AZAM BARU- kenapa susah nak kuruskan badan?

Salam semua

Aduh, lamanya makcik Tihah tak update blog. Entahlah sebuk kebendenya tak tahulah...
Okay, dah masuk 2014. Umur pun makin meningkat... cepatnya masa berlalu. Anak teruna saya dah masuk darjah 6. Tahun ni UPSR... harap2 dia kekalkan momentum dan kalau boleh tingkatkan lagi momentum agar jadi 'best student nanti... Insyaallah! (Tinggi betul angan-angan mama dia)

Tadi saya belek balik post post yang lepas. Rupanya dah lama saya stop ber'diet' ni. Patutlah, bila nak pakai baju ke sekolah, baju yang dah di iron terpaksa simpan balik. Kena cari baju yang 'loose' skit... rupanya... cuti sebulan setengah... hmmm... paham pahamlah yer!

Entahlah, semangat nak kurus tu ada, tapi 'jiwa' tu kurang. So tahun ni nak start semula. Mulai 1.1.2014 saya dah start balik diet low carbs. Masalahnya dah 3 malam makan kerepok keping... haiyoooo...
Setakat ni berjaya lagi utk tak makan carb kecuali yg dalam keropok keping tu... tapi rasa letih sangat... entahlah mungkin sebab badan sedang mengekjas perubahan mengejut ni kan! Rasanya dalam 2-3 ari lagi Insyaallah okaylah tu. Hopefully...

Sebenarnya saya malu nak bagitahu yang saya sedang cuba nak menguruskan badan. Bukan malu sebab saya gemuk ni... tapi malu sebab dah banyak kali saya bagitahu saya nak cuba kuruskan badan... dan setiap kali itulah saya beli macam2 produk... pantang ada orang kempen, pasti saya beli! Kesudahannya... ada yang masih berbungkus elok dan tak digunakan... terukkan saya? Apa orang kata, hangat hangat tahi ayam! Saya tahu kelemahan saya ialah tak tetap pendirian dan suka menangguh nangguhkan sesuatu...

Dalam proses mengurukan badan ni, yang paling utama, ialah TEKAD!
Kalau tak ada TEKAD yang kuat, lupakan aje!
Yang kedua, NAFSU!
Kalau tak boleh nak kawal NAFSU MAKAN anda, lupakan saja!
Yang ketiga, TUJUAN!
Kalau TUJUANnya yang tak elok, Insyaallah tak menjadi diet tu!
Yang keempat, SOKONGAN!
Kalau SOKONGAN tak ada, asyik nak menjatuhkan aje, atau asyik sogokkan makanan saja, memang tak lamalah diet tu!

Itu adalah perkara yang saya rasa perlu. Sebabnya saya selalu alah dengan yang kedua. Bila alah dengan yang kedua, yang pertama akan goyang dan usaha kita pun kuranglah walaupun yang ketiga tu baik-baik sahaja. Lepastu yang keempat pulak sudah semakin hilang dan..... gone! Musnah! Itu yang sering terjadi pada saya...

Lepas tu saya juga belajar yang tiada jalan mudah untuk kurus. Jangan terpedaya dengan iklan 'tak perlu berlapar untuk kurus'! ataupun, 'kurus dalam seminggu' atau pun 'kurus tanpa anda sedari' atau pun juga 'makan seperti biasa dan aanda akan kurus!'... semuanya PALSU!

Okey kenapa saya kata begitu?Sebabnya saya memang cari jalan mudah untuk kurus iaitu makan pil atau herba tanpa mengubah rutin makan saya... comfirm tak menjadi! Apa yang saya perasan, produk apa pun yang kita makan untuk tujuan menguruskan badan, kita perlu ikut aturan pemakanannya, baru jadi! Contohnya produk utk low carb diet... kita wajib ikut aturan dengan langsung tak boleh makan karbohidrat. Boleh tapi sket je(20g). Jadi jangan terfikirkan utk mengambil nasi, mee, roti, buah-buahan even sesudu gula pong tak boleh. Memang tak perlu berlapar sebab kita boleh makan sebanyak mana kita mahu. Pastikan ianya no carbo! Silap sket, tak menjadi beb! Contoh kedua, makan produk tu kita kenyang, so tak perlu makan dah kecuali hadkan 1000 kalori ke bawah lebih kurang macam tu. Memang kenyang, tapi sanggupkah utk minum produk tu saja? Nak amik nasi, kena kira, nak amik lauk, kek dan sbgnya kena kira kalori. Jadi memang tak ada jalan mudah untuk diet.Even kalau ke slimming center pun ada program diet yang kita kena ikuti selain dari urutan dan sbgnya di slimming centre tu! Bukannya senang2 orang urut lepastu makan nasi dua pinggan pun terus kurus!!!!

Itu apa yang saya belajar dari pengalaman saya. Jadi kalau betul2 nak menguruskan badan, kena betul-betul bertekad. Jangan jadi macam saya yang lepas-lepas... baru turun 5-6kg, dah mula goyah, nak kembali ke rutin asal balik! Nafsu nak makan tu... heish.. itu masalah saya... Sebab tu lah saya pilih untuk diet low carb, kali ini. Sebab saya nak makan... saya tak nak kira jumlah banyak mana saya makan... cuma saya perlu kira jumlah banyak mana saya makan makanan yang ada karbohidrat. Setakat ni saya guna bantuan produk juga. Insyaallah kalau berjaya saya akan buat cara sendiri. Pengetahuan perlu ada bila kita nak mulakan sesuatu program diet tu. Kalau nak beli produk, tolonglah tanya sampai anda puas hati. Jangan ikut-ikut orang saja sebab saya perhatikan, ramai juga yang jual produk tapi dia tak tahu bagaimana produk dia berfungsi. Ada juga yang tak tahu bagaimana cara sebenarnya nak guna produk tu. Pernah ada seorang jurujual yang kantoi dengan saya. Saya kenali melaui internet. Sebenarnya saya nak uji dia je sebab saya dah dapat info tentang produk tu dari kawan serta dari internet juga. Jadi jurujual2 yg baru nak berkecimpung dalam jualan apa pun, nasihat saya, kita kena betul2 ada pengetahuan tentang produk yang kita jual sebab pengguna sekarang bijak. Mereka tak akan menelan segala apa yang kita kata begitu saja. Semua maklumat ada di hujung jari sahaja sekarang ni.

Okey, dah panjang saya membebel ni. Pokok pangkalnya, nak kuruskan badan memang bukan mudah... Pada sesiapa yang berazam macam saya ni yang dah lama berazam tapi buat sekerat jalan saja, marilah kita cuba lagi tahun ini. Insyaallah, kalau niat kita baik, untuk menjaga kesihatan kita, bila kita sihat, kita boleh jaga mak ayah dan anak-anak serta keluarga kita, serta kita senang nak buat ibadat sebab badan dah ringan... Insyaallah Allah makbulkan. Doakan untuk saya juga ye semua!
Terima kasih!