LAKSA UTARA
Bila sebut laksa, ada banyak versi laksa kan...
Saya dulu mmg kenal laksa kelantan je. Kalau laksa Penang pun beli yang dah siap kat kedai. Bila saya kahwin dengan orang Kedah, lepas tu menetap pula di Perlis selama 7 tahun, maka hendak tak hendak kena juga belajar buat laksa. Lagipun suami saya memang gemar laksa. Maklumlah dia lahir dan dibesarkan di negeri laksa. Orang yang memperkenalkan resepi laksa dan ajar cara-cara masak kepada saya ialah arwah kakak ipar. Banyak sungguh jasa kak Mun ajar macam2 kat saya. Dia pun kami dah anggap macam mak kami. Al Fatihah buat kak Mun dan juga arwah suami.
Hari ni saya nak share dua jenis laksa. Iaitu laksa kedah aka asam laksa dan laksa perlis tapi versi chinese style yang saya amik dari FB, saya godek2 dan ubah mana yang patut. Terima aksih banyak-banyak yang kongsi resepi dalam FB, semoga sentiasa di murahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Ada satu kisah yang saya tak boleh lupa. Saya ingat, satu masa dulu pernah viral, laksa perlis makan dengan pulut udang panggang. Siap masuk Majalah 3. Zaman tu kalau masuk Majalah 3 kira hebat sangat dah. Keesokan harinya balik dari kerja, suami saya letak laksa dan pulut udang kat atas meja makan. Dia kata, ni lah laksa yang masuk tv tu (dulu orang tak sebut viral).... sanggup dia pi beratur tu sebab isteri dia duk sebut banyak kali... hihi... bila makan tu, mmm sedap jugak tapi bagi saya, tak masuk sangat pulut udang dan laksa... hihi.. biasanya saya taruk toyyu (kicap) sikit dalam laksa ikut style Perlis. Sebabtu kalau kita makan laksa kat kedai di Perlis dan ada juga sesetengah kedai di Kedah, diaorang letak sebotol kicap kat situ. Kicap yang paling legend, kicap cap Gajah! Kenangan, semuanya indah kan!
|
Laksa Asam Kedah, cuma saya tukar ulam tu, patutnya daun selom dan pucuk gajus tapi saya letak nenas dan salad, style ala-ala Penang |
LAKSA UTARA (laksa Asam Kedah) V1
(Sumber: Kak Mun, olahan Mamacupie)
Bahan-bahan:
·
Ikan
selayang direbus dgn asam, garam , aji dan cuka
·
Seinci
belacan*
·
4-5
biji bawang merah besar india*
·
5
ulas bawang putih*
·
1
senduk cili kisar*
·
1/3
cawan isi udang*
·
Seikat
daun kesum
·
2
batang bunga kantan
·
Asam
keping
·
Garam
dan gula secukupnya
·
Laksa
kering
·
Daun
salad/daun selom/pucuk gajus, bawang hiris, cili padi, limau kasturi, petis, telur rebus #
CARA
MEMBUATNYA:
1.
Asingkan
isi dan tulang ikan. Kisar tulang hingga hancur dan tapis. Isi ikan kisar
separa hancur. Tapis air ikan dan
campurkan semua sekali bersama air
2.
Kisar
bahan bertanda * dengan sedikit air.
3.
Campurkan
bahan kisar dan air ikan tadi. Masukkan daun kesum dan bunga kantan yang di
belah dua. Air rebusan ikan pon masukkan sekali. Biarkan mendidih.
4.
Perasakan
dengan garam, gula dan asam keping.
5.
Laksa
kering di rendam sekejap dan apabila lerai bolehlah di rebus.
6.
Hidangkan
dengan bahan2 yang disukai bertanda #
|
LAKSA V2, ala-ala chinese style. Nampak macam sama tapi beza sebenarnya. Kuah dia lagi pekat sbb campur ikan sardin dan petis |
LAKSA UTARA
VERSION 2 (Laksa Ala Cina)
Sumber: Perkongsian FB olahan Mamacupie
BAHAN-BAHAN
-
10 ekor ikan Selayang/ kembung besar (1
kg)
rebus(cuka,asam keping, nissey, aji, garam)
-
1 batang serai
-
Lengkuas
-
2 biji bawang Bombay besar
-
7 ulas bawang putih
-
1 inci belacan tumbuk
-
7 biji cili padi
-
Asam keping secukupnya
-
1 sudu makan otak udang/ petis
-
1 tin sardine/ mackerel 475g
-
Cili kisar 2 sudu besar
-
2 sudu makan air asam jawa
-
1 senduk kecil minyak masak
-
1 bunga kantan
-
1 ikat daun kesum
-
1 bungkus laksa kering
-
Garam gula secukupnya
BAHAN UNTUK TABURAN
·
Timun, salad, nenas, bawang hiris, cili
padi, asam kasturi, fishcake/ fishball, telur rebus
KAEDAH
1.
Blend bawang besar, bawang putih, cili
padi dan belacan
2.
Keluarkan sardine dalam tin, cuci dan
buang tulang tengahnya. Asingkan kuahnya.Ikan sardine di lenyek2, jangan terlalu
hancur.
3.
Ikan rebus, asingkan tulang dan isi.
Blend tulang dan tapis, blend separuh isi dan yg lain lenyek2kan kasar. Kuah
ikan rebus di tapis amik airnya. Campurkan air dari tulang dan ikan tadi.
4.
Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang
di blend tadi bersama cili kisar. Serai dan lengkuas di ketuk dan masukkan
sekali bersama tumisan tadi.
5.
Masak hingga pecah minyak.
6.
Masukkan asam keping, air asam jawa, air
bersama ikan tadi. Tambah sedikit air.
7.
Kacau seketika. Masukkan sambal dari sardine
tadi.
8.
Masukkan bunga kantan dan daun kesum
9.
Masukkan
2 sudu makan gula (jika ikan kurang rasa manis), 1 sudu makan garam, 1
sudu makan otak udang (petis). Kacau
10. Masukkan
isi ikan sardine tadi.
11. Kacau
sebati sampai menggelegak.
12. Rendam
laksa kering 1 jam. Rebus hingga lembut dan toskan
13. Boleh di
makan Bersama bahan taburan. Walla……
CUBALAH, bagi saya dua-dua laksa ada sedap dia yang tersendiri. Kalau yang ada resdung tu saya syorkan, buat yang V1, kurang sikit rasa gatal2 tu sebab letak sikit je belacan. Petis memang tak letak, kecualilah masa nak makan tu kalau ada yang nak, saya sediakan je...