18 February 2012

roti sardin gulung n popia nestum

Roti sardin gulung??? Biasalah tu, hari-hari boleh jumpa kan... pagi2 ziarah kedai jual nasik, jumpalah kuih ni... no big deal!

Tak adalah, ni resepi saya dapat dari kak Mun, kakak iparku tercenta... ehehhe (miss u kak mun)!
Biasanya dolu2lah, saya buat sardin gulung, yang celup telur dan goreng... mak oi minyak dia bukan main banyak. Dahlah tu bila sejuk, tak sedap, betul tak? Yang ni senang je...

Ok, beralih kepada cerita popia nestum! Masa raya haji ari tuh ingatnya nak buat banyak2 popia nestum ni... bukan sebab nak meniaga tapi niat dihati nak bahagi2kan kat mak mak saudara saya tercinta tapi rupanya penyakit 'malas' mengatasi segalanya, dan buat untuk rumah je so banyaklah lebihan serdak dia yang dah saya blendkan so bila tengok kulit popia masih ada, maka projek pun bermula bersama anakandaku si Cupie yang sungguhlah tak berapa nak menolong tu... paksa2 makanya dia buat gak! Bila dah start buat tu, seronoklah pulak... ehehehhe

Jom tengok resepi yang senang lenang walaupun begitu malas mengatasi segalanya. Ahaks!


Roti sardin gulung

BAHAN-BAHAN:
-Sebuku roti gardenia     
-1 tin kecil sardine (ayam brand/ yeo’s )
-3 sudu besar mayonis     
-1 sudu mentega
-1 biji bawang besar di dadu halus               
-Minyak untuk menggoreng
-1 biji cili merah di dadu halus
-3 sosej direbus (jika suka)

CARA MEMBUATNYA:
1.     Ikan sardin(diambil sedikit sosnya), mayonis, bawang besar dan cili merah serta sedikit garam di gaul bersama dan dilenyekkan hingga halus
2.     Kukus roti sekeping demi sekeping. Semasa masih panas, lenyekkan hingga nipis.
3.     Masukkan satu sudu kecil campuran sardin dan gulungkan.Letakkan sosej jika suka.  Gamkan hujungnya dengan sedikit putih telur.
4.     Panaskan minyak dengan campuran satu sudu besar mentega. Goreng hingga garing. Hidangkan panas.
**
Dalam banyak-banyak resepi sardin gulung yang pernah saya cuba, inilah yang terbaik. Sangat ringkas, tak perlu celup telur tapi rangupnya, Allah sahaja yang tahu. Sedap sangat. Sebuku roti tu tak cukup untuk satu famili saya. Abah saja dah 5 keping! Mama sering buatkan siap-siap kemudian simpan dalam peti dingin beku. Sebulan pun okay lagi! Kakak ipar saya yang berikan resepi ini dan saya ubahsuaikan sedikit. Sebagai tukang masak di INTAN, banyak resepi dan pengalaman berguna yang saya dapat dari dia. Terima kasih kak Mun!


Rangup walaupun ditinggalkan seharian

POPIA NESTUM

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus kulit popia segera
1 bungkus kecil nestum
1 bungkus kecil susu tepung
2 cawan gula
Sedikit putih telur/ campuran tepung gandum dan air (gam)

CARA MEMBUATNYA:
1.     Gulung kulit popia, gamkan dihujungnya dengan putih telur. Potong serong
2.     Kisar kering susu tepung, nestum dan gula. Masukkan ke dalam bekas kedap udara
3.     Goreng kulit popia, toskan dan gaul dengan bahan kisar semasa masih panas. Lebihan bahan kisar tahan lama dan disimpan dalam bekas kedap udara.

makan 1, nak lagi dan lagi dan lagi... tgk2 habis sebotol!



No comments:

Post a Comment