangkan seluas manakah ia? Walhal kalau lambat setengah jam pun kita dah tak boleh masuk untuk solat di dalam masjid. Berapa ramaikah umat Islam yang bersolat di Masjid Nabawi.Wallahuallam. 
Kami di bawa melusuri hingga ke pintu Babul Salam, yang dikatakan Malaikat Jibril selalu menggunakan pintu ini untuk bertemu Rasulullah SAW. Kemudian kaum lelaki dapat masuk ke kawasan makan nabi dan kaum wanita hanya lalu sahaja dari luar masjid. Makam Nabi di atasnya di letakkan kubah hijau sebagai penanda. Kemudian kami berhenti di hadapan pintu dan berselawat. Bak kata Ustaz, teknologi Allah ini tak terjangkau di akal manusia, kita boleh berselawat di mana-mana dan Nabi SAW akan mendengar selawat dan salam kita. Allahuakbar!
Satu lagi kata-kata Ustaz yang saya ingat. Ada satu teknologi Allah iaitu jika kita berdoa dan membaca Al-Quran untuk si mati walaupun dalam dunia berbeza, Insyaallah akan sampai! Teknologi wayarless tanpa sempadan! Lupa nak berongsi, di Madinah waima di Mekah sekalipun, setiap kali selepas solat fardhu, pasti ada solat jenazah. Purata orang meninggal di Madinah ialah 20 orang sehari! Wallahuallam!

Nanti saya akan berkongsi pengalaman di Mekah pula ya. Semoga bermanfaat!


Persekitaran luar masjid, masih di dalam pagar masjid. Menurut Ustaz, hotel dan bangunan di luar masjid akan dirobohkan untuk projek pembesaran kawasan masjid nanti!
Kalau kita solat, kemudian melangut ke atas, beginilah rupanya bumbung perkarangan luar Masjid Nabawi. Indahnya kan!
Cupie n sahabat barunya, abang kimi. Antara peserta termuda!
Qubah hijau. Di bawahnyalah makam Nabi SAW. Itulah Ustaz yang saya katakan ala-ala berwajah Korea!




0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails