so ala-ala cam vegetarianlah pulak walhal campur macam-macam dalam masakan tuh.... kononnya diet sihatlah..
okay, mari kita tengok apa yang dimasak oleh saya....
1. Sup Tomyam Putih
2. Pak Choy With Oyster Sauce
3. Telur Goreng Bibik
Jom... kita pakai apron nak masuk ke dapur kita yang cun melecun itu!!!!!
SUP TOMYAM PUTIH
BAHAN-BAHANNYA:
1 cawan campuran isi ayam, udang, sotong dan bebola ikan
2 inci lengkuas dititik 5 batang serai dititik
Sebatang lobak merah 5 kelopak bunga kobis
1 biji lada capsicum/cili merah ½ tin cendawan butang
3 kelopak brokoli 3 biji tomato belah empat
5 helai daun limau purut 3 biji limau nipis
3-5 biji cili padi diketuk 5 ulas bawang putih dititik
1 biji bawang besar dibelah empat
CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan 1 liter air. Bila mendidih, masukkan campuran isi ayam, udang, sotong dan bebola ikan.
2. Masukkan lengkuas, serai, bawang putih dan bawang besar.
3. Bila sudah empuk, masukkan semua sayuran. Perah jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Hidangkan panas.
Macam-macam ada, serba mak neka! |
**Tomyam putih panas, masam dan pedas, menyihatkan sesiapa yang demam dan selsema. Hirup sekali, nak hirup lagi. Cubalah, pasti semua memuji!
PAK CHOY WITH OYSTER SAUCE
(Sayur Pak Choy Sos Tiram)
BAHAN-BAHAN
2 tangkai sayur pak choy (sawi kecil) 5 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram 1 sudu sos ikan
1 sudu besar kicap cair sedikit minyak bijan*
CARA MEMBUATNYA:
1. Celur sayur pak choy dalam air mendidih yang diletakkan sedikit minyak bijan
2. Panaskan minyak. Goreng bawang putih yang telah di cincang halus dan masukkan sedikit air berserta semua sos.
3. Susun sayur di atas pinggan leper dan curahkan sos ke atasnya.
**
Satu lagi resepi yang selalu saya masakkan untuk hidnagan pengantin. Ringkas tapi berkhasiat. Tidak perlu tambah garam kerana kita sudah menggunakan pelbagai jenis kicap. Minyak bijan boleh digantikan dengan minyak jagung, minyak zaitun ataupun minyak masak biasa. Minyak perlu diletakkan ke dalam rebusan air untuk mencelur agar sayur kelihatan cantik dan berkilat!
Ada rasa masin manis gitu.... |
Telur goreng bibik
BAHAN-BAHAN
3 biji telur
½ biji tomato
1 ulas bawang putih
½ biji bawang besar
2 biji cili padi
Sedikit daun kucai*
Sedikit daun bawang*
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA:
1. Pecahkan telur, masukkan semua bahan yang telah di racik halus dan sedikit garam. Pukul hingga sebati.
2. Panaskan minyak. Guna api kecil , goreng hingga betul-betul masak.
3. telur goreng ini boleh di makan dengan roti, nasi atau pon di makan begitu saja untuk sarapan bagi menggantikan telur hancur.
Omelet Indon... rupanya buh bawang putih tu jadi makin best... trylah... |
**
Saya menamakan telur goreng Bibik sempena orang gaji adik lelaki saya di Kuala Lumpur. Inilah yang selalu dimasaknya untuk anak saudara saya. Sedap juga, disamping khasiatnya yang lengkap. Menurut Bibik, di rumahnya di Sumatera, inilah sarapan yang selalu di hidangkan untuk suami, anak dan juga cucunya.
No comments:
Post a Comment